Wednesday, December 31, 2014

Wrap Up 2014 by Travelog Cik Nurul



Bye bye 2014 :)


Salam rindu all :)

Ada yang rindu CN tak? Hehe...

Dah lama CN tak update blog ni, kan? Ada ke yang tertunggu-tunggu apa agaknya perkembangan CN? Hehe... Ada? Alhamdulillah, ada rupanya peminat TCN yer. Hehe...

Apa khabar agaknya traveloger tersayang? CN harap you all sihat-sihat belaka :)

Since kita dah berada di hari terakhir 2014, so CN rasa macam nak buat wrap up atau summary untuk aktiviti yang berlaku sepanjang 2014. Lebih kurang macam rangkuman setahun la gitu. Hehe... Walaupun mungkin entri summary ini muncul pada 1 January 2015, anggapkan ia masih muncul pada 31 December 2014 yer. Hehe...

Baiklah, mari kita mulakan. Hehe...


Blog TCN ini bermula dengan dikenali sebagai 'TRAVELOG CIK NUFA'. Sound catchy, isn't it? Hehe... Dan ia wujud dengan tujuan untuk berkongsi kisah kembara, perjalanan, pengalaman CN yang tak seberapa. Hehe...

Untuk beberapa bulan CN kekalkan nama itu, selepas membuat beberapa pertimbangan, maka CN dengan rasminya menukar 'TRAVELOG CIK NUFA' menjadi 'TRAVELOG CIK NURUL'. Masih mengekalkan branding TCN disitu. Hehe... Kenapa dan mengapa harus ditukar namanya CN? Hehe... Let it be remain a secret. Hehe...



Kisah kembara CN mulakan dengan cerita piknik CN dan teman-teman sekolah CN di Gunung Ledang. Sekian lama CN tak ke sana, kesempatan berpiknik bersama-sama teman lama CN ambil untuk dikongsikan menjadi buah tangan pertama CN di TCN ini. Hehe...

Tanpa sebarang entri kembara lain di bulan Januari 2014, CN tinggalkan seketika TCN. Hingga Februari 2014, CN mulakan semula entri TCN dengan sebuah ceritera cinta di Dewan Filharmonik Petronas (DFP). CN berpeluang menyaksikan, mendengar dan melihat persembahan 'In The Mood for Love' by Stephen Rahman Hughes and The MPO (Malaysia Philharmonic Orchestra). Siapa tak kenal dengan 'Hang Tuah' dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang, kan? Hehe... Bersuara superb, memukau semua yang hadir pada waktu itu. CN pun terjatuh cinta kejap. Hehe...

CN sambung kisah kembara dengan sedikit cerita tentang percutian pertama tajaan sepenuhnya oleh CN sendiri ke Pulau Langkawi. Sayangnya, CN tak mampu untuk sambung dan habiskan entri tersebut dan ia terus kekal tertangguh. Huhu... Kenapa CN tak sambung? Kenapa CN biar ia tergantung di situ? Hmm... Biarlah ia terus kekal rahsia kenapa dan mengapa CN tak sambung. Maafkan CN tentang itu.

Selepas trip Langkawi yang tertangguh tanpa hujung cerita, CN sambung pula dengan kembara KL City Tour ke Muzium Polis DiRaja Malaysia dan Memorial Tun Abdul Razak yang terletak berdekatan Taman Tasik Perdana dan Masjid Negara. Ia merupakan lawatan pertama kali CN ke kedua-dua tempat tersebut, dan CN memang suka pergi tempat-tempat macam ni. Hehe...

Bulan March, CN sambung trip backpackers (backpackers ke? hehe...) ke Pulau Redang, Terengganu. Ia juga merupakan lawatan buat julung-julung kalinya CN ke pulau cantik ini. Hehe... Trip yang sangat awesome bagi CN dan rasanya ingin sekali lagi CN lakukan trip seperti ini. Hehe...

Tanpa sebarang aktiviti kembara dan jelajah sepanjang April, CN sambung cerita di TCN ini dengan pengalaman CN berada di Kuala Lumpur International Book Fair 2014. Event favorite CN ni. Hehe... Beli buku dari tahun 2013, tapi masih belum habis ditelaah semuanya. Hehe... Kalau ada yang perasan dalam list Travelog 2014, ada CN nyatakan di situ tentang RedBull Air Race Putrajaya 2014. CN dah siap edit beberapa gambar dan video pendek untuk dikongsikan dengan you all, tapi sayangnya CN tak dapat nak selamatkan gambar-gambar tersebut. Huhu... Maafkan CN. Huhu...

Jun 2014 - event favorite CN berlangsung. Hehe.. FLORIA Putrajaya 2014. 3 tahun berturut-turut CN tidak lepaskan peluang untuk ke event ini. Walaupun tidaklah membeli atau memborong sebanyak-banyaknya pokok-pokok bunga, tapi CN seronok dapat 'cuci mata' dengan kepelbagaian warna dan jenis pokok-pokok yang ada. Indahnya ciptaan-MU :)

FLORIA biasanya akan di - associate - kan (rosak bahasa. huhu...) dengan Magic of the Night, the boat parade. Ini satu lagi event yang CN tak lepaskan peluang untuk saksikannya. Hehe... Aishhh, CN ni kan suka betul event, kan. Hehe... 

Tiada sebarang entri sepanjang Julai kerana tiada sebarang aktiviti jelajah sana sini sepanjang Julai 2014. Huhu... Mari kita ke bulan seterusnya iaitu Ogos. Hehe...

Apa yang CN buat dibulan Ogos? Ke mana CN sepanjang Ogos? Hehe... Ogos - sesi jelajah Putrajaya :D

Tidaklah seluruh pelosok Putrajaya telah CN teroka, cuma beberapa tempat sahaja. Hehe... Antaranya, Taman Botani Putrajaya, Taman Saujana Hijau, Masjid Tuanku Mizan, Marina Putrajaya. Sayangnya hanya aktiviti dan cerita di Taman Botani sahaja yang dapat CN kongsikan dengan semua. Huhu... Kenapa CN, kenapa? Hee... Sebabnya, CN gagal dalam misi menyelamat gambar-gambar. Sedihhh. Huhu...

September, event lagi. Hehe... CN coretkan sedikit tentang 38th Bon Odori. Nak tahu lebih lanjut tentang event ni, silalah ke link yang telah CN sediakan dalam list Travelog 2014. Hehe...

Oktober?
November? 
Disember? Hmm...

November yer? Ada. Hehe... Tunggu update entri dari CN yer. Hehe...

Disember 2014 - Malaysia diduga lagi. Moga mangsa-mangsa banjir diberi ketabahan dan kesabaran dalam menempuh dugaan dari-NYA. Doa dan sokongan kami seluruh warga Malaysia sentiasa bersama anda :)

Hmm... Jika dirumuskan berapa banyak sesi jelajah sana sini CN berjaya lakukan sepanjang 2014, nampaknya taklah seberapa pun. Hehe... Banyak sesi jelajah yang masih dalam perancangan. In shaa Allah, akan cuba CN realisasikannya di tahun baru nanti. Hehe... Doakan yang terbaik yer untuk CN :)

Secara rumusannya, hehe... masih banyak yang CN perlu belajar, masih banyak tempat yang perlu diteroka, masih banyak lagi kisah kembara yang boleh dikongsikan. Mana yang kurang, CN mohon sejuta kemaafan. Mana yang lebih dan bermanfaat, silalah guna dan ambil pengajaran (jika ada). Hehe... Mari sama-sama kita doakan yang terbaik sepanjang 2015. 

Terima kasih atas sokongan dan dokongan traveloger dan anda semua yang tidak jemu-jemu singgah sebentar ke TCN ini. Hehe...

Selamat tinggal 2014.
Selamat datang 2015 :)



Salam kembara,



4 comments:

  1. next Bon Odori mohon hello hello k..!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT!!! Baik!!! Seawal mungkin CN roger CT yer :)

      Delete
  2. BON ODORI tu apa..naper roger CT je..sis JM nk tahu gak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. CN ada update psl bon odori ni dlm TCN ni akak JM. hehe.. event japanese tu. Hehe.. nnt CN roger akak JM sekali la. Blh kt gather together :)

      Delete

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^