Tuesday, October 06, 2015

Misi 50 Ke Utara: Penang!!! I'm in Love #3



Salam Sehati Sejiwa! Hehe...

Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah, sihat-sihat belaka semuanya yer :)
Sekarang jerebu yang melanda negara kita agak teruk. So, everyone should stay hydrated ya!

Agak lama juga CN tak update any new entry berkaitan Misi 50 Ke Utara ni, kan? Hehe... Maaf yer adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang sekalian. Kita ni manusia, hanya sekadar mampu merancang dan berusaha saja. DIA yang Maha Kuasa menentukan segalanya. Aikkk, bunyi macam sedih je CN. Huhu...

CN sebenarnya mencari kekuatan untuk kembali berkongsi pengalaman dan sedikit maklumat tentang kembara CN yang tak seberapa. Ya, mencari kekuatan hati dan jiwa supaya apa yang CN share dengan you all dapat you all baca dan hayati dengan penuh keterujaan sebagaimana CN juga teruja untuk berkongsi dengan you all.

Kehilangan orang yang kita sayang dan sangat penting dalam hidup kita, seketika buat kita hilang kekuatan. CN hilang seseorang yang CN panggil 'ayah'. Kembalinya dia kepada Sang Pencipta yang satu, dugaan paling besar buat CN dan famili buat ketika ini. Moga ayah damai dan tenang di sisi-Nya di sana. Al-fatihah buat ayahanda.

Allahuakbar. Sungguh, CN belum cukup kuat untuk terus berkongsi kisah kembara CN.

Kita lupakan seketika kisah sedih CN. You all doakan CN kuat dan tabah yer. Stay strong dear CN!

Sesiapa yang tertinggal dari awal Misi 50 Ke Utara CN ni, you all should read from the start tau. Hehe...

Ni dia CN sediakan link. Klik je link ni yer -->> Travelog 2015

Dalam entry lepas, kita dah berjaya selesaikan 12 misi kembara ke Utara CN dan CM. So, masih ada baki 38 misi lagi. Mampu ke CN dan CM laksanakan kesemua misi yang ada? Hehe... Jom, kita sambung misi kembara yang seterusnya :)


Misi #13: Mana dia Cik CT?


CT? Siapa CT? Kenapa CT?

Cik CT, sila angkat tangan. CN cari kamu ni. Hehe... Siapa sebenarnya CT yang CN cari tu? Kenapa CN cari CT sampai ke Penang? Jauhhh tu.

Kalau anda baca dari awal misi CN ni, mungkin you all boleh agak CT mana la yang CN cari tu. Hehe... Ni dia adik CT yang CN cari sampai ke Penang -->> SITI.YANG.MENAIP

Jemput singgah ke blog beliau yer. Beliau inilah penasihat misi kembara CN kali ni. Hehe... Thank you CT. Banyak bagi CN advice. Hehe...

Kenapa CN cari CT? Hehe... Dah alang-alang sampai Penang, niat di hati memang nak sangat 'berdating' dengan adik CT ni. Walaupun masing-masing malu-malu kucing nak bertemu, tapi dalam hati agak teruja. Hehe...

Seronoknya dalam hati ni nak jumpa Cik CT kita ni. Hehe... Namun, apakan daya belum berjodoh untuk bertemu. Huhu... Mungkin next visit CN ke Penang, CN roger CT lagi yer. Hehe... 

Konklusinya, Misi #13 tidak berjaya dilaksanakan. Huhu... Tak apa, kita rancang dating lain kalilah CT yer. Hehe...


Misi #14: HOHO! Where are you?

Haa? Misi apa ni CN? HOHO? Apa tu? Hehe... Curious kan nak tahu? Hehe...

HOHO - Penang Hop On Hop Off Bus :)

Bukan di Kuala Lumpur je ada HOHO bus ni, Penang pun ada tau.

Now dah tahu kan apa tu HOHO yang CN dan CM cari. Hehe... Misi kami pada hari kedua di Penang adalah untuk menaiki bas HOHO. Route HOHO bus ni ada 2 iaitu City route dan Beach route. Terpulang pada anda nak ikut laluan mana satu. Pilih saja route mana yang berkenan di hati. Hehe... Jangan risau, tak sesat walaupun anda tersalah pilih laluan sebab ada stop yang membenarkan anda untuk menukar laluan. 

Semangat menjelajah Penang dengan menaiki bas HOHO ni berkobar-kobar dalam hati kami. Awal-awal pagi lagi kami dah bersiap. Hehe...


Sumber: Penang HOHO Bus

Ada 33 laluan untuk kedua-dua Beach dan City route untuk bas HOHO Penang ni. Ni baru betul pusing 1 Penang naik bas HOHO. Hehe... Istimewanya laluan bas HOHO Penang ni, ia bukan saja ada Standard Stop, malah ada juga Stop On Demand dan Interchange Stop. Untuk Stop On Demand, kalau anda berada di hentian tersebut, akan ada 1 papan tanda yang membenarkan anda untuk menukar daripada Standard Stop ke Stop On Demand dan apabila bas HOHO lalu di hentian Stop On Demand, maka pemandu bas pasti akan berhenti dan anda boleh naik bas HOHO tersebut. Untuk Standard Stop, biasanya pemandu akan memperlahankan bas dan memberitahu anda lebih awal tentang hentian seterusnya. Jika anda ingin turun di mana-mana Standard Stop, pastikan anda tidak terlepas hentian tersebut sebab ada kemungkinan pemandu tidak berhenti di Standard Stop. Sekiranya anda ingin menukar daripada Beach route ke City route atau vice versa, anda boleh turun di mana-mana Interchange Stop. 

Akan tertera pada bas tersebut menyatakan samada ia akan melalui Beach route atau City route :)

Perancangan awal kami adalah untuk naik bas HOHO ni di hentian Little India memandangkan hentian ini adalah hentian paling dekat dengan hotel kami. Maka, dengan gigihnya kami mencari hentian Little India ni. Hehe...

Kami berjaya juga jumpa hentian Little India ni. Alhamdulillah, good job CN dan CM! :)

Namun, kami rasa kurang yakin. Betul ke bas HOHO akan lalu dan berhenti di hentian Little India? Hmm... Macam tak ada kemungkinan bas HOHO akan lalu di hentian ini atau mungkin sebab kami menunggu bas HOHO ini terlalu awal. Hehe...

Disebabkan kurang yakinnya kami terhadap hentian Little India ini, maka kami pun beralih mencari hentian Chowrasta. Hentian Chowrasta ni merupakan salah satu daripada Interchange Stop dan di sini akan ada seorang Customer Service Personnel yang sedia membantu dan memberi anda maklumat berkaitan bas HOHO Penang ini. Memandangkan adanya seorang staff HOHO Penang di hentian Chowrasta ni, maka keyakinan kami dikembalikan. Hehe... 

Lokasi hentian Chowrasta ni adalah betul-betul di kawasan Pasar Chowrasta. Kalau anda jumpa pasar Chowrasta, maka anda pasti jumpa hentian HOHO di sini. Kami hanya berjalan kaki saja dari Little India ke Chowrasta. Dan sebenarnya, kedua-dua hentian ini tidaklah terlalu jauh. Cuma ini kali pertama kami ke sini, terasa juga jauh. Hehe...


Pasar Chowrasta

Harga tiket untuk Penang HOHO bus ini terbahagi kepada 2 kategori, iaitu tiket 24 jam dan 48 jam. Harganya adalah seperti berikut:

PELANCONG ASING (FOREIGNER)

24 JAM (24 HOURS)
1) Dewasa (Adult): RM45.00
2) Kanak-kanak/Orang Kurang Upaya/Pelajar (Children/Disabled/Student): RM24.00

48 JAM (48 HOURS)
1) Dewasa (Adult): RM79.00
2) Kanak-kanak/Orang Kurang Upaya/Pelajar (Children/Disabled/Student): RM43.00


PEMEGANG MYKAD (MYKAD HOLDER)

24 JAM (24 HOURS)
1) Dewasa (Adult): RM19.00
2) Kanak-kanak/Orang Kurang Upaya/Pelajar (Children/Disabled/Student): RM12.00

48 JAM (48 HOURS)
1) Dewasa (Adult): RM32.00
2) Kanak-kanak/Orang Kurang Upaya/Pelajar (Children/Disabled/Student): RM20.00


Memandangkan kami adalah pemegang MyKad yang sah dan CM juga ada bawa kad pelajar beliau, maka harga tiket yang perlu kami bayar untuk tiket 24 jam adalah RM19.00 + RM12.00 = RM31.00.

Sementara menunggu ketibaan bas HOHO di hentian Chowrasta ni, kami sempat jugalah jalan-jalan melawat apa yang ada dalam Pasar Chowrasta ni. Hehe... Jeruk? Aishhh, jangan cakaplah. Sangat-sangat banyak dijual. Nama pun pasar kan, maka macam-macam bahan masakan dan makanan ada dijual di pasar ini.

Bukan jeruk yang CN cari di pasar ni, tapi CN dan CM cari kipas tangan memandangkan cuaca yang agak panas pada hari tersebut. Hehe...


Tuuu dia, macam-macam jenis jeruk ada dijual.


Lai, lai. Buah berangan untuk yang suka berangan. Hehe...

Sempat juga CN dan CM beli buah berangan di luar Pasar Chowrasta ni. Berkesempatan juga bertemu dengan abang Polis Pelancong ni. Hehe... Tengok tu, senyum pula abang polis kita ni. Hehe... Selamat bertugas abang polis! CN salute anda bertugas dengan berbasikal. Environmental-friendly. Good job! Keep it up!


Ramainya orang dekat pasar ni. Nampak kan kesesakan di sini. Huhu...


Dah sampai Penang, kenalah cari Jalan Penang. Hehe... Lokasi jalan ini sebelum sampai ke Pasar Chowrasta.


We are on board now! Hehe... 

Cuaca panas tidak menghalang kami untuk memilih tempat duduk di tingkat atas bas ini yang terbuka, dan hanya kami berdua yang sanggup 'sunburn' terkena terik mentari. Hehe... Demi menikmati pemandangan yang lebih menarik dan luas, panas pun tak mengapa. Hehe...

So, laluan mana yang kami pilih? Ke mana destinasi kami selepas on board HOHO bus ini di hentian Chowrasta? Nak tahu? 

In shaa Allah CN akan sambung Misi #14 ini dalam entri berikutnya :)


Salam kembara,

2 comments:

  1. huwaaaaa kite pun ralat je tak dapat jumpa Kakak CN.. sebab jalan kat kawasan kite jem teruk..
    memang tabahla Kakak CN travel waktu peak season orang masuk Penang..

    nanti datang lagi k.. CT nak paw CN banje sushi ahahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu..tu la, In shaa Allah nnt kita plan lain dating eh. hehe... akak CN ni kdg2 bertabah jgk la. gatai2 nak pi time peak season kan :D

      Wahhhh... best ni. Adik CT nak belanja sushi. hehe... eheh, silap baca plk. boleh je CN belanja. nasib baik akak CN ni pun suka sushi. hihi

      Delete

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^