Sunday, January 04, 2015

Weekend Escape: Melaka (Misi Mencari Ikan Bakar): #1


Hmm... Weekend gateways gitu. Hehe...


Salam rindu all!!! :)

Apa khabar tahun baru anda? Hehe... Okay? Tak okay? Masih mencari rentak. Hehe... Takpa, take it easy. Perlahan-lahan atur yer. Hehe... CN ni pun masih mengatur jadual kehidupan CN sendiri. Hehe...

Well, entri kali ni sepatutnya CN post tahun lepas. Yer, tahun lepas tu tahun 2014. Hehe.. Beberapa hari lepas. Hehe... To be exact, sepatutnya CN post dalam bulan November 2014 sebab Weekend Escape: Melaka (Misi Mencari Ikan Bakar) ni dilaksanakan awal November lepas. Hehe... Maaf yer you all tak berkesempatan nak share this story seawal mungkin. Hee...

Baiklah... kita teruskan yer :)

Macam tajuk entri ni, Misi Mencari Ikan Bakar. Haa, itulah yang sebenarnya diniatkan dalam hati ni. Tujuan utama CN dan kakak-kakak tersayang ke Melaka adalah untuk makan ikan bakar di Umbai. Hehe...

Kami mulakan perjalanan lebih kurang jam 10.30 pagi, hari Sabtu. Hehe... The traffic was quite okay. Untuk tidak terlalu bosan sepanjang perjalanan kami, maka kami memilih untuk tidak menggunakan lebuh raya. So, kami turun di Tol Port Dickson dan teruskan perjalanan ke Melaka. Hehe... Bolehlah cuci mata sikit tengok laut di PD tu. Hehe...

CN ke yang drive? Hehe... CN drive? Hmm... CN ni jadi penumpang je you all. Ada lesen memandu jadi hiasan ja :D

Lebih kurang jam 12.00 tengahari kami pun selamat tiba di Bandar Melaka, Bandar Warisan Dunia. Hehe... Perut pun dah lapar. Mana tak laparnya dah tiba waktu lunch, kan. Hehe... Ada yang mengidam nak makan asam pedas, katanya. Hehe... Maka kami pun pusing-pusing cari restoran yang menghidangkan masakan asam pedas. Yumm, yumm. Asam pedas, mesti sedap ni, kan? Hehe... Cari punya cari, jumpalah kami sebuah restoran berdekatan dengan kawasan Dataran Merdeka Pahlawan. CN tak berapa pasti nama tempat tu dan tak ingat pula nama restoran tu. Hehe...


So, how was the food there, CN? Hmm... The price is actually quite expensive, for me & for us. Huhu... Expensive sebabnya portion makanan dengan harga serta kesedapan itu tidak setanding. Nak kata sedap sangat, hmm... For me, biasa ja. Nothing special. Hee...

Baiklah... Kita tinggalkan cerita asam pedas, kita terus sambung perjalanan cuti-cuti Sabtu kita di Melaka. Hehe...

Untuk 'membunuh' masa yang ada, perghhh 'membunuh' masa. Hehe... Okay, okay, to kill time. Hee... Sedap sikit bunyinya yer. Hehe... Kami pun jalan-jalanlah di sekitar Banda Hilir, Dataran Pahlawan, A'Famosa, the Ruins of St Paul's Church, sampailah ke Jonker Walk atau nama lainnya, Jalan Hang Jebat. Hehe...


Haa, cepat teka menara apakah itu? Hehe... Yeay!!! Pandai you all. Itulah Menara Taming Sari. Hehe... Tapi CN tak naik pun. A view of this tower from St Paul's Hill.

Kalau tak silap CN, sewaktu kami di situ orang ramai sibuk membuat persiapan untuk satu event yang berlangsung keesokkan harinya. Tak ingat CN event apa. Yang CN ingat ada Upin dan Ipin sewaktu event tu. Hehe... Memang ramai orang di situ waktu tu. Nampak meriah. Hehe... Dengan becanya lagi. Itu pun CN tak naik juga. Lain kali, In shaa Allah :)



Comel-comel belaka beca di Melaka ni. Hehe... Lain kali CN naik yer :)

Ini dia the Ruins of St Paul's Church. Information board yang merah tu ada cerita sikit tentang sejarah church ni. Hehe...

Okayy, CN bukanlah ambassador tempat ni yer. Hehe...

Alolo... Sweet couple. Hehe... Kak Ya and her husband :)

Ramai tau you all dekat sini. Dan yang uniknya dalam runtuhan church ini adalah, ada seseorang yang akan hiburkan anda. CN tak pasti nama beliau. Cumanya sewaktu CN di sini, beliau baru lepas menyanyikan sebuah lagu. Dan CN pun tak pasti adakah beliau berada di sini setiap hari. Tak sempat CN nak interview beliau hari tu. Hehe... Dalam runtuhan bangunan ni pun ada orang jual souvenir tau. Hehe... 


Inilah beliau yang CN maksudkan tadi. Hehe...

Selesai melihat-lihat dan bersiar-siar disekitar kawasan ini, kami pun turun ke A'Famosa pula. Hehe... 


Cuba teka, apakah ini? Hehe...


Yeay! Betul! Gambar di atas adalah saling berhubungan dengan gambar ini, dan inilah dia A'Famosa :)


Sila maafkan adik berbaju merah tu yer. Beliau mungkin tak perasan kami sibuk bergambar. Hehe...


Dah lama betul CN tak ke Melaka ni. Baru tahu ada panggung/pentas terbuka dekat Dataran Pahlawan ni. Ni bukan kapal betul yer adik-adik. Hehe... Cuma sebuah pentas terbuka yang direkabentuk seperti sebuah kapal. Menarik, kan? Hehe...

Banyak yang kita boleh lihat di Melaka ni. Tapi, CN nak sambung cerita jalan-jalan Melaka dan misi mencari ikan bakar dalam next part, boleh? Hehe... 

Tunggu tau. Ada sambungannya. Misi mencari ikan bakar belum sampai ke kemuncaknya. Hehe...

Terus support CN dan TCN yer :)


Salam kembara,

7 comments:

  1. Happy New Year CN !!! haaaa ni CT mai jenguk.. mari rajin rajinkan upload entry baru.. sama je CT pun tngh malas skarang ni hehehe..

    last round round melaka rasanya tahun 2011 kot. pegi bekpek ngan member.. melaka best.. macam penang tp more historic heheh..

    okay sabar nak entry Umbai ni..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sedang berusaha gigihkan diri utk menjadi lbh rajin ni. Hehe.. aishh, lama dh tu CT, 4 years back dah tu. Mai, mai dtg melaka lg. Hehe.. Penang pun lama dah CN tak p... in shaa Allah dlm planning :)

      Hehe.. teaser entry umbai dlm ig CN. teaser berbulan2, entri baru nak post :D

      Delete
  2. CN...selamat tahun baru ..ehh..boleh wish lagi ke hahah..belasah je lah sbb baru nk baca entri nih

    misi mencari ikan bakar?..mesti sedap sgt ikan bakar di Melaka tu kan sampai ada mission...kiranya korang pergi berempat lah ni yek..balik hari or bemlm kat sana ni CN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. happy new year akak JM! :) blh je wish.. hehe

      tujuan utama ke melaka mmg nak mkn ikan bakar sbnrnya. Bg tajuk gempak sikit akak JM. hehe.. balik hari je kak JM. Kami berempat je.. mmg planning day trip je.. tp byk benda blh tgk dkt melaka tu..

      Delete
  3. ehehehe CT tingin nak naik menara taming sari tu.. belum ada kesempatan lagi..
    pegi melaka jalan2 dok lalu je depan menara tu.. singgahnya tidak..

    penah makan sekali je kat Umbai.. rasa macam sedap lagi ikan bakar penang ahaks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CN sendiri pn blm pernah naik menara tu CT. hehe.. in shaa Allah bila2 ke melaka nnt jom kt naik eh. Hehe..

      adakah CN perlu cuba ikan bakar penang? Haha.. :D

      Delete
  4. Mencari Penapis Air MURAH dan Berkualiti?

    Bio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
    1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
    2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
    3 - Filter2 yg berkualiti (Made In KOREA) dan dapat Sijil HALAL JAKIM
    4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
    5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)

    HARGA bermula dr RM699

    KAMI juga menjual semua jenis filter penapis air (Semua Model Termasuk Coway, cuckoo, Jik soo, hijrah, elken dan lain2) RM250 utk 4 Filter TERMASUK POSTAGE

    http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/

    Hubungi:
    0178895990 atau click http://bio.wasap.my

    ReplyDelete

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^