Friday, July 26, 2019

Cuti-Cuti Langkawi #2 (15-17 Jun 2019)



Holla molla! CN kembali bersiaran. Hehe.. CN nak sambung stori mori Cuti-Cuti Langkawi CN bahagian kedua.

Sebelum tu, ada yang belum baca post #1 Cuti-cuti Langkawi CN ke? Kalau belum, korang klik link ni Cuti-Cuti Langkawi #1 dan baca dari awal tau kejadian yang berlaku sebelum tibanya CN di Langkawi.

Dah baca, jangan lupa tinggalkan komen korang dekat post CN tu tau. Mana la tahu komen korang tu dapat memberi manfaat pada reader lain jugak ke kan. Hehe...

Hari pertama CN lalui dengan kisah ditinggal flight. Ish, ish captain tu tak tunggu CN pun. Hehe... CN ni semangat dah dok tunggu flight dari malam hari. Haha...

Memandangkan CN dah book flight baru ke Alor Setar (AK6012) which is flying at 11.10am, so CN ada banyak masa untuk breakfast dan melawat kawasan KLIA2. Tapi idok le teman merayap jejauh. Hehe... Cuma sekadar berlegar-legar sementara tunggu gate dibuka. Plan asalnya nak breakfast bila sampai Langkawi, tapi akhirnya KFC KLIA2 jugak la lokasi CN bersarapan pagi itu. 

CN curious jugak macam mana 2 group lagi yang sama-sama tertinggal flight tu. Takda pulak CN nampak mereka sama-sama tunggu next flight dengan CN ke Aloq Staq. Mungkin mereka ada perancangan lain ke kan.

Alhamdulillah, CN tak miss flight lagi dan selamat sampai on time dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Aloq Staq. First time CN pi Aloq Staq naik flight, first time tengok airport Aloq Staq ghupa lagu mana. Hehe... Teruja pulak CN.

Sumber: Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar

Cuti-Cuti Langkawi #1 (15-17 Jun 2019)


Sumber: Google Image

Fuhhh, bersarang Travelog Cik Nurul ni. Bertahun tak di update. Well, sepanjang beberapa tahun lepas yang tak ber-update blog ni, nothing much to share here. Takda cerita jejalan best nak share dengan uols.

Buttt, this time CN nak share jugak cerita jejalan CN. Kemana kita? Moh terbang ke Langkawi. Hehe.

Kalau ada sesiapa yang follow blog CN dari awal kewujudan blog acah-acah travel ni, mungkin ada yang perasan CN pernah share jugak trip CN ke Langkawi. Almost 5 years ago. Atas beberapa sebab peribadi, CN tak dapat nak sambung cerita trip yang dulu tu. So, previous trip to Langkawi just ended like that with no ending.

Makanya, selepas beberapa tahun, CN kembali ke bumi Mahsuri ni. Hahaha. Bertahun deknon, baru hakak ni sedia untuk datang Langkawi semula. Hehe...

Well, trip kali ni sebenarnya trip yang CN plan tetiba. Tangan gatai check flight ticket. Kekononnya nak menyah-stress dan tekanan serta mencari ketenangan setelah terlalu banyak pressure here and there yang CN rasa, sudah cukup, cukup sudahhh, maka tanpa sengaja ter-plan trip ni.

Quite last minute juga plan for this trip, dan Air Asia yang offer reasonable and cheaper price for approximately 1 hour 5 minutes flight from Kuala Lumpur. So, tanpa berfikir panjang (actually I did, sebab bajet sangat limited), CN pun book la flight ke Langkawi.

Excited tau nak fly after a while. Last fly pun tahun 2017. Itu pun short distance and also last minute flight booking dari Penang ke Kuala Lumpur. 2018, takda apa-apa amazing incredible awesome trip. Jejalan balik kampung je. Though actually ada, tapi nothing much to share here.

So, 2019 ni walaupun dah pertengahan tahun, lets start our jalan-jalan again. Hehe...

Lama tak menulis, tetiba rasa kekok pula. Nak start dari mana ni? Hmm...

Ok, kita mula dari cerita beli ticket dan apa yang berlaku pada hari penerbangan yang dirancang. Hehe...

Macam ada something je kan. Haaa, nak tahu, kena la baca sampai habis post CN ni dan juga post yang seterusnya.