Monday, March 17, 2014

KL City Tour: Memorial Tun Abdul Razak




Hari ni Cik NUFA nak bawa anda semua jalan-jalan lagi around KL. Jom ikut CN teruskan KL City Tour ke destinasi seterusnya :)

Bagi anda yang belum atau terlepas membaca ke mana destinasi KL City Tour CN sebelum ni, anda boleh ke link berikut yer --->> KL City Tour: Muzium Polis Di Raja Malaysia

Hee...

Next destination adalah.... --->> MEMORIAL TUN ABDUL RAZAK

Alamak! So sorry you all. Senget pula gambar ni. CN ni bukanlah photographer professional. Hee...

Siapa pernah ke memorial ni, angkat tangan tinggi-tinggi. Hehe... Ni pun first visit CN ke sini. Hehe... Memorial ini atau juga dikenali sebagai Sri Taman suatu ketika dahulu adalah kediaman rasmi Allahyarham Tun Abdul Razak sejak tahun 1962 hingga akhir hayat beliau pada tahun 1976.

Ilham untuk menjadikan bangunan 2 tingkat dengan rekabentuk 'California Style' (komen ala-ala arkitek gitu. hehe...) ini sebagai sebuah memorial bagi memperingati serta mengenang jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh Bapa Pembangunan Negara kita kepada bangsa dan negara telah dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed, iaitu pada ketika beliau masih menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4. 

Secara rasminya, memorial ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 pada 6 Mei 1982 (CN pun tak lahir lagi waktu tu. Hee...)

Terdapat 2 buah dewan pameran di sini. CN cuma sempat melawat ke Dewan Pameran 1 saja iaitu Sri Taman, kediaman rasmi PM kita yang ke-2 sebab lewat waktu tu dan dah nak tutup pun. Tapi kami bukanlah pengunjung terakhir hari tu. Hee... Ada juga sebuah keluarga ni yang jadi pengunjung terakhir ke memorial ini pada hari tersebut :)


Memorial ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin saja ditutup. Tapi masih dibuka pada hari Isnin sewaktu cuti sekolah dan cuti umum. Lokasi memorial ni juga berdekatan dengan Taman Burung Kuala Lumpur (boleh nampak taman burung tu dari Sri Taman ni. hee...), Masjid Negara, Muzium PDRM dan beberapa attraction lain :)

Waktu Lawatan:
Selasa - Khamis: 9.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat: 9.00 pagi - 12.00 tengahari 
           3.00 petang - 5.00 petang
(Selepas pukul 12.00 tengahari, ditutup sementara untuk Solat Jumaat)
Sabtu & Ahad: 9.00 pagi - 5.00 petang
Isnin ditutup kecuali cuti umum & cuti sekolah 

Macam-macam ada di sini. Pelbagai artifak, barangan dan koleksi peribadi Allahyarham Tun Abdul Razak dipamerkan di sini.

Kalau you all nak tengok macam mana agaknya keadaan kediaman Allahyarham Tun Abdul Razak suatu ketika dahulu, you all bolehlah ke memorial ini sebabnya memorial ini menampilkan susunatur perabot dan lain-lain yang pernah digunakan Allahyarham Tun Abdul Razak dan keluarga beliau ketika tinggal di sini. Roughly, the interior is the same (or almost the same).

CN paling suka Japanese Garden dalam kediaman ini. Hijau je (tiba-tiba ada rasa macam nak nyanyi lagu Zainal Abidin, Hijau - 'ku lihat hijau...' hehe...). 

Selain artifak dan bahan-bahan pameran lain yang dipaparkan di memorial ini, you all boleh juga lihat replika Rumah Peneroka Felda. Lokasinya, belakang bangunan kediaman ini je. Hee... You all perlu keluar dari bangunan memorial ini dan pergi ke belakang bangunan. Dari situ nanti, you all akan nampak tangga untuk turun ke kawasan Tasik Perdana. Sebelum sampai ke kawasan tasik tu, you all akan nampak replika Rumah Peneroka Felda ini sewaktu mula-mula Felda dibangunkan. 

You all boleh masuk ke dalam rumah ni tau. Bolehlah tengok-tengok apa yang dipamerkan di dalam rumah ni. Hee... Tapi CN tak masuklah sebab ramai pula yang masuk tengok. Hehe... CN bagi you all tengok kawasan luar jelah yer. Hee...

Kalau you all turun bawah lagi, you all akan nampak Tasik Perdana. Siap ada sekumpulan rusa (kalau tak silap CN) dekat situ. Hehe... Memandangkan untuk turun tangga adalah mudah dan untuk naik semula itu perlukan kegagahan, maka CN tak turun sampai ke kawasan tasik. Hehe... Sabar jelah you all dengan CN ni, kan. Cerita macam CN yang pergi tengok rusa-rusa tu. Hehe...

CN, apa ada di Dewan Pameran 2 yer? Hee...

Memandangkan CN tak sempat nak melawat sampai ke Dewan Pameran 2, so sedikit info yang CN ambil dari website Arkib Negara tentang Dewan Pameran 2 ni :)

You all boleh klik link berikut untuk lihat selanjutnya --->> Dewan Pameran 2 - Memorial Tun Abdul Razak

Dewan Pameran 2 ini merupakan bekas kediaman rasmi Ketua Polis Negara, YABhg Tun Mohammed Hanif Omar. Kalau you all ke Muzium PDRM, you all boleh lihat senarai Ketua Polis Negara dari yang pertama hingga yang sekarang :)

Bangunan ini dibina bersama-sama dengan bangunan Sri Taman pada tahun 1960an. Suatu ketika dulu, ia dibina sebagai rumah kediaman untuk Pegawai Tinggi Kerajaan.

Macam tulah lebih kurang sesi lawatan CN dan ahli rombongan ke Memorial Tun Abdul Razak ni :)

Penat-penat you all baca panjang lebar entri CN ni, jom cuci mata kita tengok apa yang sempat CN snap that day. Hehe...

Ni dia pandangan hadapan bangunan Sri Taman. Yang terbuka itulah pintu masuknya. Hehe... Kalau you all tengok betul-betul, nampak tak hijau-hijau dekat pintu tu, itulah Japanese Garden yang ada dalam bangunan ni :)

Here you go, Japanese Garden di tengah-tengah Sri Taman ni. Memang kulihat hijauuu. Hehe...

Ini dia main bedroom di Sri Taman ni. Lebih kurang macam nilah agaknya suasana kamar utama Sri Taman suatu ketika dulu.

Agak-agaknya bilik siapakah ini? Hee... Ini dia bilik PM kita sekarang. Beliau menggunakan bilik ini selepas beliau menamatkan pengajian di England :)

Ni pula adalah ruang makan rasmi sekiranya ada tetamu di Sri Taman ni. Kalau tak silap CN, di sini juga adalah ruang mesyuarat. Yang kerusi merah tu. Kalau tak silaplah. Sebenarnya tak boleh ambil gambar di ruang ni. Tapi CN dah terambil. Hehe...

Ini dia replika Rumah Peneroka Felda

Brief info tentang replika Rumah Peneroka Felda ini :)

Ini dia tangga yang perlu ditapakkan dari bangunan Sri Taman untuk ke replika Rumah Peneroka Felda. Baru half je ni. Fuhhh... Half lagi baru nampak Tasik Perdana. Huhu...

Macam tulah you all pengalaman CN berada di Memorial Tun Abdul Razak ni :) Mungkin tak banyak yang CN dapat kongsikan tentang tempat ni. 

Lupa CN nak khabaq mai. Hehe... FREE admission yer di sini. 

City tour CN masih belum berakhir, tunggu sambungan entri seterusnya. Hehe...

CN, please update entry Langkawi Trip. Please, please. Hehe... 
CN on the way menukilkan (fuhhh, menukilkan tu. hehe...) pengalaman di Langkawi.

CN pun dah ada next entry in Q. Hehe... Ke mana agaknya explorasi CN seterusnya? Tunggu yer :)


Salam kembara,

9 comments:

  1. beso jugak ye tempat ni.... Insyallah awok akan kesini pulak....... macam biasa..... tempat favourite awok.... muzium@galeri@arkib.... perghhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...blh tahan bsr juga :) byk bilik dkt sini.. tak dpt CN nak share semua.. huhu...

      Delete
  2. Assalamualaikum CN,
    Rasanya kali terakhir saya visit tempat-tempat macam ni masa sekolah dulu!! Nak kena visit semula ni nanti... banyak nak kena recall :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam fayreen :)
      CN pn masa zaman sekolah la yg rajin melawat tmpt2 mcm ni.. hehe.. ni bru nak mula blk melawat tmpt2 bersejarah mcm ni :)

      Delete
  3. Sis jm nampak dato seri najib tun razak lahhh. Entah belum berkeinginan utk ke sana lg maybe someday :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. waktu zmn muda beliau ni sis.. CN mmg suka tmpt2 mcm ni. Takde la membaca semua bnda yg dipamerkan, tp suka tgk benda2 yg ada nilai sejarah ni :)

      Delete
  4. Baru tahu akan kewujudan tempat ini.. bagus la Cik Nufa... teruskan berkongsi.. insyallah by end this month akan terokai semua tempat2 ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. CN ni ambil kesempatan je kebetulan ada free tour kn.. hehe.. in shaa Allah akan terus berkongsi :)

      Delete
  5. kalau saya jalan kaki dari masjid negara ke memorial tun abdul razak tu jauh tak anggaran berapa minit ya jika jalan kaki dari masjid negara

    ReplyDelete

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^