Tuesday, March 15, 2016

Misi 50 Ke Utara: Penang!!! I'm in Love #5




Fuhhh... Uishhh, berhabuk, bersawang dah TCN ni. Huhu... Maafkan CN kerana terlalu dan terlampau lewat update Misi 50 Ke Utara CN ni. Maafkan CN yer. Hee...

Apa khabar anda semua? CN doakan anda semua sihat-sihat belaka.

Sekali lagi CN mohon maaf, seribu kemaafan CN pohon daripada anda yang setia menunggu update terbaru TCN ni. Hehe...

CN masih lagi aktif. Kalau bukan di blog ini, anda masih boleh ikuti perkembangan CN dan TCN dalam official intsgaram TCN @ciknurul_tcn. Sesiapa yang masih belum follow official IG CN, cepat-cepat follow tau supaya anda tak miss out update terbaru dari CN. Hehe...

Baiklah, dalam entry lepas CN terus skip ke Misi #15, kan? Ehhh, ada yang tak baca lagi yer entri-entri lepas CN. Haa, baca jangan tak baca you all. Ni dia CN sediakan link ke entri-entri lepas. Klik je yer. Hehe... -->> Misi 50 ke Utara


Misi #14: HOHO! Where are you?

Haa, dah baca tak? Kalau dah, terus kita sambung semula Misi 50 ke Utara CN yer. Baiklah, dalam entri lepas, CN ada mention yang CN hold dulu Misi #14 sebab apa? Sebab, CN proceed dulu ke Misi #15 sementara nak tunggu HOHO Bus Penang sampai. Hehe... Operasi bas HOHO bermula jam 9.00 pagi. Memandangkan CN dan travelmate CN, Cik Mera dengan penuh semangat bangun awal pagi dan bersarapan di Restoran Kapitan, maka kami masih punya banyak masa hingga jam 9.00 pagi. Oleh sebab itu, kami proceed dulu dengan Misi #15. Hehe.. Jangan marah CN naa sebab skip mission. Hehe...

Dalam perjalanan melaksanakan Misi #14, kami mencari-cari lokasi stop HOHO bus. Seperti yang tertera dalam route map bas ini, ada 1 stop paling dekat dengan lokasi hotel kami iaitu, stop Little India. Alhamdulillah, kami berjaya temui stop tersebut. Hehe... Tapi...

Hmm... Ada tapi pula CN ni. Hehe...

Kita kasi suspend sikit yer. Hehe...

Tapi...bas yang kami nanti-nantikan masih tak kunjung tiba. Aishhh, betul ke bas HOHO akan lalu di hentian ni. Hmm... Atau mungkin, kami sebenarnya dah terlepas bas tersebut? Mungkinkah...

Macam mana ni? Hmm... Solusinya, kami pun minta bantuan uncle search engine tersayang, uncle Google untuk bantu kami mencari stop mana satu yang ada Customer Service Personnel di stop tersebut. Dan, yang kami temui adalah stop Chowrasta yang terletak betul-betul di kawasan Pasar Chowrasta. Maka, kami pun mula menapak dari stop Little India ke stop Chowrasta. Adik-beradik uncle Google Search iaitu Google Maps, juga menghulurkan bantuan buat kami dengan menunjukkan kepada kami laluan menuju ke stop Chowrasta. Thank you Google Maps, love you. Hehe...


Alhamdulillah, kami selamat sampai ke kawasan Pasar Chowrasta dan berjaya temui kaunter HOHO bus ini. Yeay!!!

Dah jumpa kaunter HOHO bus, apa lagi, terus beli tiketlah. Hehe... Untuk pemegang MyKad harga untuk perjalanan hop on hop off 24 jam adalah RM19.00 (untuk dewasa yer). Syukurlah Cik Mera ada bawa student card beliau bersama, maka harga lebih murah untuk pemegang kad pelajar, iaitu RM12.00 sahaja. Akak CN ni tak bawa pula student card, maka masih perlu membayar RM19.00. Huhu...

Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan bas ini, anda klik je link yang CN attached ni yer -->> Penang Hop On Hop Off Bus

Bas masih belum sampai, maka kita jalan-jalanlah dulu yer sekitar kawasan Pasar Chowrasta ni. Masya-Allah, ramainya manusia dekat sini. Mana tak ramainya you all, waktu ini adalah cuti Hari Pekerja. Memang ramailah pengunjung di sini. Hehe... Dua orang lain yang menambah kesesakan di kawasan ini adalah CN dan CM. Hehe...

Dah jalan-jalan sekitar kawasan Pasar Chowrasta, kami duduk sebentar sementara menunggu tibanya bas HOHO. Sempat juga menikmati buah berangan panas-panas yang dijual. Hehe...

Tunggu punya tunggu, akhirnya penantian kami berakhir. Kelihatan dari kejauhan, kelibat bas HOHO yang semakin menghampiri stop Chowrasta. Riangnya dalam hati ni sebab bas dah sampai. Hehe... Perancangan awal kami sebenarnya nak naik bas yang melalui City Route. Namun bas yang tiba adalah Beach Route. Nak tunggu ke tak ni? Hmm...

Kami bermesyuarat seketika dan keputusan yang diambil adalah, kami naik saja bas yang melalui Beach Route sebabnya, bas ini adalah melalui hentian pertukaran ke laluan City Route. Daripada terus menunggu, adalah lebih baik untuk naik saja bas yang ada tu. Hehe...

Maka, bermulah explorasi bas HOHO kami melalui Beach Route. Hee...

Terik sungguh mentari pada hari itu. CN dan CM ni punyalah gigih menahan panahan matahari. Sanggup berpanas. Sunburn jugalah kami. Hehe... Sampai ada makcik-makcik di tepi jalanan yang tegur kami. Aishhh, budak-budak ni sanggup tu berpanas. Matahari terpacak atas kepala. Hehe... Barulah ada experience as tourist kan. Hehe...

Dah naik HOHO Bus, apa tunggu lagi, jom jalan-jalan la kita. Hehe...


Uishhh, panaihh oii. Kami dua ja yang sanggup berpanaihh. Hehe...



Suasana di dalam Pasar Chowrasta



Nampakkan di situ betapa sibuknya kawasan Pasar Chowrasta ni. Hehe...



Tak sempat singgah muzium ni. Next trip, In shaa Allah :)



KOMTAR



Pantai Batu Feringghi



Kalau tak silap CN, The Ship ni adalah sebuah restoran



Haa tu dia, sampai ke Empangan Teluk Bahang kita. Hehe...


Taman Rimba Teluk Bahang adalah hentian terakhir untuk Beach Route HOHO Bus. Anda boleh turun seketika di hentian ini sebab driver akan berhenti disini untuk beberapa minit

Finally, Misi #14 berjaya dilaksanakan! Walaupun perancangan awal kami nak naik City Route, tapi tak mengapa. Beach Route pun ok. Cuma sunburn jelah CN dan CM. Hehe... Experience berpanas dibawah terik mentari tu yang best. Hehe...

Seterusnya, kita sambung Misi #16. Apa agaknya Misi #16 tu CN? Hehe...

Nak tahu? Betul ni nak tahu? Kalau betul-betul nak tahu, kenalah support CN yer. Hehe... Bagi mengubati rindu you all, CN habiskan dulu Misi #14 ni dan akan sambung misi seterusnya dalam entri akan datang.

Terus support CN yer. Love you all :)



Salam Kembara,


No comments:

Post a Comment

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^