Wednesday, January 28, 2015

HAPPY BIRTHDAY, CN!!!


Thank you Mr. Google for having this beautiful and cute birthday wish :)


Hello you all! Hehe...

Sihat tak? Jaga kesihatan, jaga keselamatan walau di mana sekalipun you all berada yer. Hehe...

Well, mesti ada yang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba blog travel (konon-kononnya blog travel) ada special entry yang tak berkaitan dengan travel pun, kan? Ke, memang takda siapa yang curious? Hehe...

Entry kali ini adalah special dedicated entry for Cik Nurul a.k.a CN. Hehe... Haa, gitu yer. Special dedicated entry untuk diri sendiri. Hehe... Yelah kan, siapa lagi yang nak appreciate diri kita kalau bukan kita sendiri, betul tak? :)

HAPPY BIRTHDAY CIK NURUL!!! 

Hehe...

CN! Birthday yang ke berapa la ni? Hmm... Should I tell or I shouldn't? Hehe...

Yang ke... Hmm... Ke... 27. Yer, CN kini berusia 27 tahun. Tua dah CN yer. Siapa kata? Aishhh, age is just a number. Every year we add up 1 more digit to our age, right? Hehe... Always young in heart. Hehe...

Thank you for those who sent me lot of birthday wishes, surprises, special lunch and dinner treat. I really appreciate it. Thank you so much :)

Thank you Cik Mera for this lovely cake and special lunch treat. Hehe...

Love,

Sunday, January 18, 2015

Weekend Escape: Melaka (Misi Mencari Ikan Bakar): #2


Hampir setengah bulan CN tak sambung Misi Mencari Ikan Bakar ni kan? Hehe... Ada ke yang tertunggu-tunggu sambungan misi CN ni? Hehe... Berjaya ke CN dengan misi tak berapa nak impossible-nya tu. CN, habis rosak bahasa CN rojakkan ia. Ish, ish...

Baiklah, atas permintaan ramai, CN akan cuba 'laksanakan' misi ini dalam entri ini yer. Hehe...

Kalau dalam entri lepas CN story sikit kisah jalan-jalan CN disekitar Dataran Merdeka Pahlawan, so entri kali ni, mari kita teruskan sesi jelajah Bandar Melaka kita. Ke mana pula yer? Hehe...

Jom ikut CN, kita jalan-jalan disekitar Jonker Walk (Jalan Hang Jebat) dan sekitar bangunan merah (Stadhuys).

Haa... Ini dia Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka. Dah lama tu you all. Sejak dari zaman kegemilangan dan kemasyuran Kesultanan Melayu Melaka lagi tu. Tapi yang ini dibina semula yer. Hehe...

Siapa tahu apa namanya objek di dalam gambar di atas? Hehe... Tak payah susah-susah teka, CN dah siap bagi nama lagi tu. Hehe... Dalam gambar tu nampak jelaslah CN oiii tertulis nama objek tersebut. Hee...

Di mana letaknya kincir air ini? Hmm... Cuba teka? Siapa dapat teka, CN bagi... Hehe... CN nak bagi apa? CN nak bagi ucapan tahniah kerana meneka dengan tepat :D

Kidding you all. Hehe...

Sunday, January 04, 2015

Weekend Escape: Melaka (Misi Mencari Ikan Bakar): #1


Hmm... Weekend gateways gitu. Hehe...


Salam rindu all!!! :)

Apa khabar tahun baru anda? Hehe... Okay? Tak okay? Masih mencari rentak. Hehe... Takpa, take it easy. Perlahan-lahan atur yer. Hehe... CN ni pun masih mengatur jadual kehidupan CN sendiri. Hehe...

Well, entri kali ni sepatutnya CN post tahun lepas. Yer, tahun lepas tu tahun 2014. Hehe.. Beberapa hari lepas. Hehe... To be exact, sepatutnya CN post dalam bulan November 2014 sebab Weekend Escape: Melaka (Misi Mencari Ikan Bakar) ni dilaksanakan awal November lepas. Hehe... Maaf yer you all tak berkesempatan nak share this story seawal mungkin. Hee...

Baiklah... kita teruskan yer :)

Macam tajuk entri ni, Misi Mencari Ikan Bakar. Haa, itulah yang sebenarnya diniatkan dalam hati ni. Tujuan utama CN dan kakak-kakak tersayang ke Melaka adalah untuk makan ikan bakar di Umbai. Hehe...

Kami mulakan perjalanan lebih kurang jam 10.30 pagi, hari Sabtu. Hehe... The traffic was quite okay. Untuk tidak terlalu bosan sepanjang perjalanan kami, maka kami memilih untuk tidak menggunakan lebuh raya. So, kami turun di Tol Port Dickson dan teruskan perjalanan ke Melaka. Hehe... Bolehlah cuci mata sikit tengok laut di PD tu. Hehe...

CN ke yang drive? Hehe... CN drive? Hmm... CN ni jadi penumpang je you all. Ada lesen memandu jadi hiasan ja :D

Lebih kurang jam 12.00 tengahari kami pun selamat tiba di Bandar Melaka, Bandar Warisan Dunia. Hehe... Perut pun dah lapar. Mana tak laparnya dah tiba waktu lunch, kan. Hehe... Ada yang mengidam nak makan asam pedas, katanya. Hehe... Maka kami pun pusing-pusing cari restoran yang menghidangkan masakan asam pedas. Yumm, yumm. Asam pedas, mesti sedap ni, kan? Hehe... Cari punya cari, jumpalah kami sebuah restoran berdekatan dengan kawasan Dataran Merdeka Pahlawan. CN tak berapa pasti nama tempat tu dan tak ingat pula nama restoran tu. Hehe...


So, how was the food there, CN? Hmm... The price is actually quite expensive, for me & for us. Huhu... Expensive sebabnya portion makanan dengan harga serta kesedapan itu tidak setanding. Nak kata sedap sangat, hmm... For me, biasa ja. Nothing special. Hee...

Baiklah... Kita tinggalkan cerita asam pedas, kita terus sambung perjalanan cuti-cuti Sabtu kita di Melaka. Hehe...

Untuk 'membunuh' masa yang ada, perghhh 'membunuh' masa. Hehe... Okay, okay, to kill time. Hee... Sedap sikit bunyinya yer. Hehe... Kami pun jalan-jalanlah di sekitar Banda Hilir, Dataran Pahlawan, A'Famosa, the Ruins of St Paul's Church, sampailah ke Jonker Walk atau nama lainnya, Jalan Hang Jebat. Hehe...


Haa, cepat teka menara apakah itu? Hehe... Yeay!!! Pandai you all. Itulah Menara Taming Sari. Hehe... Tapi CN tak naik pun. A view of this tower from St Paul's Hill.

Kalau tak silap CN, sewaktu kami di situ orang ramai sibuk membuat persiapan untuk satu event yang berlangsung keesokkan harinya. Tak ingat CN event apa. Yang CN ingat ada Upin dan Ipin sewaktu event tu. Hehe... Memang ramai orang di situ waktu tu. Nampak meriah. Hehe... Dengan becanya lagi. Itu pun CN tak naik juga. Lain kali, In shaa Allah :)



Comel-comel belaka beca di Melaka ni. Hehe... Lain kali CN naik yer :)

Ini dia the Ruins of St Paul's Church. Information board yang merah tu ada cerita sikit tentang sejarah church ni. Hehe...

Okayy, CN bukanlah ambassador tempat ni yer. Hehe...

Alolo... Sweet couple. Hehe... Kak Ya and her husband :)

Ramai tau you all dekat sini. Dan yang uniknya dalam runtuhan church ini adalah, ada seseorang yang akan hiburkan anda. CN tak pasti nama beliau. Cumanya sewaktu CN di sini, beliau baru lepas menyanyikan sebuah lagu. Dan CN pun tak pasti adakah beliau berada di sini setiap hari. Tak sempat CN nak interview beliau hari tu. Hehe... Dalam runtuhan bangunan ni pun ada orang jual souvenir tau. Hehe... 


Inilah beliau yang CN maksudkan tadi. Hehe...

Selesai melihat-lihat dan bersiar-siar disekitar kawasan ini, kami pun turun ke A'Famosa pula. Hehe... 


Cuba teka, apakah ini? Hehe...


Yeay! Betul! Gambar di atas adalah saling berhubungan dengan gambar ini, dan inilah dia A'Famosa :)


Sila maafkan adik berbaju merah tu yer. Beliau mungkin tak perasan kami sibuk bergambar. Hehe...


Dah lama betul CN tak ke Melaka ni. Baru tahu ada panggung/pentas terbuka dekat Dataran Pahlawan ni. Ni bukan kapal betul yer adik-adik. Hehe... Cuma sebuah pentas terbuka yang direkabentuk seperti sebuah kapal. Menarik, kan? Hehe...

Banyak yang kita boleh lihat di Melaka ni. Tapi, CN nak sambung cerita jalan-jalan Melaka dan misi mencari ikan bakar dalam next part, boleh? Hehe... 

Tunggu tau. Ada sambungannya. Misi mencari ikan bakar belum sampai ke kemuncaknya. Hehe...

Terus support CN dan TCN yer :)


Salam kembara,

Friday, January 02, 2015

Travel List TCN 2015


Walaupun bucket ni kecil ja, tapi dalam tu banyakkk list tau. Hehe...


Yeay! Bucket list! Travel list! Hehe...

Nak ke mana kita tahun 2015 ni? Hmm... Ke mana kakiku melangkah, di situlah aku. Hehe...Ececeh, CN gitu yer. Hehe...

Sejujurnya CN tidaklah senaraikan 10 must-visit place untuk 2015 ni. Hehe... Cuma ada beberapa tempat dan lokasi yang bermain-main dalam fikiran dan hati ni pun teringin nak pergi. Hehe...

Ke manalah tu CN oi? Overseas ke? Domestic ke? Hmm...

Over the sea pun CN tak habis jalan lagi, ni kan pula nak ke overseas kan. Hehe... Ehh, mana tahu kan rezeki CN ke. Berimpian nak ke Hokkaido end of 2015. Tak salah berimpian, kan? Hehe...

Perancangan CN sebenarnya nak teruskan sesi jelajah dalam negara lagi tahun ni. Ke manalah tu destinasi pertama CN? Hmm... Destinasi pilihan ke Utara tanahair. Tapi nampaknya Kuala Lumpur masih menjadi destinasi no. 1. Kenapa? Kenapa CN? Kenapa Kuala Lumpur yang pertama? Hehe...

Nak tahu kenapa yer? Hehe...

Memandangkan kini CN punya tugas hujung minggu yang memerlukan CN untuk berada di sekitar Kuala Lumpur, maka Kuala Lumpur berada di carta no. 1 travel list 2015 CN. Hehe...

Apalah yang CN buat weekends tu yer CN oi??? Hehe... Nak tahu yer? Baiklah. CN akan story-kan apa yang CN sibukkan sangat di hujung minggu tu dalam entri akan datang. (CN!!! Sila jangan rosakkan bahasa yer. Hehe...).


Kiri kanan depan belakang atas bawah - banyaknya tempat nak pergi ni. Hehe... Mana satu idaman kalbu :D

Apa perancangan jalan-jalan you all tahun ni? Hehe... Cuba share sikit dengan CN. Manalah tahu boleh jadi travelmate ke kan. Hehe... Boleh kita kembara bersama :)

Exactly, CN masih belum berpeluang ke seluruh pelosok dunia, tapi impian itu tetap ada dalam list. Hehe...

Jika ada yang telah memulakan sesi kembara 2015 atau dalam masa terdekat akan memulakan sesi jelajah anda, CN doakan anda semua sentiasa dilindungi oleh-NYA dan dipermudahkan segala urusan anda sepanjang perjalanan anda. Dan...jangan lupa share kisah kembara anda yer. Hehe...

Till we meet again :)


Salam kembara,

Thursday, January 01, 2015

Happy New Year 2015!!!


Thank you Google Image for having this cute 2015 image. Hehe...


SELAMAT TAHUN BARU 2015!
HAPPY NEW YEAR 2015!
XINNIAN KUAILE 2015!

Hmm... Bahasa apa lagi CN nak keluarkan yer. Hehe...

Nampaknya 'setahun' telah CN tanpa niat meninggalkan sementara blog tersayang ni. Hehe... Amboi CN bunyinya macam lama ja kan. Hehe... Yelah kan, semalam kan kita masih di tahun 2014. Hari ni 1 Januari 2015, tahun baru :)

Tahun baru, semangat baru (jangan hari ni je semangat CN. hehe...), blog berwajah baru, apa lagi yang baru. Hehe... Wajah baru ke TCN ni? Hehe... Sedikit perubahan kecil saja yang mampu CN buat :)

Entri 2014 pun belum sempat CN habiskan semua. Huhu... Aishhh, tak berkesempatan untuk kongsikan semua dengan you all. Memandangkan misi menyelamat gambar-gambar CN tidak berjaya sepenuhnya, maka ada story yang CN tak dapat nak share dengan you all. Huhu...

Maafkan CN sebab lama tak update entri baru dan lama juga tidak ber-blogwalking. Huhu... Setelah agak lama menyepikan diri, baru hari ini CN berkesempatan untuk tulis sesuatu sebagai 'buah tangan' di tahun 2015 ni. Hehe...

Well, bila sebut tentang tahun baru, akan dikaitankan dengan azam tahun baru. CN ada azam tahun baru ke? Hehe... Azam yer, hmm...

Azam CN adalah untuk berkongsi lebih banyak lagi cerita kembara CN dengan you all. Hehe... In shaa Allah akan CN usaha untuk merealisasikannya :)

CN harap ditahun baru ini kita sama-sama diberi kekuatan dan semangat untuk melakukan yang terbaik. Semoga hari-hari yang bakal kita lalui adalah hari-hari yang memberi kita manfaat bersama, In shaa Allah :)

Teruskan sokongan dan dokongan anda kepada CN dan TCN yer. Hehe...

Nantikan update entry baru daripada CN yer :)


Love,