Thank you Google Image for this picture. Hee... |
CN ni memang sangatlah gemar membeli buku walaupun akan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan bacaan semua buku yang dibeli. Hehe... Even buku yang CN beli waktu KLiBF 2013 pun masih ada yang belum habis ditelaah. Perghh, ditelaah tu. Hehe...
CN suka mengumpul buku-buku sebenarnya dan bila berpeluang ke pesta buku macam ni, rasanya seperti berada di dalam Heaven of Books. Rasa macam nak menari-nari riang melihat berjuta buku di pesta buku ni.
Memandangkan hari yang CN pergi tu adalah public holiday, makanya berduyun-duyunlah manusia yang datang. Perancangan CN dan sahabat CN nak ke pesta buku ni seawal jam 10 pagi. Tapi sekadar perancangan jelah. Hehe... Lebih kurang pukul 12.00 tengahari baru CN dan 2 orang sahabat CN sampai di PWTC ni.
Pada mulanya CN agak keberatan nak berkunjung ke pesta buku ni, tapi atas pujukan sahabat CN yang tahu pesta buku adalah event favorite CN, maka CN pun 'cairlah' dengan pujuk rayu sahabat CN tu. Hehe... Cik Siti, jangan marah haa. Hehe...
KLiBF 2014 telah bermula sejak 24 April 2014 dan berakhir pada 4 Mei 2014 ni. So, siapa-siapa yang masih belum berkesempatan nak lawati pesta ni, jom ambil kesempatan 2 hari hujung minggu ni (hari ni dan esok) untuk datang beramai-ramai ke pesta buku ni :)
Ia dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam (hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Public Holiday). Hari Isnin hingga Khamis dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang. Kalau anda nak tahu maklumat lanjut berkaitan KLiBF 2014 ni, silalah layari link disebelah ini yer --->> KLiBF 2014
Banyak ke borong buku CN? Hehe... Boleh tahanlah. Antaranya, CN beli pakej 4 buah buku berharga RM10 sahaja di booth Karangkraf, sebuah buku berkaitan Panduan Solat Sunat di booth Kedai Buku 1 Malaysia dan sebuah buku doa di booth Al-Hidayah House of Publisher. Anda boleh dapatkan buku-buku terbitan pelbagai penerbit, samada buku-buku keluaran lama ataupun yang baru. Bagi peminat-peminat novel, inilah masanya untuk anda temui novelis kesayangan anda. Hehe... CN berkesempatan menemui novelis Muna Mahira yang menghasilkan karya Bisikkan Namaku. Novel beliau CN beli untuk housemate CN sebenarnya. Kebetulan waktu itu beliau ada, CN pun apa lagi ambil kesempatan untuk minta autograf beliau la. Hehe...
Lebih kurang 2 3 jam jugalah CN dan sahabat-sahabat CN berada di pesta buku ini. Rasanya tak habis pusing pun lagi sebabnya ada buku yang CN cari tidak ditemui. Huhu... Mungkin disebabkan terlalu ramai orang, jadi CN pun tak larat nak lawati semua booth yang ada.
Secara total, CN habiskan lebih kurang RM55 sahaja untuk membeli buku-buku. Memang CN bajet perbelanjaan di pesta buku ni tak lebih RM100. Walaupun misi tidak berbelanja lebih RM100 berjaya, tapi misi mendapatkan buku yang CN cari-cari masih tidak berjaya. Huhu...
CN sangat seronok dikelilingi buku-buku. Hee...
Apa lagi, masih ada masa ni. Cepat-cepat dapatkan buku pilihan anda di KLiBF 2014 :)
Salam kembara,
untungle dapat pegi.... awok sejak pindah Ipoh... dah lama tak ke Pesta BUku ... kalo tak dulu...rajin ...mana idaknya... opis awok pun kat PWTC.......
ReplyDeletehehe.. CN ni pun kalau tak kawan ajak, sorg2 idak jgk perginya. haha..
Deletelaa..ofis mmg dkt pwtc rupanya.. lagi untung la tu :)
Tak apa even buku tahun lepas pun tak abis baca.. asalkan sifat dan amalan membaca itu sentiasa ada.. ::D Best kan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014.. banyak buka dapat kita beli huhuhu..
ReplyDeletehttp://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-8-buckingham.html
Hehe.. sgt awesome. Rasanya pergi 1 hari tak puas. Tp tak sempat nak spend lebih masa dkt situ. Ada buku yg dicari, tp tak jumpa. Terlalu ramai org waktu tu. :)
DeleteBagi sikit tips camna nak kasi rajin membaca ni eh..akak ni rajin baca blog je..kalua suruh baca buku je mata mula berat..kalau suruh baca buku ilmiah..lagi cepat nk lelap huhuh
ReplyDeletehihihi... kena ada geng kaki buku jgk kak, baru menjadi dan dtgnya minat membaca. hehe...
Delete