Wednesday, October 28, 2015

Misi 50 Ke Utara: Penang!!! I'm in Love #4




Jom breakfast dulu di sini - Restoran Kapitan 

Holla everyone! Sudah rindu nak baca pengalaman kembara CN yang tak seberapa ni? Hehe... Maafkan CN sebab tidak konsisten menulis di sini. Tolong doakan CN kuat semangat untuk terus menulis yer :)

Baiklah, sebelum anda sambung baca entri baru CN ni, sila pastikan anda mulai membaca Misi 50 Ke Utara CN dari awal yer. Barulah ada link dari 1 entri ke entri yang seterusnya. Jangan skip tau! :D

Klik saja link ni -->> Misi 50 Ke Utara

Misi kembara CN dan CM telah sampai ke Misi #14. CN harap sepanjang 14 misi yang telah anda 'lalui' bersama-sama CN dan CM, anda dapat sekurang-kurangnya sedikit input yang boleh digunapakai. Kalau ada sebarang pertanyaan, feel free to leave comment or can personally send email to CN. In shaa Allah, CN will reply all your emails. Hehe...

Sebelum CN sambung semula Misi #14 yang sengaja CN biarkan ia tergantung dengan sedikit persoalan di hujung entri tersebut, CN nak share dulu apa yang kami buat di awal pagi sementara menunggu bas HOHO tiba. 

Sesi explorasi Penang bermula dengan langkah kanan dan Bismillah, moga-moga Allah permudahkan segala misi yang bakal kami lalui sepanjang di Penang ini :)

Tuesday, October 06, 2015

Misi 50 Ke Utara: Penang!!! I'm in Love #3



Salam Sehati Sejiwa! Hehe...

Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah, sihat-sihat belaka semuanya yer :)
Sekarang jerebu yang melanda negara kita agak teruk. So, everyone should stay hydrated ya!

Agak lama juga CN tak update any new entry berkaitan Misi 50 Ke Utara ni, kan? Hehe... Maaf yer adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang sekalian. Kita ni manusia, hanya sekadar mampu merancang dan berusaha saja. DIA yang Maha Kuasa menentukan segalanya. Aikkk, bunyi macam sedih je CN. Huhu...

CN sebenarnya mencari kekuatan untuk kembali berkongsi pengalaman dan sedikit maklumat tentang kembara CN yang tak seberapa. Ya, mencari kekuatan hati dan jiwa supaya apa yang CN share dengan you all dapat you all baca dan hayati dengan penuh keterujaan sebagaimana CN juga teruja untuk berkongsi dengan you all.

Kehilangan orang yang kita sayang dan sangat penting dalam hidup kita, seketika buat kita hilang kekuatan. CN hilang seseorang yang CN panggil 'ayah'. Kembalinya dia kepada Sang Pencipta yang satu, dugaan paling besar buat CN dan famili buat ketika ini. Moga ayah damai dan tenang di sisi-Nya di sana. Al-fatihah buat ayahanda.

Allahuakbar. Sungguh, CN belum cukup kuat untuk terus berkongsi kisah kembara CN.

Kita lupakan seketika kisah sedih CN. You all doakan CN kuat dan tabah yer. Stay strong dear CN!

Sesiapa yang tertinggal dari awal Misi 50 Ke Utara CN ni, you all should read from the start tau. Hehe...

Ni dia CN sediakan link. Klik je link ni yer -->> Travelog 2015

Dalam entry lepas, kita dah berjaya selesaikan 12 misi kembara ke Utara CN dan CM. So, masih ada baki 38 misi lagi. Mampu ke CN dan CM laksanakan kesemua misi yang ada? Hehe... Jom, kita sambung misi kembara yang seterusnya :)


Misi #13: Mana dia Cik CT?