Friday, April 17, 2015

Weekend Escape: Melaka (Misi Mencari Ikan Bakar): #3




Salam rindu you all! :)

Fuhhh... Aishhh, banyaknya habuk, bersawang-spiderweb-spiderman dah blog CN ni. Uhukkk, uhukkk. Pemilik blog sendiri pun terbatuk-batuk. Hehe... Lama betul you all tunggu CN nak habiskan Misi Mencari Ikan Bakar CN, kan? Berpurnama menunggu. Hehe... Akhirnya, baru kini CN berkesempatan nak share dengan you all. Maafkan CN atas kelewatan menyambung misi yang tak berapa impossible ni. Hehe...

So, dah lapar tak? Hehe...
Jommm, kita ke Umbai, Melaka untuk cari apa yang best untuk dimakan. Hehe...

Kalau sebut Umbai, CN pasti ramai yang terbayang-bayang ikan bakar, kan, kan? Hehe... Of course la CN oiii. Tajuk entri CN pun dah khabaq mai dah Misi Mencari Ikan Bakar. Haha... 

Bukan ikan bakar je you all boleh dimakan, sotong, udang, ketam, macam-macam see-food seafood boleh dimakan. Nak masak 3 rasa, 4 5 rasa ke, terpulang kepada selera dan keinginan masing-masing. CN ni tak memilih sangat, makan je apa yang ada :D


CN purposely make this picture extra large to show you guys all the see-food seafood :D

Tu diaaa, macam-macam jenis ikan ada, ketam, udang. Semuanya bagai memanggil-manggil untuk dipilih, dimasak dan dimakan. Yummm, yummm. Hehe... You all boleh tambah side dishes lain kalau rasa nak cuba. Portion size dan price dah siap stated tu. Cuma perlu beritahu saja nak dimasak macam mana. Nak goreng belacan ke, goreng ikan masin ke, atau apa-apa saja rasa yang you all nak, silalah beritahu dengan person in-charge supaya mereka boleh masak ikut apa yang you all nak :)



Macam-macam jenis ikan disenaraikan. Pilih je ikan mana you all suka. Hehe...

Alamak! CN macam lupa beritahu restoran mana satu yang CN dan kakak-kakak CN pilih untuk misi ikan bakar kami ni? Hee... Seperti yang tertera dalam gambar di atas, kami sepakat memilih Parameswara Ikan Bakar Umbai. Kenapa kami pilih restoran ni sedangkan banyak lagi restoran lain berhampiran? Sebabnya adalah... restoran ini lokasinya terletak berhampiran kawasan laut. Kiranya memang boleh nampak la laut tu. Hehe... Konon-kononnya nak ada feeling sepoi-sepoi bahasa makan di tepian pantai. Hehe... 

You all nampak tak dah ramai orang waktu kami sedang pilih-pilih ikan? Seriously, makin malam, makin ramai orang. Waktu kami sedap-sedap menjamu selera, masih ada yang tunggu nak cari best spot untuk makan. Hehe..




Hasilnya, seperti dalam gambar di atas, itulah yang kami pilih. Sepotong ikan pari dan 4 ekor sotong untuk kami berempat. So, setiap seorang dapat seekor sotong. Hehe...




Yummm, yummm. Ini dia ikan pari bakar. Hmm... Nampak sedap, kan? Hehe... Ini ikan pari bakar berlada. Kalau tak silap CN. Itulah CN, siapa suruh pending kan entry ni. See, you forgot it already. Ish, ish, ish... 


Favorite CN ni. Kerabu Mangga. Yummy! :)

So, overall the taste was, hmmm, to me just nice. Not really great or awesome. That ikan pari bakar from 1 to 5, I would just give 3 or 3.5 stars. For that Kerabu Mangga (Mango Salad - yeke Mango Salad? Hmm...), I give it 4 stars. Hehe...

Berangan nak jadi food critique la pula CN ni. Haha... 

How much is the total CN? Hmm... CN kan...hmmm...sebenarnya lupa total we all spend dekat sini berapa. Huhu... Kalau tak silaplah yer, not more than RM100 termasuk minuman, nasi dan ada buah yang kami tak tahu sebenarnya kalau tak makan buah tu, mereka tak include dalam total charge. Huhu...

Akhirnya, CN berjaya juga publish finale part untuk Misi Mencari Ikan Bakar di Melaka ni. Hehe... Alhamdulillah :)

Bagi sesiapa yang terlepas membaca macam mana bermulanya misi ikan bakar CN ni, silalah ke link berikut yer :)


Apa lagi cerita kembara CN selepas ini? Adaaa. Hehe... Terus setia bersama TCN yer. Hehe...

P/s: Doakan misi kembara CN berjaya yer :)


Salam kembara,

No comments:

Post a Comment

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^