Wednesday, March 05, 2014

KL City Tour: Muzium Polis Di Raja Malaysia

 

Salam 1 Malaysia buat semua :)

Cuba angkat tangan berapa ramai yang sedang menunggu sambungan Langkawi trip Cik NUFA? Hehe... Aihh, macam tak ramai je. Hehe... Sementara you all menunggu sambungan entri untuk Langkawi trip Cik NUFA dengan penuh kesabaran, jom CN bawa anda jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.

Here you go. My KL City Tour :)

Destinasi pertama --->> MUZIUM POLIS DI RAJA MALAYSIA

Sempat pula CN ni buat KL City Tour kan? Langkawi trip pun tak habis lagi. Langkawi trip ada dalam draf. Hehe... Yang sebenarnya, ini adalah free tour tau. Yeay!!! FREE you all (nak juga highlight kan di situ. hehe...)

Kebetulan Jumaat lepas, 28 Februari 2014, ayah CN bawa rombongan anak-anak yatim dari daerah kelahiran CN jalan-jalan di Kuala Lumpur. Semua perbelanjaan ditanggung dan mendapat tajaan beberapa pihak yang bermurah hati :) CN bagi pihak rombongan mengucapkan ribuan terima kasih atas tajaan yang diberi. Moga Allah memberi balasan baik atas budi dan jasa yang dibuat :)

CN pun apa lagi, awal-awal sebelum trip ke Langkawi lagi dah apply cuti. Hehe... Excited punya pasal :D

CN sepatutnya join this tour dari pagi. Disebabkan beberapa kekangan, makanya selepas solat Jumaat barulah Cik NUFA join mereka :)

Destinasi selepas selesai solat Jumaat adalah lawatan ke Makam Pahlawan di Masjid Negara. Di mana, di Makam Pahlawan ni bersemadinya jasad tokoh-tokoh negara yang telah banyak berjasa kepada negara kita ini. Antaranya, Allahyarham Tun Ghafar Baba (mantan Timbalan Perdana Menteri), Allahyarham Tun Dr. Ismail (juga mantan TPM), Allahyarham Tun Abdul Razak (mantan Perdana Menteri Malaysia ke-2) dan juga Allahyarham Tun Hussein Onn (mantan Perdana Menteri Malaysia ke-3).

Cuci mata sat na tengok water fountain yang ada di Masjid Negara ni :)

Waktu ni ramai dah balik dan dah selesai solat Jumaat :)

Sedikit info tentang Masjid Negara:-

Ia terletak berhampiran Stesen KTM, Bangunan Daya Bumi, Pejabat Pos Besar Malaysia, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung Kuala Lumpur dan beberapa tarikan pelacongan yang lain. Bangunan masjid ini dibina antara tahun 1963 dan 27 Ogos 1965. Sebelum Masjid Shah Alam dibina, Masjid Negara merupakan masjid yang paling moden di Asia Tenggara.

Maklumat lanjut mengenai Masjid Negara boleh diperoleh melalui link berikut --->> Masjid Negara

Jom CN bawa anda ke destinasi yang ingin dituju --->> Muzium PDRM :)

Pintu kecil untuk masuk ke Muzium PDRM

Sampai pun kita akhirnya di Muzium PDRM ni. Hehe... Kalau diikutkan ada je pintu masuk utama (main gate entrance) ke muzium ni. Bagi memudahkan bas untuk parking, jadi CN dan ahli rombongan menggunakan pintu kecil ini untuk masuk ke perkarangan muzium :)

Mengikut sumber wikipedia (sometimes this source is not reliable. hee...), penubuhan muzium ini telah diilhamkan oleh Penguasa Sekolah Pusat Latihan Polis, iaitu PGB Waller pada tahun 1950. Muzium ini kemudiannya telah dirasmikan pada 9 Januari 1961 oleh Yang Di-Pertuan Agong ke-3.

Di muzium ini dipamerkan pelbagai bahan sejarah berkaitan Polis bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah ke hari ni. Nampak dari luar macam tak besar, tapi sebenarnya boleh tahan juga keluasan muzium ini yang terdiri daripada 3 buah Galeri - Galeri A, Galeri B dan Galeri C serta bahan pameran lain yang terdapat di luar bangunan muzium ini :)

Muzium ini terletak berhampiran Masjid Negara dan Muzium Kesenian Islam. Kalau tak silap CN, waktu operasi muzium ini adalah mulai jam 10 pagi hingga 6 petang. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin sahaja ditutup.

Maklumat lanjut, you all bolehlah google yer. CN nak provide link tapi CN tak jumpa pula website khas untuk muzium ni. Hee...

Antara kenderaan yang pernah digunakan oleh PDRM. CN Tak sure nama-nama kenderaan ni. Hee...

Yang ni CN tak sure apa namanya. Hehe... Tapi yang CN nampak sebelah belakangnya (keretapi kot ni) ada tulis 'TAPAH ROAD'. Kalau masuk ikut pintu kecil yang CN tunjuk dekat atas tu, boleh terus nampak ia di sebelah kanan anda :)

Ni dia pintu masuk ke muzium ni :)

Siapa pernah kayuh basikal tua ni??? CN pernah tau. Hehe... Lokasi basikal ni terletak betul-betul di sebelah kiri pintu masuk ke muzium ni

Perasmian muzium ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi (Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Dalam Negeri) pada 24 Julai 1999

Cuba teka siapa ni? Hang Tuah? Ehh, bukanlah. Ni adalah Temenggung. CN tak sempat nak baca description yang ada tu sampai habis disebabkan mengejar ahli rombongan yang telah bergerak ke hadapan. Tu yang berbaju kuning tulah ahli rombongan. Hehe...

Selepas anda dah selesai lalui ketiga-tiga galeri yang ada, anda bolehlah duduk sebentar sambil menonton video mengenai jasa pihak polis pada zaman dahulu. Kalau you all ada problem nak faham Bahasa Melayu, jangan risau. Video ini ditayangkan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris :)

Banyak yang you all boleh tengok dan belajar dalam muzium ni. Banyak koleksi senjata api yang digunakan pihak polis suatu ketika dahulu. You all boleh juga saksikan pakaian macam mana yang digunakan pihak polis dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah ke hari ini. Cik NUFA tak sempat nak baca semua description dan maklumat yang ada dalam muzium ni disebabkan kami kesuntukan masa dan perlu bergerak ke tempat lawatan seterusnya.

Cik NUFA pun tak dapat nak kongsi dengan anda banyak gambar sebab CN ni pun snap picture dengan handphone je. Hehe...

So... Itulah cerita lawatan kali pertama Cik NUFA ke Muzium PDRM ni :)

Lokasi seterusnya --->> Tunggu next entri yer. Hee...


Salam kembara,

10 comments:

  1. Assalamualaikum dear,
    Seronok kaan sesekali melawat muzium-muzium ni... btw mintak izin untuk masukkan blog CN ni dalam bloglist saya ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam fayreen :)

      Seronok jgk sbnrnya. CN pn memang ada planning nak buat museum tour. so kira ni starting nya la.. hehe..

      Boleh je fayreen, takda masalah. CN pun berbesar hati fayreen sudi masukkn blog CN dlm bloglist fayreen :)

      Delete
  2. Huh.. belum lagi dengar pasal Muzium Polis ni... bagus juga share info yang amat berguna ini.. :D
    Masjid Negara pun dah lama tak pergi.. bagus juga kalau buat trip jalan2 KL :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. kalau tak silap CN ada juga muzium ATM. dkt sungai besi, tp tak sure exact name muzium tu :) waktu nak pergi jumaat lepas, muzium tu tutup

      CN pun dah lama tak pergi masjid negara. makam pahlawan pun tu la first time pergi :) hehe..

      Delete
    2. Ini nak naik semangat apatah lagi hri lahir ke 207 unit polis malaysia.. berkobar2 ni perasaan cinta negara patriotik ni hahahaa :P

      Delete
  3. Salam CN, me me me angkat tgn sambil tutup ketiak
    Akak Jm x tahu akan kewujudan museum ni, teruk x? Best gak buat tour around kl ni kan yg x best tu klau by car semua parking perlu byr. Untungla dpt join city tour ngan ayah tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm kak :)
      hehe... sabaq na, entry langkawi trip ada dlm draf, blm boleh publish lg.. hehe..
      CN pernah dengar, tp tak tahu pula muzium ni easy access je n dkt2 masjid negara je, hehe..

      haa, itulah. so, mana2 tmpt yg easy access by public transport, bolehla guna public transport je kan.. :)

      Delete
  4. Alhamdulillah..... errr...ayah CN ni ada bukak rumah anak yatim ke???? murah rezeki oooo jaga anak yatim...

    ok...awok suke.... hobi dgn minat kite same...... ada 2 - 3 lagi galeri dgn Muzium yg awok tak up lagi entri nye kat blog awok...... keep up your good work CN....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... hee... eh, tak la. Ayah CN terlibat sama dlm xtvt dkt rmh ank yatim tu sejak dr awal rmh ank yatim tu dibuka sampailah hari ni :) kebetulan pula dlu rmh CN berdepan dgn rmh ank yatim tu, secara tak langsung, CN pun terlibat jgk.. hehe

      CN mmg suka pergi tmpt2 bersejarah mcm muzium ke. Byk sebenarnya muzium dkt malaysia ni kan? :) nnt CN baca blog mike yer. Byk galeri & muzium dlm blog mike yg CN tak pernah pergi.. hehe... tq support CN yg baru belajar ni. hee...

      Delete

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^