Hello December! Pejam celik pejam celik, tahun 2020 bakal melabuhkan tirainya. Hari ni, 07 Disember 2020, berbaki 23 hari lagi lebih kurang untuk tahun yang penuh cabaran ini meninggalkan kita semua.
The whole world melalui 1 dugaan besar yang sama, pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan masih berlegar-legar disekitar kita. Uols TAKE CARE ok. Stay at home kalau tiada keperluan untuk keluar :)
So, sepanjang tahun ni apa pengajaran yang uols dapat? CN harap apa yang melanda dunia saat ini membuka mata semua untuk lebih dekat pada DIA yang ESA. Cabaran ini bukan untuk seorang, malah untuk seluruh dunia amnya.
Banyak yang sebenarnya seluruh manusia kena hadapi bersama saat ini. Penyatuan hati, kesedaran untuk sentiasa mengamalkan kebersihan yang baik.
CN tahu dan percaya, tahun 2020 adalah tahun struggle giler buat semua. CN sendiri terasa kesannya. Huhu... Ramai yang hilang pekerjaan, pendapatan terjejas. Walaupun begitu, ia juga membuka peluang menjana pendapatan lain buat semua. Terbukanya peluang perniagaan dari rumah, walau hanya mungkin berniaga kecil-kecilan dari dapur rumah masing-masing. Alhamdulillah, rezeki Allah tu luas. Walaupun mungkin tak dapat nak membantu keseluruhan, tapi bak kata Abah, pastikan ada makanan terhidang di atas meja buat keluarga :)
CN sendiri melalui fasa struggle sepanjang tahun ni. Me nak travel lagi!!! Huwaaa!!! Jerit hatiku. Hikhikhik...
Tahun ni CN kehilangan seorang adik CN. He was battling with Colon Cancer for a year. A very sad story for the whole family actually. Everytime CN ingat dia, berlinang airmata. Huhu... I can just pray for him there, may Allah granted Jannah for him. He has been a good brother for 31 years, has been a good son to my mom and my late father, has been a good friend to all his friends.
The day he passed away, langit mendung bagai menangisi pemergian dia hari tu. Ramai sungguh yang datang ziarah dia dari waktu dia sakit hingga selesai kebumi. Ramai sungguh yang sayang kau. Ramai yang datang walau jauh sekalipun. Ramai yang berebut-rebut nak mandikan kau waktu tu. Allah, sungguh ramai yang sayang kau. Semoga syurga untuk kau.
Okay, done with sad story. Kang banjir pulak entry ni. Hehe...
So, we are going to enter the new year, 2021 quite soon. Semoga tahun baru akan datang ini kita semua lebih bersedia mental, fizikal, rohani dan jasmani. Ia mungkin tahun yang lebih mencabar. Get ready guys!
Semoga yang baik-baik je datang kepada kita. #JomJadiBaik :)
Salam Sayang,
No comments:
Post a Comment
Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^