Monday, March 17, 2014

KL City Tour: Memorial Tun Abdul Razak




Hari ni Cik NUFA nak bawa anda semua jalan-jalan lagi around KL. Jom ikut CN teruskan KL City Tour ke destinasi seterusnya :)

Bagi anda yang belum atau terlepas membaca ke mana destinasi KL City Tour CN sebelum ni, anda boleh ke link berikut yer --->> KL City Tour: Muzium Polis Di Raja Malaysia

Hee...

Next destination adalah.... --->> MEMORIAL TUN ABDUL RAZAK

Alamak! So sorry you all. Senget pula gambar ni. CN ni bukanlah photographer professional. Hee...

Siapa pernah ke memorial ni, angkat tangan tinggi-tinggi. Hehe... Ni pun first visit CN ke sini. Hehe... Memorial ini atau juga dikenali sebagai Sri Taman suatu ketika dahulu adalah kediaman rasmi Allahyarham Tun Abdul Razak sejak tahun 1962 hingga akhir hayat beliau pada tahun 1976.

Ilham untuk menjadikan bangunan 2 tingkat dengan rekabentuk 'California Style' (komen ala-ala arkitek gitu. hehe...) ini sebagai sebuah memorial bagi memperingati serta mengenang jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh Bapa Pembangunan Negara kita kepada bangsa dan negara telah dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed, iaitu pada ketika beliau masih menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4. 

Secara rasminya, memorial ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 pada 6 Mei 1982 (CN pun tak lahir lagi waktu tu. Hee...)

Terdapat 2 buah dewan pameran di sini. CN cuma sempat melawat ke Dewan Pameran 1 saja iaitu Sri Taman, kediaman rasmi PM kita yang ke-2 sebab lewat waktu tu dan dah nak tutup pun. Tapi kami bukanlah pengunjung terakhir hari tu. Hee... Ada juga sebuah keluarga ni yang jadi pengunjung terakhir ke memorial ini pada hari tersebut :)

Wednesday, March 05, 2014

KL City Tour: Muzium Polis Di Raja Malaysia

 

Salam 1 Malaysia buat semua :)

Cuba angkat tangan berapa ramai yang sedang menunggu sambungan Langkawi trip Cik NUFA? Hehe... Aihh, macam tak ramai je. Hehe... Sementara you all menunggu sambungan entri untuk Langkawi trip Cik NUFA dengan penuh kesabaran, jom CN bawa anda jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.

Here you go. My KL City Tour :)

Destinasi pertama --->> MUZIUM POLIS DI RAJA MALAYSIA

Sempat pula CN ni buat KL City Tour kan? Langkawi trip pun tak habis lagi. Langkawi trip ada dalam draf. Hehe... Yang sebenarnya, ini adalah free tour tau. Yeay!!! FREE you all (nak juga highlight kan di situ. hehe...)

Kebetulan Jumaat lepas, 28 Februari 2014, ayah CN bawa rombongan anak-anak yatim dari daerah kelahiran CN jalan-jalan di Kuala Lumpur. Semua perbelanjaan ditanggung dan mendapat tajaan beberapa pihak yang bermurah hati :) CN bagi pihak rombongan mengucapkan ribuan terima kasih atas tajaan yang diberi. Moga Allah memberi balasan baik atas budi dan jasa yang dibuat :)

CN pun apa lagi, awal-awal sebelum trip ke Langkawi lagi dah apply cuti. Hehe... Excited punya pasal :D