Holla!
Apa khabar semua? CN doakan anda semua diberi kesihatan fizikal dan mental yang sihat yer. Kalau ada yang tak sihat tu, cepat-cepat dapatkan rawatan. Mencegah itu kan lebih baik daripada mengubati. Hehe...
Baiklah, untuk entri kali ini CN nak share sikit tentang sebuah hotel di Melaka ni yang baru je beroperasi dan sangat unik, bagi CN. Hehe...
Hotel yang CN maksudkan itu adalah... KAPITAN KONGSI HOTEL
Since 1st May jatuh pada hari Ahad dan esoknya Isnin adalah cuti ganti, maka CN pun merancang untuk berjalan-jalan. Ikut perancangan awal nak ke Negeri Sembilan, nak explore negeri Adat Pepatih ni. Atas beberapa sebab dan selepas membuat pertimbangan, maka CN tukar plan. Ke Melaka la CN akhirnya. Hehe...