Holla!
Apa khabar semua? CN doakan anda semua diberi kesihatan fizikal dan mental yang sihat yer. Kalau ada yang tak sihat tu, cepat-cepat dapatkan rawatan. Mencegah itu kan lebih baik daripada mengubati. Hehe...
Baiklah, untuk entri kali ini CN nak share sikit tentang sebuah hotel di Melaka ni yang baru je beroperasi dan sangat unik, bagi CN. Hehe...
Hotel yang CN maksudkan itu adalah... KAPITAN KONGSI HOTEL
Since 1st May jatuh pada hari Ahad dan esoknya Isnin adalah cuti ganti, maka CN pun merancang untuk berjalan-jalan. Ikut perancangan awal nak ke Negeri Sembilan, nak explore negeri Adat Pepatih ni. Atas beberapa sebab dan selepas membuat pertimbangan, maka CN tukar plan. Ke Melaka la CN akhirnya. Hehe...
Adhoc plan sebenarnya. Hehe... Perancangan awal semuanya ada dalam fikiran CN je. A night before, CN gatal-gatal tangan search hotel dekat Melaka, dan terjumpalah KAPITAN KONGSI HOTEL ni. Bila tengok gambar-gambar yang ada dalam website Booking.com, rasa hati ni macam teringin sangat nak tengok apa yang special tentang hotel ni. Dengan kelajuan data connection di telefon bimbit yang tak berapa nak laju, akhirnya CN berjaya book hotel ni. CN berjaya booking 1 Kapitan Twin Room untuk 2 orang iaitu untuk CN dan adik CN yang berharga RM250.00 per night. Kami check-in pada 1 May dan check-out 2 May. Cukuplah satu malam di Melaka. Hari Selasa dah start kerja. Cuti yang ada ni bolehlah spend time untuk distress session, kan. Hehe...
Menurut info yang CN peroleh melalui Facebook Page hotel ini dan juga perbualan CN dengan manager hotel ini, this hotel is just open their door to the guest on 1st May 2016. Wow! Great! CN antara orang yang terawal stay dekat hotel ni rupanya, walaupun bukanlah top 5 or top 10 orang terawal check-in. Hehe... CN check-in dah agak lewat. Lebih kurang jam 8.30 malam disebabkan CN singgah tempat lain dulu sebelum sampai ke hotel ni. Dalam perjalanan dan hampir sampai, pihak hotel dah call CN untuk confirm yang CN akan datang. Well, I was on my way when they called me. Hehe... 10-15 minutes will reach the hotel :)
Lokasi hotel ini terletak agak ke belakang sedikit dan anda mungkin tak akan terus nampak nama hotel ini dari tepi jalan. Ada reason kenapa hotel ini letaknya di belakang. Kata manager hotel ni, beliau nak beri peluang kepada peniaga-peniaga lain untuk buka bisnes mereka masing-masing di bahagian depan. Bagi peluang untuk para peniaga menonjolkan peniagaan masing-masing. I should congrats them for having this kind of thinking. Good reason, right? :)
Interior dan exterior hotel ini sangat menarik. Bagi CN, ia memang menarik. Unik. Tertarik rasa hati ni nak datang stay dekat hotel ni lagi. Hehe...
CN share sikit few pictures Kapitan Twin Room ni yer :)
2 single beds in this room. |
Siap ada mineral water lagi tu. Comel. Hehe... |
Abaikan beg merah tu yer. Hehe... |
Antara decoration yang ada dalam bilik ni :) |
Susah nak jumpa hotel yang provide cawan dan piring macam ni. Hehe... |
Toilet pun cantik :) |
Walaupun saiz bilik ini agak kecil, tapi bagi CN ia cukup selesa. Dengan tilam yang sangat tebal, empuk. Hehe... Tambahan pula, CN guest pertama yang rasmikan katil dan semua peralatan yang ada dalam bilik 201 ini, seronoknya. Hehe... Cuma, CN tak jumpa laundry bag samada dalam toilet atau dalam laci meja. Mungkin pihak hotel patut letakkan laundry bag atau CN sebenarnya yang patut request :)
Boleh tak kalau tak nak check-out? Hehe... No CN, cannot! Bagi chance guest lain pula nak stay.
Aman dan tenteram rasa berada di hotel ni. Sebab apa? Sebabnya lokasi boutique hotel ni terletak sedikit jauh dari jalan besar. Makanya tak la dengar kesibukan kenderaan lalu lalang. Hehe...
Bila sesekali dapat berehat di luar ruang lingkup kehidupan harian, CN dengan semangatnya bangun pagi bersiap untuk sarapan pagi. Hehe...
Ini dia menu kita untuk breakfast :) |
Abaikan CN yang sibuk posing instead of makan. Hehe... |
Ada beberapa pilihan makanan untuk sarapan pagi pada hari tersebut. Ada juga nasi lemak pandan, kuih-muih. CN pilih untuk makan bihun goreng dengan ayam goreng dan sambal serta secangkir teh panas, serta segelas fresh orange :) Breakfast like a queen. Hee...
CN, macam pernah nampak je dua pictures ni dalam instagram CN. Hehe... Ehh, ada nampak yer? Hehe... CN recycle gambar yang sama untuk IG dan blog. Haa, ada yang tak tahu lagi la tu official IG CN dan ada yang belum follow lagi yer? Kalau belum follow, dekat sidebar blog CN ni ada CN sertakan official instagram CN. Follow cepat. Hehe...
Nahhh, CN belanja few pictures interior dan exterior hotel ni :)
Antara laluan di sekitar tingkat 1 |
Wall deco dengan salinan surat khabar lama. Over exposure pula CN dekat situ. Hehe... |
Reception counter. |
Hiasan wooden rocking horse ni bukan sekadar hiasan. Anda nak duduk atas rocking horse tu dan bergambar pun boleh, dipersilakan. Ada beberapa lagi hiasan yang sama di sudut yang berbeza. |
Perabot dan rak kayu menjadi elemen penting untuk menjadikan exterior decoration hotel ini kelihatan vintage. |
Adik-adik, anak-anak yang tak pernah tengok barang mainan lama-lama, jemput datang hotel ni. Barang-barang mainan yang ada ni masih berfungsi dengan baik. |
Nampak tak basikal yang ada depan hotel ni? Haa, anda boleh naik basikal tersebut dan pusing-pusing beriadah di sekitar kawasan hotel sahaja yer. Hehe... |
One of the best part staying at this hotel is, the staff will greet you when you come down for breakfast. Wow! Rasa macam tuan besar pula pagi-pagi ada orang greet Good Morning. Hehe... Dengan cara itu, guest akan dapat rasa yang pihak hotel sangat menghargai kehadiran mereka di hotel ini. Rasa happy je nak breakfast pagi tu. Hehe... Staff lain juga agak friendly dan helpful. Good job guys! Keep it up! Thank you for a great hospitality. CN shall come and stay again at this hotel. Can CN request to stay at the same room? Hehe...
Overall, CN suggest anda untuk bermalam di hotel ini. A great ambiance to snap lot of pictures. Kekurangn hotel ini adalah ia tiada lift untuk naik ke tingkat atas. Anda perlu naik tangga untuk ke bilik anda. Jangan risau, staff hotel ini bersedia untuk membantu mengangkat beg dan barang-barang anda. Hehe... CN bagi 3.5 stars untuk KAPITAN KONGSI HOTEL :)
Untuk makluman lanjut berkenaan hotel ini, anda boleh search Facebook page hotel ini: KAPITAN KONGSI HOTEL
KAPITAN KONGSI HOTEL
No. 53, Jalan KLJ 10
Taman Kota Laksamana Jaya
75200 Melaka
Tel: 011-1076 9209 / 017-907 6723
Hello cik Nurul i'm Amer,one of the staff at kapitan kongsi hotel.I'm a Housekeeper at there.It's nice to hear that you are happy to be here.Thanks a lot.Btw feel free to come again please.It's a pleasure to welcome you here again 😁.Hope you enjoy our services yaa ✌.Thanks for choosing kapitan kongsi hotel!
ReplyDelete(Actually laundry bag ad je kt dlm almari tu,Cik Nurul tak perasan eh...hihi)
Hi Amer! Thank you for leaving a comment here. Hehe... It is my pleasure to be one of the early guest there. Will make a return visit whenever I go to Melaka again. Ehh, ada? How could CN tak perasan yer. Next time stay there dah tahu mana laundry bag. Thank you :)
DeleteHohoho i'll be here waiting for u >_< its happy to hear that u love to be here.Do come again yaa! ✌welcome CN ^_^
DeleteSure Amer, will make a return visit (return stay, I guess) there :)
DeleteTerbaik..... harap-harap dapat bercuti lagi di Melaka..... hehe
ReplyDeleteHehe.. Selamat bercuti ke Melaka lagi.
Deletehotel mmg nampak menarik tapi lokasinya agak jauh dengan bandar. dengan keadaan sekarang yang membuatkan melaka sesak disemua jalan masuk ke dataran pahlawan tapi kalau nak pantai klebang memang dekat le.
ReplyDeleteBetul. Hotel ni bagi sy mmemang menarik dan cantik. Lokasinya jauh sedikit, tapi terpulang pd guest kalau tak kisah dgn lokasinya. Hehe...
DeleteSalam.. Nak tny.. Bilik die di tgkat berapa ye? Sbb nak bawa mak.. Mak xbole naek tangga.
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Yg sy duduk ni tingkat 1. Kena naik tangga. Kalau tak silap sy dkt ground floor ada bilik jgk. Cuma yg bilik dkt ground floor tu sy tak pasti guest room atau bukan. Boleh try call pihak hotel utk confirmation
Delete