Sunday, January 05, 2020

Travel Review: Travelog.com


Sumber: Travelog.com


Hi uols! Lamanye rasa CN tinggalkan blog ni tanpa entri baru. Hehe.. Paling latest pun CN wish uols new year je. Corat coret jejalan CN belum ada yang CN dapat share dengan uols lagi. Sabaq naa. Hehe...

Sementara tunggu CN update latest kisah jejalan, CN nak sambung dulu entri Cuti-Cuti Langkawi tahun 2019. Hehe.. 

Antara aktiviti 'must-do' bila ke Langkawi adalah island hoping & naik cable car.

So, untuk 2 aktiviti ni CN dah book early before trip melalui travel website iaitu Travelog.com.

Sumber: Travelog.com

CN tak berapa sure pakej island hoping yang ditawarkan oleh mana-mana travel agensi lebih murah compare dari website ni atau tak.

CN cuma googling sikit, but somehow harga not bad jugak la. Hehe... Tak mahal sangat, tak murah sangat. But affordable and within budget.

Ikut itinerari asal trip ni, hari pertama di Langkawi, sepatutnya CN nak jejalan dekat cable car and spend day 1 explore surrounding area dan makan-makan. Makan-makan tu penting uols. Hehe...

Memandangkan day 1 CN dah spend ter-miss flight, dan CN sampai at this Pulau Legenda dah petang pun, maka day 1 spending for resting je la uols.

So, 2nd day follow back the itinerary iaitu pergi island hoping. CN book pakej 4 jam island hoping + eagle feeding, sharing boat (nak murah, share je uols). 


Untuk pakej 2 orang, harganya adalah RM60.00 (RM30.00 per pax). Takda meal apa-apa tau ni. Kome bawa la ayor minum or snack sendiri.

Agak-agak uols murah ke pakej ni? Ni la 1st time sebenarnya CN pergi island hoping. Hehe.. So, dok tahu muroh ke dok.

Untuk cable car pun CN book dari website yang sama.



Untuk 2 orang, total adalah RM76.00. So untuk 1 pax adalah RM38.00. This package termasuklah entrance ticket untuk naik cable car, tiket masuk 3D art gallery, SkyDome (tapi tutup pulok masa CN datang tu. huhu...) dan 1 lagi CN lupa la pulak. Haha...

Tiket SkyBridge tak termasuk ye uols dalam pakej ni. Untuk SkyBridge uols boleh beli tiket berasingan. 

Macam mana CN boleh terjumpa Travelog.com ni? Well, CN google je uols. Hehe... So, coincidentally CN jumpalah Travelog.com ni. 

CN idok le try Klook ke or yang lain-lain. Uols yang pernah try dari selain dari Travelog.com boleh je share pengalaman uols dekat komen di bawah ye. 

CN open to any comment. Hehe...

Doakan CN diberi kesempatan untuk share dengan uols cerita jejalan island hoping & cable car dalam entri yang seterusnya ye.

Till then. Jumpa uols di next entri.


Jom Jalan-Jalan,


No comments:

Post a Comment

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^