Friday, April 29, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 (PBAKL 2016)



Sumber: PBAKL 2016


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 (PBAKL 2016) kembali lagi! Yeay!!! Event favorite CN ni. Hehe...

PBAKL 2016 bermula dari 29 April 2016 hingga 9 Mei 2016. Yang pastinya, masuk adalah PERCUMA! :)

Fast fact about PBAKL 2016:

#1: Untuk kali pertamanya, PBAKL 2016 diadakan di MAEP Serdang. (Sebelum ini diadakan di PWTC)

#2: Berlangsung mulai 29 April hingga 9 Mei 2016 (Senanglah untuk you all plan bila hari yang sesuai untuk ke book fair ni)

#3: PBAKL 2016 menampilkan konsep destinasi percutian keluarga. Pelbagai tarikan disediakan di sini, antaranya SPA Kasih Anana, lookout tower, laman sayur, laman herba, laman padi, 'bench' yang banyak di Street Mall, Kota Buku. (Sangat sesuai untuk bawa seluruh ahli keluarga ke pesta buku ni)

#4: Anda pasti tidak akan berlapar sebab...adanya Food Truck :)

#5: Lebih kurang 7000 tempat letak kereta disediakan di sini. (No issue tak cukup parking yer)

#6: Zon letak kereta di MAEPS; Zon 1 - berhampiran/sekitar Dewan A, C & D. Kadar minimum RM5 per entry. Zon 2 - Zon parking pelawat, percuma (tram disediakan)

#7: Perkhidmatan bas ulang alik disediakan di stesen KTM Serdang, LRT Bukit Jalil & Putrajaya Sentral.

#8: Terdapat drop off/pick up point di belakang Dewan D untuk teksi, bas Rapid KL, bas Nadi Putra & tram (pengangkutan awam)

#9: 3 dewan utama PBAKL 2016; Dewan A (A1, A2 & A3), C dan D2

#10: Dibuka mulai jam 10 pagi - 7 malam (Isnin - Khamis) & 10 pagi - 9 malam (Jumaat - Ahad & cuti umum)

Dianggarkan lebih kurang 800 booth dibuka sepanjang PBAKL 2016 ini berlangsung. Selain itu, dianggarkan juga lebih kurang 2.5 juta pengunjung bakal mengunjungi PBAKL pada tahun ini. Haa tu dia, banyak betul booth yang ada. Mesti rambang mata ni tengok buku di kiri, kanan, depan, belakang. Hehe...

Kalau ada yang teringin nak jumpa CN, mai ramai-ramai dekat PBAKL ni esok. In shaa Allah CN akan berada di sana. Hehe... CN ni promote macam CN ni penulis pula kan. Hehe...

Maklumat lanjut, you all klik je link ni yer -->> PBAKL 2016

Jom ramai-ramai tambah lagi koleksi buku-buku baru. Tambah buku, tambah ilmu. Jumpa you all di PBAKL 2016! :)


Love,




Thursday, April 28, 2016

Misi 50 Ke Utara: Penang!!! I'm in Love #8


Sumber: Google Image


Holla! CN is back! Hehe...
Apa khabar you all? CN harap you all sihat-sihat belaka.

Lately CN diserang demam selsema yang agak teruk. Ujian betul bila suara sweet CN ni bertukar ala-ala rockers gitu. Hehe... Alhamdulillah, CN dah kembali pulih seperti biasa walaupun belum sembuh sepenuhnya. You all pun please make sure jaga kesihatan masing-masing yer. Stay hydrated ya! :)

CN ni bilalah agaknya nak habiskan Misi 50 Ke Utara CN tu yer? Hehe... Dah 20 misi trip dilaksanakan. Apa lagilah 30 misi CN tu. Hehe...

Ni ada lagi ke yang belum baca dari awal Misi 50 Ke Utara CN? Apa dia? Ada lagi. Ish, ish... Rugi, rugi tak baca. Nahhh, link untuk you all. Kena mula baca dari part 1 tau. Hehe...


Haa, dah baca? Good! Jom, follow CN untuk misi yang seterusnya. Lets check it out! :)


Misi #21: Ole-ole Jeruk

Orang cakap kalau datang Penang ni tak sah kalau tak beli jeruk sebagai buah tangan, kan? Hehe... CN pun sama jugalah. Mesti cari jeruk made in Penang :)

Biasanya kita dengar orang yang datang Penang ni mesti beli Jeruk Pak Ali, kan? Tapi CN dan CM memilih untuk cuba jeruk lain pula. Sebab apa kami pilih untuk beli selain daripada jeruk Pak Ali? Kan famous jeruk tu. Indeed, memang jeruk Pak Ali sangat dikenali. Cuma CN dan CM nak lari sedikit dari typical thing. Hehe... And, that is one of the reason why we choose jeruk pak cik lain. Hehe...

Lokasi kedai jeruk pak cik ni dekat-dekat area Pasar Chowrasta juga. So, basically banyak benda you all boleh dapat dekat area Pasar Chowrasta ni. Nak shopping souvenir lain pun boleh. Hehe...