Friday, December 27, 2013

Visit Malaysia Year 2014

Sumber: Google Image

27 Disember 2014 (ala ala tulis diari gitu tarikhnya. hehe...)

4 hari lagi kita bakal meninggalkan tahun 2013. Cepat kan masa berlalu. Alhamdulillah, we're still alive today. :)

4 hari lagi juga kita bakal melangkah ke tahun 2014, Tahun Melawat Malaysia :)

Cik NUFA agak excited bila tiba Visit Malaysia Year 2014 (VMY 2014) ni. Hehe.. Sebab apa? Sebab VMY ada kenangan istimewa bagi Cik NUFA. Kenangan Cik NUFA mula-mula mengenali dunia pelancongan (bunyi macam baru first time dengar je kan. hahaha..)

VYM 2007, kira-kira 6/7 tahun lalu (ecehh, macam mengenang memori lama pula. hehe..) Cik NUFA menjadi sebahagian daripada famili besar UiTM, specifically dalam field Tourism Management. Starting from that (speaking London pula Cik NUFA. hehe...) Cik NUFA mula kenal lebih mendalam, walaupun taklah sedalam mana, dunia pelancongan ni.

So, tahun 2014 menyaksikan Malaysia menganjurkan lagi VYM. Cik NUFA yakin dan percaya pelbagai inisiatif dijalankan bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014. 

Harapan Cik NUFA agar sepanjang 2014 ni, segalanya berjalan lancar. Tiada halangan besar, tiada tentangan. Aman dan damai terus berkekalan. :)

Jom sama-sama kita raikan VMY 2014. Macam mana?
Apa yang kita boleh buat untuk raikan VMY 2014 ni?

1. Jom sama-sama promote good things about our beloved Malaysia.
2. Jom sama-sama jaga kebersihan dan kecantikan (macam pelik je bunyi kecantikan tu. hehe..) kemudahan awam dan lain-lain kemudahan yang ada
3. Jom sama-sama memberi senyum manis kepada pelancong yang melawat tanahair kita ni
4. Jom sama-sama menunjukkan contoh teladan yang baik kepada para pelancong agar mereka kembali ke tempat asal dengan kenangan terindah
5. Jom sama-sama melancong dalam negara (pelancongan domestik) supaya multiplier effect berlegar sekitar dalam negara, makanya akan menjana pendapatan lebih kepada pengusaha pelancongan dalam negara (tuuu dia, masuk bab ekonomi. hehe...). Sila betulkan Cik NUFA jika silap memberi info berkaitan multiplier effect ni yer :)

Jom bercuti dalam negara.
Segalanya ada di sini.


Salam kembara,

2 comments:

  1. Cik Nufa dulu belajar Tourism Management ke? Saya dulu2 kalau dengar orang belajar pasal tourism ni, mesti kerja dia nanti jadi pemandu pelancong. Betulkah? Ampun maaf kalau tersilap. Jangan marah ya.

    By the way, tips untuk meraikan VMY2014 tu sangat best. Tak pernah langsung terlintas di fikiran saya sebelum ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, CN belajar tourism mgt dlu :)

      Selalu juga org kata mcm tu, belajar tourism nnt jd tourist guide. Absolutely wrong. itu salah 1 je kerjaya dlm bidang pelancongan ni.. nak jd tourist guide pn kena attend courses dan dptkn certificate. Blh jana pendapatan lumayan kalau jd tourist guide ni :)

      Sape2 yg belajar tourism, blh jgk jadi lecturer ke, bekerja dlm sektor kerajaan, hotel atau agensi pelancongan ke.. ada kwn CN yg kerja dgn travel agent, asyik travel je.. besttt :) ada jgk kwn CN yg kerja dgn tourism malaysia :)

      Kalau nak start bisnes pun boleh :) Masa sy belajar dlu, tak semestinya kami belajar tntg tourism semata2. kami belajar jgk psl acocunting, management, marketing, HR, keusahawanan. Masa degree CN amek minor culinary art, so dptlah belajar tntg restaurant management :)

      Hee.. tips VYM2014 sekadar pendpt CN je :) sbb rasanya kalau nak btl2 promote VMY2014, pihak kerajaan dan agensi yg terlibat telah pn berusaha sebaik2nya utk jayakan event ni. so bg pihak kt rakyat, kt blh la buat apa2 yg ptt...

      Pelancongan domestik amat di galakkan sbb blh jana pendptan kpd pengusaha produk pelancongan dlm negara. so duit yg dibelanjakan tu tak la mengalir keluar negara. pendapatan negara meningkat, pendapatan pengusaha produk pelancongan dan sektor lain jgk secara tidak langsung akan meningkat :)

      Nak travel overseas? boleh je.. cuma bg CN masih byk lg tmpt dlm negara kt yg blm kt teroka. CN pn blm habis jelajah 1 malaysia ni.. hehe.. tp ada jgk planning nak travel overseas.. kena save money la.. hehe

      Delete

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^