Monday, July 28, 2014

Salam Aidilfitri 1435H



Sila abaikan CN yang memodelkan diri di sini. Hee...

Salam Aidilfitri buat semua traveloger tersayang. Hehe...

Dikesempatan yang ada ni, CN menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf andai ada silap dan salah CN sepanjang penglibatan CN dalam dunia blog ni. Hehe... Kalau ada yang terasa dengan penulisan CN atau komen-komen CN, CN mohon seribu kemaafan atas keterlanjuran kata-kata yang tidak disengajakan :)

CN doakan anda semua dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada-NYA sepanjang Syawal tahun ini. CN doakan juga agar anda semua meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh rasa kesyukuran dan kesederhanaan. Moga Syawal tahun ini adalah Syawal yang memberi 1001 bahagia buat semua.

Dalam kesibukan kita meraikan Syawal, jangan dilupa saudara seagama kita yang mengalami kesusahan, kesakitan, kepedihan, kepayahan. Mari kita sama-sama berdoa agar Allah memberi mereka sebanyak-banyaknya kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk menempuh waktu-waktu sukar dalam hidup mereka. Kita mungkin tidak sekuat mereka untuk berjuang, namun sekurang-kurangnya sama-samalah kita mengirimkan doa buat mereka. Moga Allah sentiasa melindungi saudara kita di sana, In shaa Allah :)

Anda yang membuat perjalanan jauh pulang ke kampung halaman masing-masing, sentiasa berwaspada dan berhati-hati memandu pulang. Mulakan perjalanan anda dengan doa. Moga Allah melindungi perjalanan balik kampung anda.


P/s: Sesiapa yang nak kad raya istimewa dari CN, bolehlah emelkan address anda kepada CN yer. In shaa Allah CN akan poskan kepada anda yer :)


Salam Aidilfitri,

2 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri jugakkk... maap zahir dan batin cik NUrul....

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)
      sama lah kita yer :) hopefully raya d rai dgn penuh kesyukuran dan kesederhanaan yer. Terus support blog awok yer

      Delete

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^