Thursday, April 28, 2016

Misi 50 Ke Utara: Penang!!! I'm in Love #8


Sumber: Google Image


Holla! CN is back! Hehe...
Apa khabar you all? CN harap you all sihat-sihat belaka.

Lately CN diserang demam selsema yang agak teruk. Ujian betul bila suara sweet CN ni bertukar ala-ala rockers gitu. Hehe... Alhamdulillah, CN dah kembali pulih seperti biasa walaupun belum sembuh sepenuhnya. You all pun please make sure jaga kesihatan masing-masing yer. Stay hydrated ya! :)

CN ni bilalah agaknya nak habiskan Misi 50 Ke Utara CN tu yer? Hehe... Dah 20 misi trip dilaksanakan. Apa lagilah 30 misi CN tu. Hehe...

Ni ada lagi ke yang belum baca dari awal Misi 50 Ke Utara CN? Apa dia? Ada lagi. Ish, ish... Rugi, rugi tak baca. Nahhh, link untuk you all. Kena mula baca dari part 1 tau. Hehe...


Haa, dah baca? Good! Jom, follow CN untuk misi yang seterusnya. Lets check it out! :)


Misi #21: Ole-ole Jeruk

Orang cakap kalau datang Penang ni tak sah kalau tak beli jeruk sebagai buah tangan, kan? Hehe... CN pun sama jugalah. Mesti cari jeruk made in Penang :)

Biasanya kita dengar orang yang datang Penang ni mesti beli Jeruk Pak Ali, kan? Tapi CN dan CM memilih untuk cuba jeruk lain pula. Sebab apa kami pilih untuk beli selain daripada jeruk Pak Ali? Kan famous jeruk tu. Indeed, memang jeruk Pak Ali sangat dikenali. Cuma CN dan CM nak lari sedikit dari typical thing. Hehe... And, that is one of the reason why we choose jeruk pak cik lain. Hehe...

Lokasi kedai jeruk pak cik ni dekat-dekat area Pasar Chowrasta juga. So, basically banyak benda you all boleh dapat dekat area Pasar Chowrasta ni. Nak shopping souvenir lain pun boleh. Hehe...


Gembiranya kami shopping jeruk tanpa dikelilingi orang ramai. Hehe...


Jangan main-main. Pak cik ni salah seorang peserta program Road to London 2012 dengan berbasikal tau. Hehe...


Pada awalnya kami hanya sekadar jalan-jalan dekat kedai jeruk ni, dan akhirnya kami decide untuk kembali ke kedai ini kemudian. Kemudian itu adalah selepas kami pulang dari Penang Hill. Mujurlah kedai pak cik ni masih buka lagi. Macam tahu-tahu je pak cik ni. Tunggu kami dan kami adalah pelanggan terakhir pak cik ni pada hari tersebut. Hehe...

Terima kasih pak cik sebab entertain kami berdua dengan baik. Banyak kami dapat makan jeruk free dekat kedai pak cik ni. Hehe...

Yeay!!! Misi membeli jeruk berjaya dilaksanakan! Siap dah ole-ole nak bawa balik KL esoknya. Hee...

Jeruk dah dapat, ais tingkap pun dah dapat. Apa lagi yer yang belum complete ni? Hmm... Guess what? Hehe...


Misi #22: Tuuu diaaa, Line Clear

Haa, ni dia satu lagi misi penting trip kami. Line Clear. You all mesti biasa dengar kan pasal Line Clear ni? Hehe... Ehhh akak CN cakap pasal Nasi Kandar Line Clear ke? Hehe... Tepat sekali! Nasi Kandar Line Clear. Yang ini pun satu lagi 'must try' when you are in Penang. Tak sah tau tak cuba nasi kandar ni. Walaupun sekarang Nasi Kandar Line Clear dah ada dekat KL ni, tapi pastinya pengalaman merasai nasi kandar ini di Penang adalah berbeza. Nasi kandar dekat Penang ni memang terbaiklah. Hehe...

Aishhh, cerita pasal makanan tiba-tiba lapar pula. Craving for nasi kandar. Hehe... Ok, abaikan kelaparan tu. Sambung cerita CN. Hehe...


Belum berapa clear lagi ni. Hehe...


Buka 24 jam, okayyy. Hehe...











Kami decide untuk tak makan dekat sini dan tapau je untuk makan dekat hotel nanti. Since kami beli nasi kandar ni dah malam, so tak perlulah beratur panjang macam gambar di atas tu. Hehe... 






Kalau Nasi Kandar Beratur memang seriously you all kena beratur. Panjanggg. Akak CN tak sangguplah dah malam-malam nak beratur. Perut pun dah lapar nasi kandar. Hehe... Next visit mungkin CN akan cuba :)

Misi Nasi Kandar pun selesai, maka berakhirlah misi kami untuk trip kali ini. Ehhh, dah habis ke CN? Bukan ke masih ada lagi 28 misi untuk lengkapkan 50 Misi ke Utara CN dan CM? Hehe... 

Well, trip kami ini sebenarnya diilhamkan daripada sebuah artikel yang dikongsi oleh seseorang dalam facebook berkaitan dengan 50 Things To Do in Penang. Memandangkan 50 perkara itu ada antaranya yang kami tak mampu untuk buat, maka hanya 22 misi sahaja yang berjaya kami laksanakan. Hehe... 

Dan, itulah dia misi-misi sepanjang trip 5 hari 4 malam kami ke Perlis, Kedah dan Penang :)

Maka, selesailah akhirnya sharing CN tentang trip kami ni. Hehe... In shaa Allah, dalam entry seterusnya CN akan cuba wrap up everything and all the itineraries untuk memudahkan rujukan you all. Hehe... Dan CN juga akan sambung entry seterusnya nanti dengan trip ke negeri lain pula. Hehe...

Till we meet again...


Salam Kembara,


No comments:

Post a Comment

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^