Sunday, January 05, 2020

Travel Review: Travelog.com


Sumber: Travelog.com


Hi uols! Lamanye rasa CN tinggalkan blog ni tanpa entri baru. Hehe.. Paling latest pun CN wish uols new year je. Corat coret jejalan CN belum ada yang CN dapat share dengan uols lagi. Sabaq naa. Hehe...

Sementara tunggu CN update latest kisah jejalan, CN nak sambung dulu entri Cuti-Cuti Langkawi tahun 2019. Hehe.. 

Antara aktiviti 'must-do' bila ke Langkawi adalah island hoping & naik cable car.

So, untuk 2 aktiviti ni CN dah book early before trip melalui travel website iaitu Travelog.com.

Sumber: Travelog.com

Friday, January 03, 2020

HAPPY NEW YEAR 2020!




SELAMAT TAHUN BARU 2020!

Macam tak sangka kan kita dah 3 hari berada di tahun 2020 ni. Macam mimpi pun ada. Hehe... Kalau dulu tahun 90an waktu CN bebudak school lagi, rasa macam lama je lagi nak sampai 2020 ni. Tup, tup, dah masuk dah pun tahun 2020 ni.

Time flies so fast. Tak sedar rupanya CN pun makin meningkat usia. Huhu... 3-series+ dah tahun ni.

Alhamdulillah, masih dikurniakan kesihatan mental dan fizikal yang baik dan sempurna.

2019 boleh CN summarize sebagai tahun 'roller coaster' paling ekstrim yang CN pernah lalui. Jatuh bangun berkali-kali, tangisan dan air mata banyak kali tumpah dan mengalir. Yang terlihat indah di manusia, terselindung segala perit dan pedih yang tak tertanggu dek hati kecil ni. Huhu... Bermadah puitis pulak CN ye. Hehe...

Cukuplah 2019 menyimpan segala memori, kenangan manis pahit dan segala rasa. Kita tutup lembaran 2019, kita buka buku baru 2020.

Doakan semoga tahun 2020 ni banyak impian dan azam CN berjaya dikecapi. Antaranya, nak ride bermotor melintasi sempadan (sempadan mana tu. hehe...), nak fly somewhere (dok decide lagi ke mana) dengan airline selain AirAsia (ehh, why not AA, ok what AA. hehe...).

Dan, banyakkk lagi azam, mimpi dan impian CN yang CN nak achieve dalam tahun 2020 ni.

CN nak selesaikan apa yang masih tertangguh. Moga tahun 2020 ni CN berjaya bina Legasi *N yang sedang CN bina ke 1 tahap yang lebih baik lagi. InshaAllah.

Moga hati tak serapuh 2019. Moga jiwa lebih teguh.

Untuk korang pun, CN doakan semoga impian dan azam yang mungkin korang bawa dari tahun-tahun sebelumnya ni, akhirnya berjaya dikecapi.

Misi kurus selim melim CN masih on going. Alhamdulillah, though the progress is quite slow, yet CN still manage to lose 15kg+ in year 2019. At least kena lost another 15kg this year. CN BOLEH!!!

Semoga kita semua jadi hamba-Nya yang lebih baik dan lebih baik lagi.

Doa yang baik-baik, moga beroleh yang baik-baik.


Salam Jumaat,