Saturday, June 14, 2014

FLORIA Putrajaya 2014: #1



Sumber: Google Image

Festival Bunga dan Taman Antarabangsa Putrajaya (FLORIA) kembali lagi!!! Yeay!!! Ni adalah event favorite CN. Hee...

In shaa Allah tahun ini bakal menjadi tahun ke-3 berturut-turut CN menjadikan diri ini sebagai pengunjung di festival ini. Haha :D

FLORIA pada tahun ini bermula pada 14 Jun dan berakhir pada 22 Jun 2014. Tahun ini FLORIA Putrajaya 2014 diadakan di persisiran tasik Presint 4, berhampiran dengan Jambatan Sri Saujana. Dengan tema bunga Begonia atau nama lainnya bunga Asam Batu (kalau tak silap CN. hehe...).

Jom ramai-ramai ke festival ini. In shaa Allah hari ini CN juga akan ke Putrajaya untuk menyaksikan festival ini. Hee.. So, siapa-siapa yang ke Putrajaya hari ni terserempak dengan CN, tegurlah yer. CN ni kadang-kadang tak perasan orang.Hehe... (Aikk, macamlah you all pernah tengok rupa CN ni kan. Hee...)

Jangan risau jika hendak ke festival ini menaiki kenderaan awam. Anda boleh rujuk gambar berikut untuk maklumat lanjut :)

Shuttle bus service. Pick-up point: MaTiC & Putrajaya Sentral

Shuttle bus service. Pick-up point: IOI Resort City, Shangri-La Hotel, Everly Hotel

Istimewanya event ini adalah, adanya pertandingan 'Floria-Insta Snap and Win'. Anda follow je instructions dalam gambar berikut yer. Hehe...


Jom sertai 'Floria-Insta Snap and Win' Hee...

Excited pula CN ni kan. Hehe... Sabar jelah you all. Hehe... Kalau tak silap CN, tahun ini pengunjung dikenakan bayaran masuk. Huhu... Untuk dewasa rasanya RM3.00 dan untuk kanak-kanak RM1.00. Tapi CN tak pasti pula kanak-kanak umur berapa yang perlu bayar. Hee...

Apa tunggu lagi, CN dah teruja nak snap banyak-banyak pictures ni nak share dengan you all. Hehe... Rasanya diadakan juga pameran kucing. Hehe.. Ni yang buat CN lagi teruja. Jom ramai-ramai ke Putrajaya :)

Untuk maklumat lanjut, you all boleh klik link berikut -->> FLORIA Putrajaya 2014

P/s: Nanti CN update yer pasal event ni lagi. 


Salam kembara,

No comments:

Post a Comment

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^