Friday, July 26, 2019

Cuti-Cuti Langkawi #2 (15-17 Jun 2019)



Holla molla! CN kembali bersiaran. Hehe.. CN nak sambung stori mori Cuti-Cuti Langkawi CN bahagian kedua.

Sebelum tu, ada yang belum baca post #1 Cuti-cuti Langkawi CN ke? Kalau belum, korang klik link ni Cuti-Cuti Langkawi #1 dan baca dari awal tau kejadian yang berlaku sebelum tibanya CN di Langkawi.

Dah baca, jangan lupa tinggalkan komen korang dekat post CN tu tau. Mana la tahu komen korang tu dapat memberi manfaat pada reader lain jugak ke kan. Hehe...

Hari pertama CN lalui dengan kisah ditinggal flight. Ish, ish captain tu tak tunggu CN pun. Hehe... CN ni semangat dah dok tunggu flight dari malam hari. Haha...

Memandangkan CN dah book flight baru ke Alor Setar (AK6012) which is flying at 11.10am, so CN ada banyak masa untuk breakfast dan melawat kawasan KLIA2. Tapi idok le teman merayap jejauh. Hehe... Cuma sekadar berlegar-legar sementara tunggu gate dibuka. Plan asalnya nak breakfast bila sampai Langkawi, tapi akhirnya KFC KLIA2 jugak la lokasi CN bersarapan pagi itu. 

CN curious jugak macam mana 2 group lagi yang sama-sama tertinggal flight tu. Takda pulak CN nampak mereka sama-sama tunggu next flight dengan CN ke Aloq Staq. Mungkin mereka ada perancangan lain ke kan.

Alhamdulillah, CN tak miss flight lagi dan selamat sampai on time dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Aloq Staq. First time CN pi Aloq Staq naik flight, first time tengok airport Aloq Staq ghupa lagu mana. Hehe... Teruja pulak CN.

Sumber: Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar

Untuk trip kali ni, CN tidak keseorangan. CN ditemani seorang teman. Siapakah? Haha... Beliau minta CN rahsiakan siapakah beliau. 

Sampai airport Aloq Staq, teman CN siap-siap booking Grab untuk kami ke Jeti Kuala Kedah which is the nearest jetty untuk ke Langkawi. Option lain, korang boleh jugak naik feri dari Kuala Perlis dimana perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi lebih cepat sampai. Cuma dari Alor Setar ke Kuala Kedah lebih dekat.

Maka kami memilih untuk naik dari Kuala Kedah. Macam-macam jugak uncle Grab tu dok cerita pasal Grab dan teksi dekat Kedah tu. Yang itu, CN takmau cerita sini. Takda kaitan dengan kisah cuti-cuti CN ni. Hehe...

Tambang Grab ke Kuala Kedah kalau tak silap CN dalam RM18 - RM20 macam tu. Nak buat lagu mana, nak tak nak kena jugak la keluarkan duit extra untuk tambang Grab. 

Sampai dekat Jeti Kuala Kedah, terus nampak kaunter tiket. Next ferry pukul 1.30pm dan itu je yang paling awal waktu kami sampai dekat jeti tu. So, beli jelah dengan harga RM23 seorang (x 2 = RM46).

Ramai jugak orang yang sama-sama tunggu feri rupanya. Kali pertama CN ke Langkawi tahun 2008, naik dari Kuala Perlis. Untuk trip ni, kali pertama CN naik dari Kuala Kedah. Perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi ambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit.

Kalau korang rajin nak meng-google search, korang boleh jugak beli tiket feri secara online. Harga masih sama. Cuma CN tak pasti ada service charge atau caj lain-lain atau tak.

CN dan penumpang feri lain selamat sampai di Jeti Kuah, Langkawi selepas 1 jam 45 minit perjalanan, lebih kurang ye anok-anok. Hehe... Lebih kurang jam 3.15pm, macam tu akhirnya tibalah CN di Langkawi yang menanti dari pagi.

Sumber: Jeti Point Kuah

CN dah awai-awai booking kereta sewa. Search dekat facebook je uols. Pada awalnya, CN plan sampai Langkawi awal pagi dan minta kereta sewa dihantar dekat airport. RM10 extra caj untuk delivery ke airport. Tapi terpaksa bertukar plan. Kereta sewa pick up dekat Jeti Kuah je. So no extra charge. Hehe...

CN sewa sebuah MYVI untuk kegunaan 3 hari dengan harga RM130. Plus CN isi minyak around RM30 - RM40, kalau tak silap kira-kira CN la. So untuk kereta, CN belanjakan dalam RM170, macam tu. 

Masa turun dari feri tu pun dah ramai yang approach untuk sewa kereta. Price range mereka CN tak pasti. Mungkin kalau ada reader yang pernah ambil kereta sewa dari mereka, boleh share sikit experience korang dekat post CN ni. Komen kat bawah tau.

Sementara tunggu kereta sewa sampai, CN siap-siap beli makanan. Tak lunch lagi uols waktu tu. Lapo sungguh laa.

Siap beli Nasi Ayam yang boleh tahan jugak sedap rasanya dekat cafe yang ada dekat jeti tu, CN tak ingat namanya, dan siap ambil kereta sewa, CN menuju ke Pantai Tengah. Lokasi dimana CN dah booking hotel melalui Agoda

Jauh jugak rupanya jarak dari Kuah ke Pantai Tengah ni. Lebih kurang 40 minit perjalanan memandu. 

Sumber: Google Maps

Hotel apa, berapa harganya dan lain-lain akan CN share dalam entri yang seterusnya.

Setelah melalui 1 malam overnight di KLIA2, terlepas flight ke Langkawi, beli flight baru ke Alor Setar, naik feri dari Kuala Kedah ke Langkawi, badan ni dah cukup penat.

Makanya, sesampai di hotel, selesai check in, makan, solat, mandi dan sebagainya, CN pun melabuhkan diri di atas katil empuk yang ada dekat hotel tu. Dan, berehat la CN untuk hari pertama. Hehe...

Itinerari yang CN plan untuk Day 1 ditunda ke hari ke-3. Nak tahu apa CN buat pada hari ke-2? Tunggu entri CN yang seterusnya tau.

Apa-apa pun, CN masih tetap happy melalui 1 hari 1 malam perjalanan ke Langkawi yang macam-macam berlaku. Hehe...

Till then, jumpa korang dalam next entri CN.


Lets travel all,





Nota Kaki: Gambar-gambar dalam phone CN all gone disebabkan motherboard rosak & CN tak sempat back up. So, maafkan CN sebab menggunakan gambar dari Pokcik Google yang baik hati menyediakan gambar-gambar. Mana-mana gambar yang takda caption 'Sumber', yang itu je gambar yang masih ada dalam simpanan CN.

4 comments:

  1. Haii..CN ada lg x contact no untk kereta sewa tu?? Kalau ada sya nk boleh 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Cik Nice :)

      Cer try contact no ni 017-4672933 (Zaty)

      Delete
    2. Ok, terima kasih ye 😊😊

      Delete
    3. Sama-sama :)
      Terima kasih tau sudi singgah blog CN yang berhabuk ni. uhukk uhukk.. Hehehe.

      Doakan CN rajin nak update. Ada lagi story nak share.

      Delete

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^