Wednesday, October 28, 2015

Misi 50 Ke Utara: Penang!!! I'm in Love #4




Jom breakfast dulu di sini - Restoran Kapitan 

Holla everyone! Sudah rindu nak baca pengalaman kembara CN yang tak seberapa ni? Hehe... Maafkan CN sebab tidak konsisten menulis di sini. Tolong doakan CN kuat semangat untuk terus menulis yer :)

Baiklah, sebelum anda sambung baca entri baru CN ni, sila pastikan anda mulai membaca Misi 50 Ke Utara CN dari awal yer. Barulah ada link dari 1 entri ke entri yang seterusnya. Jangan skip tau! :D

Klik saja link ni -->> Misi 50 Ke Utara

Misi kembara CN dan CM telah sampai ke Misi #14. CN harap sepanjang 14 misi yang telah anda 'lalui' bersama-sama CN dan CM, anda dapat sekurang-kurangnya sedikit input yang boleh digunapakai. Kalau ada sebarang pertanyaan, feel free to leave comment or can personally send email to CN. In shaa Allah, CN will reply all your emails. Hehe...

Sebelum CN sambung semula Misi #14 yang sengaja CN biarkan ia tergantung dengan sedikit persoalan di hujung entri tersebut, CN nak share dulu apa yang kami buat di awal pagi sementara menunggu bas HOHO tiba. 

Sesi explorasi Penang bermula dengan langkah kanan dan Bismillah, moga-moga Allah permudahkan segala misi yang bakal kami lalui sepanjang di Penang ini :)

Kami mulai hari kedua di Penang dengan bersarapan di Restoran Kapitan. Memandangkan lokasi hotel kami terletak di kawasan Little India, maka banyaklah pilihan restoran dan gerai mamak yang berdekatan. Untuk sarapan pertama kami di Penang, CN dan CM memilih untuk makan roti canai, tosai, teh ais dan teh O ais. Harga sarapan pagi kami di Restoran Kapitan adalah RM5.20 untuk dua orang. Murah tak? Bagi CN, dah cukup murah harga sebegitu untuk 2 orang :)

Alhamdulillah, kenyang. Cukup buat bekalan tenaga kami sepanjang hari. Hehe...


Ini dia Restoran Kapitan :)

Selesai breakfast, kami jalan-jalan dulu sementara tunggu bas HOHO memulakan operasinya. Maka, CN skip dulu Misi #14 sebabnya CN nak jump to the next mission. Hehe... Jangan risau, CN akan sambung semula Misi #14 kemudian yer. Hehe...


Misi #15: Mencari Lukisan Dinding

Haa? Lukisan dinding? Hehe... CN pasti anda biasa dengar tentang Street Art, kan? Penang street art? Confirm anda sangat biasa dengar tentang ni, kan? Inilah dia Misi #15 CN dan CM. Kami mencari di manakah letaknya street art painting yang famous di Penang ni. Pada awalnya, sangka CN street art painting ni terletak di kawasan yang sama, tapi rupa-rupanya setiap lukisan dinding ini terletak di lokasi yang berbeza. Maka, bermulah misi kami untuk menjejak sebanyak mungkin lukisan dinding yang mampu kami temui. Hehe...


Yeay! Dah jumpa!

Yeay! Finally, kami berjaya jumpa lukisan dinding yang pertama. Mesti anda biasa lihat painting yang ini, kan? Hehe... Sayangnya lukisan ni dan semakin pudar. Lihat saja dinding di sekeliling lukisan ni. Anda sendiri boleh lihat batu bata dinding ni. Kalau anda pernah lihat satu lagi lukisan dinding tentang seorang kanak-kanak dan seekor monster, lukisan tersebut hanya terletak di dinding yang sama dengan lukisan yang di atas ni. Tapi, ia terlalu pudar. Oleh sebab itu, CN tak snap picture lukisan tersebut. Hehe...


Awak, sudi tak jadi kawan CN sampai syurga? Hehe...

Ini dia satu lagi lukisan dinding yang kami temui dan lukisan ini terletak berhadapan dengan lukisan kanak-kanak dengan motorsikal tu. Seriously, CN did ask this guy if he's willing to be my partner till Jannah, but he kept on looking at me. Hehe... Ayoyooo, CN. Ini lukisan saja. Bukan manusia betul pun. Hehe...


Jolok-jolok buah kelapa, sebiji pun tak mahu gugur. Hehe...


Ini dia lagi street art painting yang CN yakin anda biasa lihat, dan lukisan ini juga semakin pudar. Kalau anda nak duduk di kerusi yang ada di situ, sila berhati-hati yer. Kaki kerusi tu nampak tak kukuh. Hati-hati! :)

Ini hanya beberapa sahaja street art painting yang telah kami temui dan ada beberapa yang lain CN tak upload dan share di sini. Bukan sebab lukisan tersebut tidak sesuai untuk dikongsi, cuma tiada shot yang terbaik untuk CN share dengan anda. Hehe...



Ada lagi street art version lain di Penang ni. Seperti yang anda nampak di belakang kami ni. Yang ini bukan dilukis tetapi ia dibuat daripada besi dan ada macam-macam cerita di setiap seni ini. Macam yang di belakang kami ni, cerita tentang nasi kandar. Ada banyak dan each of this located at different location. 


Yang ini cerita tentang Chulia Street.

Kalau nak snap picture semua street art painting yang ada di Penang ni, rasanya tak sempat CN nak kejar timing bas HOHO. Ini hanya sebahagian sahaja. Jadi, kalau anda nak lihat lebih banyak lagi, apa kata anda explore Penang ni. Hehe... 

Sambil jalan-jalan cari lukisan dinding ni, sempat juga kami singgah beli fridge magnet berharga RM10.00 satu paket yang ada 5 keping fridge magnet yang memaparkan street art paintings yang famous di Penang. 

Secara kesimpulannya, Misi #15 berjaya! Tahniah CN dan CM. Hehe... 


Misi #14: HOHO! Where are you?


Nak tahu apa sambungan Misi #14 CN dan CM ni? Hehe... Stay tuned yer :)

In shaa Allah CN will continue mission #14 soon.


Salam Kembara,


No comments:

Post a Comment

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^