Saturday, May 02, 2020

Salam Ramadhan 1441H/2020M



Assalamualaikum sahabat-sahabat CN semua :)

Apa khabar korang semua? Apa khabar puasa di musim PKP ni? Hehe.. CN harap korang semua sihat-sihat hendaknya walaupun kita semua berpuasa tahun ni dalam suasana yang berbeza.

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke-9 kita semua berpuasa. Haaa, siapa tu yang tak puasa penuh? Hehe... Bulan Ramadhan ini adalah bulan untuk kita banyakkan amal, banyakkan mengumpul pahala. Maka, CN disini ingin menyarankan agar sahabat-sahabat semua dan juga diri CN sendiri supaya sama-sama la kita hidupkan Ramadhan tahun ini dengan aktiviti yang berfaedah.

Kurangkan mengumpat, jauhkan terus lagi laa elok.
Banyakkan berkata yang baik-baik sebab kata-kata yang baik juga 1 sedekah. Cakap yang baik-baik, kan dah dapat pahala :)

Musim-musim PKP ni banyak masa kita di rumah. Masa yang terluang tu boleh la digunakan untuk tambah ilmu dunia dan akhirat. Sambil-sambil tu boleh juga la jengah-jengah blog baca content yang bermanfaat. Macam belog CN ni. Ehh, perasan leteww, macam la bermanfaat sangat kan apa CN tulis Hehe.. Harap-harap ada yang bermanfaat la ye :)

Bagi yang mungkin pertama kali berpuasa tanpa keluarga disisi, CN doakan agar korang tabah dan sabar mengharungi dugaan puasa tahun ini. CN sendiri pernah juga berada di perantauan dan rasa berpuasa dan beraya di tempat orang. Dok jauh mana pun la perantauan tu, nun dekat Borneo tu je haa :D.

Apa-apapun, pastikan korang terus amalkan social distancing 1 meter ye bila berada di luar dan sentiasa amalkan penjagaan kesihatan dan kebersihan yang baik. #KitaMestiMenang.


Salam Ramadhan,