Sunday, March 20, 2016

Misi 50 Ke Utara: Penang!!! I'm in Love #6


Sumber: Google Image


Holla!!!

Cik Nurul is back in action. Hehe... Dah baca previous entry CN tak? Apa dia? Belum? Kalau belum, ni dia link untuk ke previous entry CN yer -->> Misi 50 ke Utara

Dalam entri yang lepas, kita dah selesai hingga ke Misi #15. Maknanya masih berbaki 35 misi lagi yang belum CN reveal kepada semua. Hehe... Masih curious nak tahu apa lagi 35 Misi ke Utara CN? Haa, keep on reading and following Travelog Cik Nurul :)

Jom, kita sambung misi yang seterusnya. Lets travel all! :)


Misi #16: Menjejak Bukit Bendera

Dalam Misi #14, CN dan CM akhirnya telah berjaya juga menaiki bas HOHO. Walaupun planning asal kami adalah untuk menaiki City Route dan nak pusing-pusing area city, at first, namun perancangan tersebut terpaksa kami ubah dan akhirnya kami ikut saja Beach Route. Memandangkan cuaca yang agak panas, kami hanya sekadar berada di atas bas saja sepanjang melalui Beach Route :)

Kalau sebut Penang, kebiasaannya akan dikaitkan dengan Bukit Bendera atau Penang Hill. Betul tak? Hehe... CN dan CM pun tak ketinggalan untuk ke lokasi famous di Pulau Pinang ini. Rasanya dah terlalu lama tidak ke Bukit Bendera ni. Kalau tak silap CN, masa zaman CN budak-budak sekolah kot CN ke sini. Hehe... Lama betul tu. Hee...

Sebenarnya, anda juga boleh naik bas HOHO untuk ke Bukit Bendera ni, tapi memandangkan kami memilih untuk melalui Beach Route pada awalnya dan tidak bertukar ke City Route, maka kami turun semula di hentian Chowrasta dan naik bas Rapid Penang untuk ke Penang Hill ni. Maafkan CN sebab tak ingat bas nombor berapa yang kami naik untuk ke Penang Hill. Hehe... Tambang dari Chowrasta ke Bukit Bendera hanyalah RM2.00 sahaja seorang

Ni baru betul-betul travel kan. Asyik turun naik public transport je. Hehe... Jangan risau. In shaaAllah anda tak akan sesat. Hehe...


Sumber: Penang Hill - Ticket Price

Untuk kemudahan semua, CN attached ticket price list untuk naik ke Penang Hill ni seperti gambar di atas. Untuk kemudahan rujukan anda. Hehe...

Untuk dapatkan lebih maklumat lanjut tentang Bukit Bendera ni, anda boleh terus ke link berikut -->> Bukit Bendera/Penang Hill


Peace yo! CM dah sampai Penang Hill :)





Early transportation before the train

Inilah dia laluan naik ke Bukit Bendera setinggi 712 meter dari paras laut


From Penang with love. Hehe...

Dekat Penang Hill ni pun ada love lock tau. Tapi CN takda la nak 'lock' sesiapa di sini. Hehe.. So, kita snap picture here and there jelah yer. Sewaktu kembara kami ke sini, memang sangat ramai orang. Nak ambil best spot picture pun kena tunggu turn. Huhu...


Lets enjoy the scenery of Pearl of the Orient from Penang Hill. Tengok apa tu CN dan CM. Hehe...


Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Tak mau masuk wefie bersama CN dan CM. Hehe...

Say kimchi. Ehhh... Hehe...

Kalau anda perasan, kebanyakkan gambar kami di sini suasananya kelihatan agak gelap, kan? Actually, kami sebenarnya tiba di Penang Hill dah agak lewat petang. Maka suasana sweet dan romantik melihat sunset telah menjadi latar dalam gambar-gambar CN dan CM sepanjang di Bukit Bendera ni. Hehe... 

Dah alang-alang berada di Penang Hill ni, kami berdua ada 3 misi di sini. Haa, tu diaa. Sekali 3 misi dekat satu tempat. Hehe...

Nak tahu apa misi kami? Teruskan membaca yer. Hehe...


Misi #17: 'Harry Potter & Burung Hantunya'

Haa??? Harry Potter? Ada dekat Penang Hill ke?

Harry Potter takda, burung hantu dia saja yang ada. Hehe... Tak lengkap kembara CN dan CM ni tanpa kami singgah sebentar di Muzium Burung Hantu di sini. 


Nampak tak tu ada signage besar tertulis 'Owl Museum @ Penang Hill'?

Owl Museum ni terletak di tingkat bawah lokasi terletaknya Love Lock :)

Sedikit informasi asas berkenaan Owl Museum ini:

Opening Hours:
Normal Days: 9.00am - 7.00pm
Weekends & Public Holidays: 8.00am - 9.00pm

Entrance Fee:
Adult: RM12.00
Senior Citizen: RM6.00
Kids (Above 7 years old): RM6.00
Kids (Below 7 years old): Free

Harga adalah termasuk GST. Hee...

The museum's owls are made from a myriad of materials such as wood, stone, metal, glass, clay, plastic, buffalo horn, seashells, beans, plant fibres, crystal, porcelain, earthenware, paper and recycled items. Special collections on loan from private collectors are also on display.
For more information please contact 04-826 5704


Welcome to Owl Museum :)





Harry Potter hantar love letter untuk CM. Hehe...

The 1st Owl Museum in Southeast Asia :)

Selesai sesi melawat Muzium Burung Hantu pertama di Asia Tenggara ini, maka CN dan CM berjaya menyelesaikan Misi #17. Yeay!!! Mission accomplished! :)

Now we can proceed with the next mission. Hehe...

Nak tahu apakah misi kami yang seterusnya? Stay tuned.

From Penang Hill, with love. Hehe...


Salam Kembara,



No comments:

Post a Comment

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^