Friday, September 19, 2014

Cuti-cuti Pulau Redang, Terengganu



Selepas mendapat beberapa komen positif yang tidak dinyatakan di sini daripada beberapa orang fans Travelog Cik Nurul (TCN), hee... (sila abaikan CN yang sedang memerasankan diri macam punya ramai fans ja kan. hehe...), CN jadi lebih teruja dan bersemangat untuk merungkapkan bait-bait perkataan dan kata-kata terbaik supaya readers TCN juga akan dapat turut sama rasa teruja dengan kisah kembara CN yang tak seberapa ni. Hehe...

In the mean time, CN nak stop kejap day trip CN ke Putrajaya. Ada few places and attractions yang akan CN kongsikan tentang Putrajaya dalam entri akan datang :) Tunggu tau. Hehe...

So... CN nak bawa you all jalan-jalan ke Pulau Redang di Terengganu, Malaysia. Jom kita ke pulau!!! CN nak "belanja" percutian you all ke Redang Island ni. Hee...

Get yourself ready guys!!! Hehe...

Entri Pulau Redang ni sebenarnya agak outdated. Nope, bukan agak, tapi memang outdated pun. Hehe... CN sepatutnya tulis kisah kembara 3 hari 2 malam CN ke Pulau Redang ni dalam bulan March yang lepas. Namun, apakan daya, kekangan itu dan ini, makanya hanya sekarang baru CN dapat share dengan you all. Hehe...

Yang sebenarnya, CN tiba-tiba ja rasa macam nak join kawan CN bawa students dia buat trip ke Pulau Redang ni. Dah kebetulan waktu tu, CN macam free (yer, CN ni memang selalu ja ada free time, kan. hehe...), so CN pun on ja la. Hehe...

Perasaan teruja tu memang ada sebabnya inilah first trip CN ke pulau dengan kawan. Hehe... Teruja sangat you all. Hee... Dapat rasa tak keterujaan CN di situ??? Hehe...

Kalau tak silap perkiraan CN, we all ke Pulau Redang pada 15 hingga 17 Mac 2014. Kira macam weekends escape jugalah. Wahhh, weekends escape gitu. Hehe... Hari Jumaat malam we all bertolak dari KL, then CN balik semula KL on Sunday. Tapi, kawan CN dan students dia balik on Monday sebab they wanted to spend more time dekat Kuala Terengganu. Nak jalan-jalan katanya. Hehe...

Yeay!!! Sampai sudah. Tapi CN tak stay dekat sini yer kawan-kawan. Ni saja nak bagi prove yang CN dah sampai Redang Island. Hehe... White sandy beach. Hmm, cantik. Hehe...

Seperti yang CN mentioned dalam caption above picture, we all memang tak stay dekat pulau ni. Instead, we all just spend a day dekat pulau ni dan return back to Kuala Terengganu petang dan we all rent a homestay, which actually much more cheaper. Hehe...

Memandangkan trip ni ala-ala backpackers' trip, so kami guna perkhidmatan bas dari Hentian Putra, Kuala Lumpur untuk ke Kuala Terengganu.

Kalau tak silap CN, kami bertolak dari KL jam 10.00 malam dengan menggunakan perkhidmatan bas SP Bumi (Cik Mera, betul kan kita naik bas ni? Hehe...). Harga tiket bas untuk seorang adalah RM43.80 sehala. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu  mengambil masa lebih kurang 7 - 8 jam (7 jam rasanya. CN tidur ja dalam bas. hehe...). Sebelum subuh we all pun sampai. Alhamdulillah, kami tiba dengan selamat :)

Memandangkan waktu kami sampai tu dah hampir masuk waktu subuh, so kami pun carilah masjid yang terdekat. Walking distance ja masjid tu dari hentian bas. Apa yer nama masjid tu, seriously CN lupa. huhu... So, CN, 3 orang kawan CN dan 4 orang students kawan CN berjalan seiring sejalan menuju ke masjid tersebut (lalalala~~~ sila abaikan seiring sejalan tu yer. hehe...).

Ia satu pengalaman yang menarik sebenarnya bila dapat sama-sama solat subuh berjemaah dengan penduduk di situ. Ia satu rasa yang sangat best, sangat awesome. Apa lagi yer perkataan terbaik untuk menggambarkan rasa itu. Adalah juga feeling macam tourist. Hehe...

Usai solat subuh (fuhhh, usai kata kau. hehe...), kami pun bersiap-siap untuk pergi breakfast, dan kemudian berjalan lagi seiring sejalan (lalala~~~) menuju ke jeti Shahbandar untuk menaiki feri ke Pulau Redang yang sedia menanti kedatangan kami. Hehe...

Menarik kan? Hehe... Aktiviti pagi kami sebelum bertolak ke pulau memerlukan kami untuk berjalan kaki. Kiranya kami bersenam jugalah pagi-pagi tu. #FitMalaysia. Hehe... Bermula dari hentian bas ke masjid, return back ke hentian bas untuk breakfast dan kemudian berjalan seiring sejalan (lalala~~~...lagi...hee) ke jeti.

Pagi yang gelap, kini sudah terang. Lalala~~~ Bukan di sini yer tempat untuk naik feri tu. Hehe... Nampak tak sana tu, yang jauh tuuu, Jeti tu, haa situlah yang sebetulnya. Hee... Tapi ferinya belum sampai lagi. Hehe... CN tak tau apa 2 jejaka di situ buat. Mungkin sedang menikmati pemandangan pagi. Hehe...

Lebih kurang jam 9.00 pagi (atau lebih sikit. CN tak ingat exactly waktunya. hee...), kami pun bertolak ke Pulau Redang. Kalau tak silap CN tambang feri dari Jeti Shahbandar adalah RM 55 untuk dewasa dan RM 30 untuk kanak-kanak. Ini tambang sehala yer adik-adik. Hehe... 

Dengan doa yang disematkan di dalam hati, perjalanan ke Pulau Redang agak mencabar bagi CN. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam, kalau tak silap CN, terasa sangatlah lama. Sebabnya, keadaan laut yang agak bergelora waktu itu. Aishhh, risau juga CN. Huhu... Mana tak risaunya, boleh nampak air laut naik kena pada badan feri. CN cuba untuk lelapkan mata seketika, tapi tak mampu sebab dalam hati ni risau betul. Huhu...

Kebetulan sewaktu trip Redang ni merupakan hari pertama hujan turun di seluruh Malaysia selepas agak lama cuaca panas tanpa hujan. Alhamdulillah, hujan :)

Kesian CN pada seorang student kawan CN ni. Tak tahan agaknya dengan keadaan gelora di lautan (cettt, gelora di lautan gitu. hehe...), mabuk laut student kawan CN ni. Sabar yer dik, dugaan. Hee...

Akhirnya, selepas melalui cabaran di lautan, kami pun tibalah di Pulau Redang. Yeay!!! Kami dah sampai, Alhamdulillah :) Syukur, kami sampai dengan selamat.

Apa yang you all nampak tu, itu bukanlah feri yang kami naik dari Jeti Shahbandar yer. Bukan, bukan. Hehe... Memandangkan di sini tiada jeti, makanya mereka menyediakan perkhidmatan transfer dari feri ke bot ni, dan kemudian barulah kami boleh jejakkan kaki di pulau ni. Hehe... Cuaca pun nampaknya cerah, tapi taklah berapa nak cerah. Hee...

Nampak tak feri putih tu? Haa, yang tu la feri yang CN naik. Hehe... Bye, bye feri. Jumpa lagi nanti. Hee...

Aishhh, dah mula rasa teruja bila tengok laut ni. Hehe... Tak sabar nak mulakan aktiviti kami. Hee... Sabar yer, kami masih sedang berjalan menuju ke lokasi yang sepatutnya. Hehe...

CN macam ternampak ada pengantin la dekat situ. You all nampak tak? Hehe... Aishhh, rasa macam nak guling-guling ja atas pasir yang putih tu. Hehe...

Ombak rinduuu. Hehe... Oppss! Terombak rindu pula CN bila tengok laut. Hehe...

Selepas rasanya 1000 meter (lebih kurang) kami berjalan kaki sambil menikmati indahnya pemandangan laut, finally, we had arrived. Nak juga nampakkan di situ macam jauh ja kan berjalan kaki. CN, 1000 meter boleh ja convert jadi 1 km la.  Hehe...

Yeay!!! Sampai juga akhirnya kita di Sari Pacifica Resort & Spa. Hee... Oppsss, we all tak stay sini yer. Cuma guna perkhidmatan aktiviti laut yang disediakan di sini saja, plus guna swimming pool dan washroom dekat sini ja. Hehe... Ohh yer, tumpang lepak juga dekat sini. Hehe...

Inilah dia Sari Pacifica Resort & Spa tu. Swimming pool tu telah menjadi 'hak' kami pada hari itu. Sementara kami tunggu waktu yang sesuai untuk turun ke laut, makanya kami pun mengadakan 'swimming class' di sini. Hehe...

Akhirnya, kami sampai di Sari Pacifica Resort & Spa. Dimana, di sinilah kami mendapatkan perkhidmatan snorkelling dan lain-lain. 

Yang sebenarnya, kami plan untuk try aktiviti Scuba Walker, iaitu aktiviti scuba untuk orang-orang yang berminat untuk cuba aktiviti scuba tanpa perlu menyewa pelbagai peralatan lain, dan ia juga adalah lebih murah berbanding scuba diving. Selain itu, anda juga tak perlu memakai diving suit pun untuk lakukan aktiviti ini. Tak perlu diving license pun you all. Semua orang boleh cuba aktiviti scuba walker ni. Hehe...

Memandangkan keadaan laut yang tidak menentu, maka kami terpaksa membatalkan niat dan harapan untuk ber'scuba walker'. Huhu... Sedih betul. Tapi nak buat macam mana. Demi keselamatan semua, kami dinasihati untuk tidak meneruskan niat kami itu. 

Melihatkan kami yang 'kesedihan' ini, maka kami pun dibenarkan dan disuruh menggunakan swimming pool yang ada tu (macam gambar di atas) untuk melakukan aktiviti yang berfaedah selain daripada memenungkan diri kami. Hehe... Jadi, begitulah kisahnya bagaimana kami boleh melakukan kelas swimming. Hehe...

Thank you Hana ajarkan kita swimming walaupun takut-takut. Alamak! Pecah rahsia CN tak pandai swimming kan. Hehe...

Haa, tu ada harga untuk aktiviti yang disediakan di sini. Sila zoom-in yer untuk lihat dengan lebih jelas. Hehe... RM180 kalau tak silap CN untuk scuba walker tu.

You all nampak tak uncle yang pakai baju kelabu, shorts ala-ala Hawaii tu? Hehe... That uncle la yang menguruskan aktiviti kami pada hari itu. Huhu... Terima kasih yer uncle. Apa pulalah nama uncle ni. CN mengalami short memory, cannot recall nama uncle ni. hee...

Since trip ni diatur oleh sahabat CN dan pelajar-pelajar beliau, maka CN ikutkan ja apapun keputusan mereka selepas aktiviti scuba walker terpaksa dibatalkan. Huhu...

So, final decision is to do snorkeling. Okay, snorkeling pun boleh since CN sendiri pun tak pernah cuba lagi snorkeling ni. Hehe... Tapi dalam hati ni, macam mana nak snorkeling, seram tak, takut tak. Ishhh, macam-macamlah CN fikir. Hehe...

Sementara nak tunggu tibanya waktu bersnorkel, kami sempat bersuka ria bermain ombak. Hehe... Yes, it was really fun. Really, really fun. Rasa macam CN telah melepaskan segala stress dan masalah pergi bersama-sama ombak. Hehe... How sweettt main-main ombak. Hee...

Nampak kan situ laut tak berapa tenang. Huhu... Macam perlu plan untuk next trip ja ni. Hehe... Nampak tak ada gazebo tepi pantai yang berhias langsir-langsir putih tu? Hehe... We all lepak situ sambil tengok laut yang membiru. Cantiknya, Subhanallah, indah sungguh :)

Dah penat menunggu sekian lama, sempat jugalah students kawan CN tu melelapkan mata mereka di tepian pantai sambil wajah disapa bayu laut, akhirnya tibalah masanya untuk kami ke destinasi snorkeling. Hehe... Wahhh CN ayat puitis. Wajah disapa bayu laut gitu. Hehe...

Sebelum bergerak, kami perlu bawa sekali peralatan snorkeling yang telah disediakan 1 set untuk setiap orang. Lai! Lai! Pilih! Pilih! Set snorkeling pilihan anda. Hehe...

Siap semua peralatan, kami dibawa menaiki kenderaan ala-ala pick-up kot. Alamak! Tak snap picture pula. Huhu... Macam mana yer CN nak describe kenderaan tu? Hee... Hmm, to make it simple, sebuah kenderaan telah membawa kami ke destinasi yang agak jauh (kot) dari kawasan Sari Pacifica tu untuk menuju ke kawasan snorkeling. Hehe...

Di sinilah destinasi kami menaiki bot untuk ke kawasan snorkeling. CN tak pasti apa nama lokasi tersebut. You all nampak tak macam ada jentera berwarna jingga di situ? Nampak tak? Hehe... Lebih kurang macam tu la kenderaan yang membawa kami dari Sari Pacifica ke sini. Hehe...

Cuaca macam tak berapa mengizinkan waktu kami tiba di sini (refer to above picture), tapi masih ada peluang untuk kami bersnorkeling. Hehe... Macam yang CN sebut awal-awal entri ni, hari tersebut adalah hari pertama hujan di seluruh Malaysia selepas agak lama hujan tidak turun membasahi bumi Malaysia. Hee...

Kalau you all tengok gambar di atas tu, nampak lantai kayu tu basah kan? Hehe... Picture ni CN snap selepas kami pulang dari aktiviti snorkeling. Hehe...

Apa tunggu lagi? Siap-siap semua masuk bot kecil untuk ke kawasan snorkeling. Yeay!!! Excited CN nak try my first ever snorkeling experience. Hehe...

Sewaktu dalam perjalanan, tiba-tiba hujan rintik-rintik mulai turun. Ada sedikit kesayuan di wajah kami. Huhu... Agak risau jika rancangan untuk bersnorkeling juga terpaksa dibatalkan. Huhu...

Alhamdulillah, cuaca sedikit mengizinkan. Kami meneruskan perjalanan ke lokasi yang sepatutnya. Minta maaf kawan-kawan, CN memang tak pasti apa nama lokasi snorkeling kami tu. Huhu...

Dalam perjalanan kami, keadaan laut agak tidak berapa tenang. Huhu... Syukurlah, keadaan laut di lokasi snorkeling kami lebih tenang. Subhanallah cantiknya laut :) Cantik yang amat. Biru hijau warna laut. Hehe...

Terujanya nak bersnorkeling, tapi hati ni dup-dap-dup-dap. CN a bit worried actually. Hee... Mulalah macam-macam terfikir dalam benak fikiran ni. Hehe... Kalau bermain ombak tepi pantai tu, okay lagilah. Ni nak masuk laut, mengapungkan diri dan menikmati pemandangan dalam laut. Macam mana tu? Boleh ke CN buat? Huhu...

Sebelum turun masuk laut, pastikan life jacket anda telah diikat ketat dan kemas yer. Hehe...

Dah ready ke? Fuhhh, excited ni. Hehe... CN pula tu orang pertama yang turun dari bot. Dengan langkah perlahan sambil dalam hati ni penuh debaran, CN turun jugalah. 

Setiap orang yang turun dari bot untuk bersnorkeling, akan diberi secubit roti untuk diberi makan kepada ikan-ikan yang ada. Tak terkecuali CN pun memegang kemas cubitan roti yang diberikan. Hehe... Tengok tu you all, memegang kemas lagi tu. Hehe...

Perlahan-lahan CN turun menggunakan tangga di belakang bot, dan...

dan.... CN tak sanggup nak melepaskan tangan CN daripada memeluk tangga bot tersebut. Huhu... Tiba-tiba seram pula you all. Hehe... Dah kedua-dua tangan CN memeluk erat tangga bot tersebut, habislah cubitan roti yang konon-kononnya dipegang kemas dalam genggaman CN terlepas begitu saja. Hee...

Alamak CN! Awat tiba-tiba takut? Hehe... 

Lama juga rasanya CN peluk ja tangga bot tu. Dan akhirnya seorang abang ni yang menjaga dan menemani kami bersnorkeling memaksa juga CN lepaskan pelukan tangga tu. Hehe...

So, CN pun dapatlah one-to-one snorkeling coaching. Hehe... CN dah tak fikir dah tentang kawan-kawan CN. Hee... Maaf kawan-kawan, kita serammm. Yelah kan first time try snorkeling. Hehe...

Slowly CN belajar teknik pernafasan dan cara-cara nak guna peralatan snorkeling tu. Mula-mula tu memang agak panik. Dah la CN ni memang cepat panik. Hee... Tapi syukurlah ada abang snorkerling yang tenangkan CN. Hehe...

Akhirnya, CN berjaya juga membuang rasa panik dan takut tu. Hehe... Dan semua rasa itu diganti dengan perasaan SERONOK! TERUJA! AWESOME! Hehe... Nampak tak di situ, CN capitalize kan perasaan itu. Hehe... Nampakkan betapa CN sangatlah seronok bersnorkeling. Hehe...

Iyer, betul you all, once CN dah boleh control rasa takut dan panik tu, CN sangat seronok dapat tengok terumbu karang yang cantik-cantik belaka, besar-besar belaka, comel-comel belaka. Hehe... Nampak ikan-ikan comel berenang :)

Bila mana CN dah mampu hilangkan ketakutan, abang snorkeling pun pecah-pecahkan roti dan taburkan ia dalam laut. Apa lagi, banyaklah ikan-ikan comel berwarna-warni datang mengelilingi CN. Rasa nak senyum, nak gelak tengok ikan-ikan tu, tapi tak boleh you all sebab pernafasan dilakukan melalui mulut menggunakan snorkel yang disediakan.

Sedang asyik bersnorkeling, tiba-tiba hujan you all. Renyai-renyai hujan turun. Tak kira! CN nak teruskan snorkeling juga! Hehe... Yer, memang kami terus bersnorkeling. Hehe... Berenang-renang di atas permukaan laut, hujan turun renyai-renyai membasahi kami pun, macam tak terasa. Hehe...

Abang snorkeling siap tunjuk pada CN sea cucumber lagi tu. Hee... CN agak geli-geli juga nak sentuh sebab kulit dia tu licin, berwarna gelap. Hehe... Abang snorkeling tengok CN ni dah geli-geli gitu, dengan pantas tangan beliau memegang sea cucumber tersebut dan letak ia pada pipi comel CN. Hee... Errr, memang geli-geli you all. Hehe... Maaf you all, CN tak sengaja terpuji diri sendiri comel. Hehe...

CN yang pertama turun, CN jugalah yang pertama naik atas bot. Hehe... Tapi. Ada tapi tu. Hehe... Tapi, CN turun semula tau. Hehe... Snorkeling for the second time. Sabar jelah you all. Hee... CN memang macam ni. Bila rasa excited tu terlebih-lebih, CN memang nak buat lagi benda tu. Hehe... Benda-benda yang baik ja yer :)

Selesai snorkeling, kami pun berpatah balik ke jeti tempat kami naik bot untuk ke lokasi snorkeling. Perjalanan balik agak mencabar. Kami perlu meredah gelora lautan. Tuhan ja yang tahu betapa dalam hati ni berdoa banyak-banyak agar kami selamat tiba. Huhu...

Alhamdulillah, kami pun tiba dengan selamatnya selepas meredah gelora di laut yang membiru. Hehe... 

Tiba masa untuk siap-siap pulang ke Kuala Terengganu. CN dah mentioned earlier kan yang we all tak bermalam di pulau. Instead kami sewa homestay. Hehe... Di mana yer? Alamak! Inilah masalahnya bila rekod yang ditulis hilang dan CN keep on delaying to update about this trip. Huhu...

Memandangkan dah agak petang waktu itu, dan tiada lagi perkhidmatan feri ke Jeti Shahbandar. Option yang ada hanyalah pulang dan turun di Jeti Merang. Ehhh, betul ke ejaannya 'Merang'? Hee...

Kalau tak silap CN, mereka bertiga ni adalah abang-abang snorkeling juga. Hehe...

Walaupun hujan telah reda, tapi keadaan laut masih tidak setenang yang disangka. Huhu... Perjalanan ke jeti Merang terasa terlalu lamaaa. Mencabar sungguh. Ombak di tengah lautan berbeza dengan di tepian pantai. Ia lebih berbahaya. Walaupun kami semua seronok dan teruja dengan trip ini, tapi keselamatan tetap menjadi keutamaan. Huhu...

Perjalanan pulang ke jeti Merang agak menakutkan sebenarnya. Terlambung-lambung kami di dalam speedboat tersebut. Huhu...

Fuhhh, sungguh cabarannya di tengah lautan lebih hebat. Huhu... Begitulah agaknya para nelayan rasa apabila mereka perlu ke tengah lautan untuk menangkap ikan dan kemudian dijual di pasar-pasar, dan kita dengan mudah tanpa perlu kelautan boleh saja membeli ikan di pasar. Huhu...

Kata pemandu speedboat tersebut, gelora waktu itu boleh dikatakan okay lagi berbanding ada ketikanya, ia lebih hebat daripada itu. Huhu...

Dalam hati kami cuma berharap kami sampai segera ke jeti Merang. Dah la dari pagi kami sampai, hingga kami tiba di jeti Merang, kami masih belum betul-betul mandi. Hehe... Sila abaikan kami yang tak sempat nak mandi dengan sebetul-betulnya. Hehe...

Macam mana nak mandi you all, kalau dah meredah lautan yang berombak agak ganas, dah tentulah kami mandi air laut lagi. Hehe.. Jadi, kami memilih untuk membilas tubuh dengan air bersih dan tidak masin apabila tiba di homestay yang kami sewa itu nanti. Hehe...

Akhirnya, kami selamat tiba di jeti Merang :) Lega rasanya bila kami tiba dengan selamat. Hehe...

Inilah rupanya jeti Merang. Hehe...

Penattt you all. Hehe...

Since kawan CN ada kawan beliau yang tinggal di Terengganu ni, so kawan kepada kawan CN tu la yang membawa kami berjalan-jalan dan membantu kami menguruskan beberapa hal yang berkaitan seperti urusan sewa homestay, sewa kereta dan lain-lain.

Terima kasih Ain dan husband. Ain nama beliau kalau CN tak silap CN. Hehe...

Kalau tak silap CN harga sewa homestay untuk 1 malam adalah RM150. Complete everything inside the house. Hehe... Since we all sharing the house, so RM150 itu dibahagi kepada beberapa orang. Dengan cara itu, kami dapat berjimat. Hehe...

Since kami telah spend 1 night dalam bas, makanya CN hanya spend a night bermalam di homestay tersebut. Hehe...

Tentang makan pula yer? Hehe... Sebelum kami memulakan trip ini, kami berpakat untuk mengumpul seorang RM450 - RM500 (kalau tak silap CN) untuk kegunaan perbelanjaan kami, termasuklah tiket bas pergi balik, tambang feri, makan minum, sewa homestay, sewa kereta dan lain-lain yang berkaitan. Untuk shopping, itu adalah atas tanggungan sendiri. Hehe... 

Kalau tak silap CN, tak habis pun rasanya duit yang kami kumpul tu. Masih ada baki lagi. Hehe... In total, tanpa campur belanja shopping keropok dan anak patung penyu, tak sampai RM500 pun. Hehe...

Keesokkan harinya, sebelum CN bertolak pulang ke KL jam 1.00 tengahari, sempatlah CN pergi shopping apa yang patut dekat tempat famous shopping di Kuala Terengganu, iaitu Pasar Payang. Hehe... CN shopping apa??? Hehe... Alaa you all, CN just beli keropok kering ja dan beberapa biji anak patung penyu untuk anak-anak buah angkat CN. Hehe... CN tak sempat nak jalan-jalan banyak tempat dekat Terengganu waktu tu. Huhu...

Kawan CN sebenarnya ajak CN balik on Monday, CN ni nak juga balik Ahad tu. Yelah, CN tak ambil cuti on Monday, so kenalah kerja Isnin kan. Hehe... Pada mulanya CN nak sangat try guna perkhidmatan bas Sani Express memandangkan CN ni tak pernah pun cuba guna. Tapi apakan daya, tiket habis. Huhu... So, terpaksalah naik bas Transnasional ja. Tak kisahlah tu, yang penting CN sampai KL dengan selamat :)

Seronok you all. Hee... Walaupun CN tak berpeluang mencuba aktiviti scuba walker, tapi snorkeling for the first time pun dah cukup best bagi CN. Hehe... Next time, In shaa Allah CN nak cuba scuba walker or perhaps, scuba diving. Hehe...

Till we meet again in my next entry.


Salam kembara,


7 comments:

  1. rasanya bulan 3 memang tak berapa sesuai nak pi pulau pulau kot.. tahun lepas bulan 3 CT pegi tioman and memang hazab punya trip jugaklah hihi.. hujan memanjang and nasiblah pegi pun nak mandi mandi kan.. jadi tak kisah hujan sangat. woow CT dapat bayangkan macam mana keadaan dilambung ombak tu. tak tahan jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. CN salah planning. hehe.. kena g bulan lain la ni. CT mmg g tioman utk mandi2 je ke? :)
      hehe...risauuu CT. hee...yelah d tgh2 laut mcm tu. seramm la juga..

      Delete
  2. salam perkenalan...saya dtg membaca di sini.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisya :)

      Terima kasih sudi berkunjung balas ke blog CN ni :)

      Delete
  3. teringin sgt nk g terengganu. my friend kata pulau2 kt sana sgt cantik.hermm kena tunggu bulan 4 ler nampaknya.tq ya sharing ur story.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg cantik2 lisa :)
      Kalau nak pergi, pergi waktu cuaca elok tau.. rasanya selepas bln march. Waktu CN pergi hari tu, laut bergelora. Plan nak buat xtvt lain, tp tak dpt sbb keadaan laut tak stabil dan mmg waktu tu hujan ja. So, b4 nak pergi nnt check weather dulu tau :)

      Delete
  4. Sape2 yg berminat nk bercuti di pulau redang bleh call/wasap no ini:
    0179799773 atau bleh lawat fb page:
    Holiday runner

    ReplyDelete

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^