Sumber: PBAKL 2016 |
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 (PBAKL 2016) kembali lagi! Yeay!!! Event favorite CN ni. Hehe...
PBAKL 2016 bermula dari 29 April 2016 hingga 9 Mei 2016. Yang pastinya, masuk adalah PERCUMA! :)
Fast fact about PBAKL 2016:
#1: Untuk kali pertamanya, PBAKL 2016 diadakan di MAEP Serdang. (Sebelum ini diadakan di PWTC)
#2: Berlangsung mulai 29 April hingga 9 Mei 2016 (Senanglah untuk you all plan bila hari yang sesuai untuk ke book fair ni)
#3: PBAKL 2016 menampilkan konsep destinasi percutian keluarga. Pelbagai tarikan disediakan di sini, antaranya SPA Kasih Anana, lookout tower, laman sayur, laman herba, laman padi, 'bench' yang banyak di Street Mall, Kota Buku. (Sangat sesuai untuk bawa seluruh ahli keluarga ke pesta buku ni)
#4: Anda pasti tidak akan berlapar sebab...adanya Food Truck :)
#5: Lebih kurang 7000 tempat letak kereta disediakan di sini. (No issue tak cukup parking yer)
#6: Zon letak kereta di MAEPS; Zon 1 - berhampiran/sekitar Dewan A, C & D. Kadar minimum RM5 per entry. Zon 2 - Zon parking pelawat, percuma (tram disediakan)
#7: Perkhidmatan bas ulang alik disediakan di stesen KTM Serdang, LRT Bukit Jalil & Putrajaya Sentral.
#8: Terdapat drop off/pick up point di belakang Dewan D untuk teksi, bas Rapid KL, bas Nadi Putra & tram (pengangkutan awam)
#9: 3 dewan utama PBAKL 2016; Dewan A (A1, A2 & A3), C dan D2
#10: Dibuka mulai jam 10 pagi - 7 malam (Isnin - Khamis) & 10 pagi - 9 malam (Jumaat - Ahad & cuti umum)
Dianggarkan lebih kurang 800 booth dibuka sepanjang PBAKL 2016 ini berlangsung. Selain itu, dianggarkan juga lebih kurang 2.5 juta pengunjung bakal mengunjungi PBAKL pada tahun ini. Haa tu dia, banyak betul booth yang ada. Mesti rambang mata ni tengok buku di kiri, kanan, depan, belakang. Hehe...
Kalau ada yang teringin nak jumpa CN, mai ramai-ramai dekat PBAKL ni esok. In shaa Allah CN akan berada di sana. Hehe... CN ni promote macam CN ni penulis pula kan. Hehe...
Maklumat lanjut, you all klik je link ni yer -->> PBAKL 2016
Jom ramai-ramai tambah lagi koleksi buku-buku baru. Tambah buku, tambah ilmu. Jumpa you all di PBAKL 2016! :)
Love,
ok. jumpa kat sana..
ReplyDelete:)
DeleteAlamak! Macam tak berkesempatan jumpa. CN pergi PBAKL ni sabtu minggu lepas. Nak buat return visit, tapi macam dah dapat apa yang dicari. Hehe...