Monday, February 10, 2014

In the Mood for Love: Stephen Rahman Hughes & The MPO


Source: MPO Facebook Page

IN THE MOOD FOR LOVE: STEPHEN RAHMAN HUGHES & THE MPO

Cik NUFA is In the Mood for Love. Hehe...

Penangan menyaksikan Stephen Rahman Hughes dengan vokal beliau yang superb semalam, rasanya macam masih terngiang-ngiang lontaran vokal beliau yang hebat di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC.

Memandangkan company tempat Cik NUFA berkerja ni sangatlah looking forward dengan orchestra concert yang di anjurkan oleh Malaysia Philharmonic Orchestra, so Cik NUFA dapatlah menyaksikan konsert orkestra di dewan berprestij, Dewan Filharmonik Orkestra, KLCC dengan percuma. Yeay!!! FREE!!! Hehe... :) 

Kenal ke idok dengan Stephen Rahman Hughes ni??? Hee... Alaaa yang jadi Hang Tuah dalam musical theater Puteri Gunung Ledang tu, yang pegang watak Merong Mahawangsa dalam filem epik Hikayat Merong Mahawangsa tuuu...Haaa, mesti kenal, kan. Hehe...

Memandangkan Cik NUFA dan teman dapat seat row D (kira agak depan jugalah), so kami pun dapatlah tengok Stephen Rahman depan-depan mata. Aishh, handsome sungguh makhluk ciptaan Allah ni, ditambah dengan lontaran suara beliau yang sangat awesome, tu yang Cik NUFA fall in love semalam. Hehe...

2 jam rasanya berlalu terlalu cepat semalam. Dengan diiringi orkestra pimpinan conductor Julian Bigg, beliau menyanyikan beberapa buah lagu bertemakan cinta. Antaranya, Unchained Melody, My Funny Valentine, L.O.V.E, Sinatra Songs and few more. 

Tidak ketinggalan menyaksikan persembahan semalam adalah Tiara Jaqueline dan suami beliau (dan kenalan serta keluarga beliau, mungkin Cik NUFA tak berapa pasti. hehe...)

Stephen Rahman bukan sekadar menyanyi, beliau juga berinteraksi dengan penonton. Begitu juga dengan Julian Bigg. (You all rasa skema tak ayat-ayat Cik NUFA ni??? Hehe... Layankan aje la yer :D)

Boleh tahan penuh juga area stall. You all boleh check dari website MPO di sini untuk senarai konsert akan datang.

Cara untuk booking ticket --->> Klik di sini untuk tempahan

Ada few ways untuk book ticket MPO ni. You all boleh book online, via fax, email atau phone call ataupn walk-in je ke MPO Box Office tu :) Boleh klik link di atas untuk tempahan.

Pakaian??? Well, memandangkan lokasi dan konsert yang diadakan, ada class, so you all kenalah berpakaian casual. Strictly no jeans, no t-shirt, no sport attire, no slippers, no sneakers. Casual yer :) Kecuali untuk konsert Gala Night, you all kenalah berpakaian formal :)

Peringatan penting!!! Once you all dah seat inside the hall, sila 'lupakan' seketika handphone you all yer. Or else nanti you all bakal 'dilaserkan' dan petugas di situ akan cari you all. Sebab apa??? Sebabnya penggunaan handphone atau sebarang alat perakam adalah dilarang semasa anda berada di dalam dewan :)

Make sure you all dah silent atau off siap-siap handphone you all yer. Make sure juga alarm (samada dari handphone atau jam tangan you all dah dimatikan awal-awal). Kalau tak, 1 dewan boleh dengar alarm you all tuuu. 

Cik NUFA pun terkena semalam. Haha... Macam manalah Cik NUFA boleh on alarm semalam. Aigoo kalut kejap Cik NUFA semalam. Hee... 

Last time Cik NUFA pergi enjoy (enjoy la sangat. haha...) the concert bulan Disember 2013. Betul-betul enjoy sampai terlelap. Haha... Tapi konsert semalam, memang sangat awesome. Hehe...

Untuk maklumat lanjut tentang konsert-konsert MPO, you all klik je di sini.


Salam kembara,














6 comments:

  1. Replies
    1. Heee..... company byr, sy p tgk je sis... hee.... minat jugak ke? :)

      Delete
  2. untongle dapat tengok free.... awok dulu dapat tgk free kat Istana Budaya.... teater Ronggeng Rokiah....
    CN... awok cadang nak letak blog mike dlm bloglist awok...... dlm list Blog Pelancongan & Travel..... boleh kan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee.. rezeki namanya tu :) teater blm berpeluang lg nak tgk :)

      di alu-alukan D_08 nak ltk blog CN dlm blog list mike. CN sgt berbesar hati atas kesudian mike nak ltk blog CN dlm bloglist mike :)

      moga2 blog CN memberi manfaat pd semua :)

      terima kasih D_08 :)

      Delete
  3. perghhh...!! ada tiket lebih..?? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee.. zulhimi, tggu next season bln 6 nnt baru ada ticket baru.. :D

      Delete

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^