Dah agak lama CN tak update blog ni kan? Hee... Apa khabar traveloger tersayang? Hehe... CN doakan you all sihat sejahtera hendaknya. Masih ada yang buat open house ke? :) Aishh, jemputlah CN sama. Hehe...
Mesti ramai yang tertunggu-tunggu sambungan teaser Magic of the Night 2014 (MOTN 2014)? Hehe... Aikk, ramai ke yang tunggu? Hehe...
So... Kali ni, CN dengan sifat rajin yang penuh di dalam dada ini, ingin menyambung cerita Keajaiban Malam di Putrajaya 2014 :)
Last year pun CN berpeluang menyaksikan MOTN ni. Tapi last year event ni dibuat di Persisiran Tasik Putrajaya Presint 2 (Hmm... Betul ke Presint 2???) Alaaa, yang ada Monumen Alaf Baru tu. Hehe... Tahun ini memandangkan FLORIA Putrajaya 2014 juga telah bertukar venue, maka MOTN juga ditukar venue juga :)
Kali ini ia diadakan di kawasan Marina Putrajaya, berdekatan dengan Pullman Putrajaya. Untuk makluman you all, inilah kali pertama CN ke marina ni. Hehe... CN hadir menyaksikan event ini pada 2 malam terakhir acara ini diadakan. Terima kasih kepada 'pemandu pelancong' CN iaitu adik CN sendiri yang rajin sangat melayan kakak dia ni. Hehe...
MOTN merupakan pesta perarakan bot berhias dari negeri-negeri seluruh Malaysia. Keunikan dan keistimewaan di setiap negeri ditonjolkan melalui perarakan ini. Anda dapat saksikan pelbagai bentuk bot berhias sepanjang program ini berlangsung.
Selain daripada pertunjukan bot berhias, acara lain seperti persembahan nyanyian dan tarian MOTN turut diadakan.
CN membebel panjang pun tak guna kan. Jom layan gambar-gambar hasil kreativiti jurugambar amatur ni (yer, CN la tu. hehe...). Maaf yer kalau gambar yang ada tak secantik mana. Huhu... CN masih sedang berusaha belajar menggunakan kamera yang ada. Hehe...
|
Ayuh Johor~~~ Luaskan kuasamu :)
|
|
Kelantan Darul Naim
|
|
Negeri CN menuntut ilmu suatu ketika dahulu - Sarawak Bumi Kenyalang. Kamek sayang Sarawak. Hehe...
|
|
Pulau Mutiara, Pulau Pinang
|
|
Pahang Darul Makmur
|
|
Pancuran air yang turut menari bersama. Hehe...
|
Jom, kita layan gambar-gambar bunga api pula :)
Itu saja ke CN? Hehe... Ishhh, ada lagi. Gambar-gambar lain akan CN kongsikan dalam entri seterusnya nanti. Jadi, sila kekalkan konsistensi anda untuk terus menunggu dan membaca entri-entri CN yang akan datang.
Stay tuned!
P/s: Untuk makluman, acara ini berlangsung pada bulan Jun 2014 yang lalu
Salam Kembara,