Saturday, July 05, 2014

FLORIA Putrajaya 2014: #2



Salam 7 Ramadhan. Hee.. Dah 7 hari berpuasa, CN baru nak wish kan. Hahaha... CN harap you all berpuasa dengan sebaik-baiknya yer. Moga Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang lebih baik berbanding tahun-tahun lalu, In shaa Allah :)

Hari ni CN nak sambung entri FLORIA Putrajaya 2014 :)

FLORIA tahun ni adalah event yang agak bersejarah buat CN. Haha... Sebabnya, inilah kali pertama CN berkunjung ke FLORIA 3 kali (2 hari berturut-turut dan 1 hari pada hujung minggu berikutnya). Ishhh... Ishhh... Rajinnya CN ni, kan. Haha... 

Hari pertama CN ke FLORIA bersama sahabat CN, tapi kami sampai agak lewat dan hari makin petang. Cuaca agak panas waktu itu. Tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk menjelajah ke seluruh pelosok pameran FLORIA ni. Hee...

Seperti yang CN maklumkan dalam entri yang lalu (klik di sini untuk ke entri yang lepas), tahun ini pengunjung dikenakan bayaran masuk sebanyak RM3.00 untuk dewasa. Hmm... Kena bayar pula. 

Untuk langkah mengelakkan kesesakan, maka CN dan sahabat membuat keputusan untuk naik pengangkutan awam saja. Hee... CN dan sahabat menggunakan perkhidmatan ERL dari Bandar Tasik Selatan ke Putrajaya dengan harga RM5.30 sehala. Sampai di Putrajaya Sentral, kami naik bas Nadi Putra yang memang menuju ke tapak FLORIA dengan bayaran RM0.50 sekali naik. Mungkin rezeki kami agaknya hari tu, sampai saja di Putrajaya Sentral, bas ke FLORIA telah sedia menunggu dan kami pun tak perlu menunggu lama. Hehe...

Kami mulakan lawatan pertama ke tapak jualan pokok-pokok dan CN pun tertarik dengan hiasan fridge magnet bunga orkid yang dibuat daripada tanah liat (kalau tak salah CN la. hee...). Tertarik je yer, belum beli lagi. Hehe...

Hari pertama CN ke festival bunga dan taman ini, CN dan sahabat mendapat bantuan jurupandu atau tour guide daripada adik CN yang kebetulan sedang menjalani latihan industri di Putrajaya dan terlibat sama dalam penganjuran FLORIA tahun ini. Hehe... Memandangkan adik CN tahu macam-macam berkaitan FLORIA tahun ini, makanya kami berkunjung ke FLORIA dan pulang dengan penuh informasi. Hehe... Tapi macam tak berapa lekat je dalam kepala ini semua informasi tu. Hehe...

Apa yang CN faham, tahun ini temanya adalah bunga begonia, tapi apa yang CN lihat bunga ini kurang menonjol. Lebih banyak bunga-bunga orkid berbanding begonia, walaupun setahu CN banyak juga jenis-jenis begonia yang ada. Huhu...

Payung pelangi yang menjadi tempat tumpuan ramai untuk bergambar. Hee...

Dari petang sampai ke malam CN dan sahabat serta adik CN menghabiskan masa di tapak FLORIA ini. Hehe... Rasanya hampir keseluruhan pameran yang ada CN lihat. Teruja juga CN bila tengok bunga banyak-banyak. Hehe...

Sempat juga CN singgah ke pameran kucing. CN ni memang minat kucing, lagi teruja tengok kucing-kucing yang dipamerkan untuk pertandingan dan ada juga untuk dijual. Tapi kebanyakkan kucing yang ada, mereka tidur je. Takda kerja lain. Haha...

Haa... Ini dia pokok kucing gergasi. Hehe... Nampak tak ada orang dekat situ? Sebenarnya orang tu sedang membetulkan pokok-pokok pada replika kucing ni. Hee...

Penat juga berjalan seharian di tapak FLORIA ni. Fuhhh...

Cuma... CN rasa banyak penambahbaikan yang harus dan sangat perlu dilakukan untuk penganjuran FLORIA pada tahun-tahun akan datang.

Antaranya (ni pendapat CN je yer. hehe...):
1. Penambahbaikan surau terutamanya surau perempuan. Bagi CN tempat wuduk wanita seharusnya ditutup kawasan sekitarnya demi menjaga maruah dan aurat kaum wanita :)
2. Tandas. Hmm... Rasanya perlu sediakan tandas yang lebih     selesa lagi. Apa yang CN nampak, tandas wanita airnya bertakung dan juga tiada bekalan air (sewaktu CN gunakan ia la. hee...)
3. Penunjuk arah. Rasanya macam kurang je penunjuk arah di tapak FLORIA ni. Contohnya, signage kiri kanan ke mana, atau pameran apa yang ada.
4. Makluman kepada pengunjung tentang aktiviti yang di anjurkan selain daripada pameran bunga-bunga. CN rasa sepatutnya pihak penganjur membuat announcement jika pada waktu tertentu ada penganjuran aktiviti-aktiviti tertentu, seperti klinik pokok atau aktiviti mewarna secara percuma untuk kanak-kanak dan lain-lain.

Lagi??? Hmm... Mungkin itu saja rasanya. Hehe...

Jom layan gambar-gambar dululah yer. Stori-mori nanti CN akan sambung dalam entri akan datang. Hee...

Tungguuu ^^

The Hanging Garden

Salah satu pameran yang ada. Penyertaan dari negara China kalau tak silap CN. Hehe... Cik Model - adakah itu CN? Hee...

Wall mural.

Pokok-pokok pun 'bersukan' - badminton, golf, berbasikal. Hee...

Ni favorite CN. Tak ingat namanya apa. Hehe...



Kami di tepian 'Tasik Kenyir, Terengganu'. Hehe...

Cik 'model' di Taman Di-Raja. Hee...

Celebrate love @ DBKL's garden

Lagi favorite CN. Hehe...

Hasil kreativiti CN - spice frame :)

Ok la, sampai sini dulu. CN akan sambung lagi cerita jalan-jalan FLORIA CN dalam entri yang akan datang.


Salam kembara,

3 comments:

  1. Salam ramadhan CN eh cik nufa opss cik nurul heeee akak ni suka sbul dgn nama cik nufa tu nampak unik sampai dlm blog akak pun akak mention nama cik nufa heeeee
    Ha'a mana pegi lama x update akak pun almost forget dh :-)
    Pegi floria ehh mana gambo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. dua2 pn blh sis. Nurul ke Nufa ke. Hee...
      Bz sikit sis.. ada beberapa entri yg masih dlm draf, blm sempat nak update.. ish2...

      next entri CN letak byk lg gmbr eh :)

      Delete
  2. Appreciatee your blog post

    ReplyDelete

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^