Friday, August 02, 2019

Review Hotel: Royale Chenang Resort, Langkawi



Sumber: Royale Chenang Resort, Langkawi

Hi uols! Sihat ke tu? Alhamdulillah kalau sihat. Alhamdulillah jugak kalau tak sihat. Ehh, tak sihat pun bersyukur jugak ke? Iyola nak oii, kan sakit tu penghapus dosa. Kena la bersyukur sebab Allah hapuskan dosa-dosa kita. Hehe...

Haa, dah baca dak cerita Cuti-Cuti Langkawi CN? Kalau belum jangan lupa pi baca start dari part 1 tau. InshaAllah CN akan sambung part yang seterunya very the soon, ok? Hehe...

Seperti yang dijanjikan, CN nak shares sikit dengan korang lokasi penginapan CN waktu cuti-cuti di Langkawi. CN search dari Trivago je senarai hotel yang ada di Langkawi. Senang nak buat comparison. Mana yang murah, di situ la CN akan book. Hehe...

Dengan Trivago;
Satu, cari hotel yang anda inginkan
Dua, gunakan penapis 
Tiga, pilih hotel yang anda inginkan dan tempah

Senang bukan? Hotel? Trivago. Haha... Macam iklan TV pulak.

Dalam banyak-banyak hotel yang ada dalam senarai, hati ni berkenan sungguh dekat si Royale Chenang Resort, Langkawi ni. 

Banyak kali CN belek-belek gambar yang ada, baca review guest yang pernah stay situ. Hmm, ok book! Ehh, dah book la. Haha...

CN dah search dari Trivago dan jumpa Agoda yang bagi cheaper price. So, CN pun book la dari Agoda dengan harga RM370 untuk 3 hari 2 malam, tak termasuk breakfast ye. CN pun prefer untuk breakfast outside hotel sebab nak rasa makanan yang ada di tempat lain.


CN book 1 Standard Queen Room dengan katil queen yang bertilam empuk bak awan gebu gitu. 

Sumber: Royale Chenang Resort, Langkawi

Rupa bilik Standard Queen yang CN book tu memang sebiji macam dalam gambar ni. Hehe... Sangat selesa bagi CN, cosy and comfortable. Dari tingkap tu korang boleh je nampak guest lain atau staff resort ni lalu-lalang tapi janganlah pulak korang keluar bilik ikut tingkap ni. 

Sumber: Royale Chenang Resort, Langkawi

Receptionist yang menguruskan check in CN quite friendly. Beliau siap tunjuk bilik CN sampai depan pintu bilik tau. Hehe...

Urusan check in sangat mudah, tak ambil masa lama. CN buat bayaran penuh untuk 2 malam, dapatkan kunci, tak perlu bayar deposit dan Cik Receptionist terus bawa CN ke lokasi bilik CN. 

Sumber: Royale Chenang Resort, Langkawi

Sambil berjalan menuju ke bilik tu, sempat jugak CN borak pendek dengan Cik Receptionist. Katanya resort ni baru je di buka. Baru 6 bulan dibuka waktu CN menginap dekat situ. Patutlah nampak sangat baru dan unik dan cantik dan CN sukeee. Hehe... 

Comel resort ni walaupun tak luas sangat, macam agak padat between rooms, but CN still suka. 

Korang nampak tak ada pool dekat belakang bangunan warna kuning langsat tu? Haa, Bangunan tu la terletaknya bilik CN, di tingkat bawah. Nak mandi pool pun sonang, takda orang kacau dan pool pun tak dalam sangat. 

Cuma mungkin pihak pengurusan kena pantau kebersihan pool tu je la sebab waktu CN mandi dekat pool tu banyak serangga yang dah mati dalam pool tu. Walaupun tak mengganggu aktiviti swimming di pool tu, tapi kurang selesa sikit la. Mungkin, pool tu dah lebih terjaga sekarang ni. Hehe...






Berdasarkan bacaan CN (cettt, macam buat reserach pulak kan. hahah...), dekat sini ada dalam 36 bilik

Bilik-bilik yang ada dekat sini, antaranya;

  • Standard Twin Room
  • Standard Deluxe Twin
  • Balcony Deluxe
  • Super Deluxe Queen
  • Standard Deluxe Queen
  • Premier Junior Suite with Pool

Yang datang bawa family dan anak-anak tu, mungkin korang bolehlah book Premier Junior Suite sebab yang ini special sikit, siap ada pool lagi tu. Anak-anak korang tak perlu mandi-manda di outdoor pool yang ada. Korang pun senang nak pantau anak-anak korang. Walaupun pool tak besar mana, tapi budak-budak confirm sure suka sebab dapat main air. Hehe...

Nak solat takda sejadah, call je Receptionist, minta diorg hantar je ke bilik korang. Hehe...

Pasal makan, korang tak perlu risau sebab sangat laaa banyak kedai-kedai makan berhampiran. CN tak suggest any specific place sebab CN ni main redah je. Hehe... Asal sedap, kena dengan tekak CN ni, CN ok jee, tak memilih sangat bab makan ni uols.

Pantai Cenang pun tak jauh dari area Pantai Tengah ni. Around 2.4 km je dari Pantai Tengah. Korang boleh je jalan-jalan dekat Pantai Cenang, makan-makan, shopping dekat Cenang Mall ke.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh je search resort ni dekat facebook (Royale Chenang Resort) atau korang call je 04-9551365.  

Korang boleh semak availability dan booking bilik korang dari mana-mana laman web; Agoda, Booking.com, Hotels.com dan lain-lain. Check je dekat Trivago, then tersenarai la list tawaran yang ada untuk korang pilih. Hehe...

CN bajet untuk penginapan 3H2M below RM400. Bagi sesetengah orang mungkin agak tinggi bajet utk 3H2M. CN prefer keselesaan sebab dah penat jalan-jalan, badan dah penat mestilah nak rehat, tidur atas katil yang selesa dan empuk sambil tidur dibuai mimpi-mimpi indah. Hehe...

Bagi korang yang lebih prefer cheaper accommodation, ada banyakkk penginapan lain yang offer harga yang lebih rendah. The choice is in your hands. Hehe...

CN kasi 4 stars untuk resort ni sebab CN suka surrounding dia, bangunan resort yang comel, walaupun agak macam padat dan nampak sempit sikit tapi CN suka jugak. Katil yang empuk, gebu. Toilet bersih & selesa. 

Kalau CN ke Langkawi lagi, mungkin CN akan menginap dekat sini lagi. Hehe...

Korang yang pernah stay dekat sini, boleh je kongsi pendapat & pengalaman korang dekat komen di bawah ye. Mungkin berguna untuk reference reader lain jugak nanti :)



Selamat menginap,

8 comments:

  1. Murahnye rate yg Cik Nurul dapat, hehe
    Baru-baru ni survey harga dekat trivago 3h2m RM500+, x sanggup makk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Rezeki CN kot masa tu.
      Yeke? Boleh tahan jugak ek harga 500+ tu. Kalau CN pun, tak sanggup. Mahei tuu.. Nisa survey untuk date bulan 12 ni ke?

      Delete
  2. murah ni CN dpt... sy nak book cni utk honeymoon bln june nnt. 3d2n rm528.. huwaaaaa.... mahainyeee.. kt agoda bilik sme cm CN. huhuhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. rezeki CN kot masa tu dpt murah..

      Delete
  3. Wow! Itu keren. Saya telah ke Langkawi sekali setelah memesan saya tinggal di Ambong Pool Villas. Itu terjangkau dan indah. Sungguh, Langkawi adalah tempat yang sangat indah. Bagaimanapun, terima kasih telah berbagi pos yang indah ini.

    ReplyDelete
  4. NI DEKAT KAWASAN PANTAI TAK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni tak..nak ke pantai kena drive.. yg terdekat pantai tengah..

      Delete

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^