Thursday, May 28, 2015

2015 Royal Floria Putrajaya






Holla you all! Hee...

Edisi ke-8 Floria Putrajaya kini kembali! Yeay!

Untuk edisi kali ini, Floria Putrajaya dikenali sebagai 2015 ROYAL FLORIA PUTRAJAYA.

Festival bunga dan taman ini berlangsung mulai 30 Mei hingga 7 Jun 2015. Dah dekat dah kan. Hehe... Seperti tahun lepas, festival ini diadakan di tapak kekalnya iaitu di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.

Para peminta bunga, taman dan lanskap, boleh datang berkunjung ke festival ini yang dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat hingga Ahad dan mulai jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam pada hari Isnin hingga Khamis. Jom ramai-ramai bawa datang sekampung melihat keindahan bunga dan taman di festival ini. Hehe...

Festival yang bakal berlangsung selama 9 hari dengan tema Tapestry of Hues, bertemakan bunga Lily atau dikenali juga sebagai Lilium, menampilkan beberapa attractions baru. Floria tahun ini menampilkan Water and Spring Garden, Spa Garden, Pinweel Garden, English Garden dan Glamping Garden. Nak tahu macam mana agaknya rupa attraction terbaru ini, jom ramai-ramai ke 2015 Royal Floria Putrajaya.

Ni dia rupa bunga lily. Kita kasi teaser bunga jelah yer. Hehe...

Seperti tahun lepas, festival kali ini juga mengenakan bayaran masuk kepada pengunjung yang datang. 

Pengunjung yang membawa Mykad masing-masing, harga tiket masuk adalah seperti berikut:

* Dewasa (13 tahun dan ke atas) --> RM5.00
* Kanak-kanak (7 - 12 tahun) --> RM1.00
* Kanak-kanak (6 tahun dan ke bawah) --> Percuma

Bagi pengunjung tanpa Mykad, harga tiket adalah seperti berikut:

* Dewasa (13 tahun dan ke atas) --> RM10.00
* Kanak-kanak (7 - 12 tahun) --> RM5.00
* Kanak-kanak (6 tahun dan ke bawah) --> Percuma

Sekiranya anda berminat untuk masuk ke Winter and Spring Garden, bayaran masuk ke taman ini adalah RM3.00 sahaja. Kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah, adik-adik sekalian boleh masuk free yer. Hehe...

Pengangkutan ke festival ini? Hmm... Bagi sesiapa yang memiliki kenderaan sendiri, anda boleh je drive kenderaan anda ke lokasi festival ini. Hehe... Bagi pengunjung yang memilih untuk menggunakan pengangkutan awam, seperti CN ni, perkhidmatan shuttle bus akan disediakan.

Lain-lain maklumat lanjut, you all klik je link berikut yer --> 2015 Royal Floria Putrajaya

Nak tahu apa yang best lagi tentang Floria kali ini, apa kata anda datang sendiri ke festival ini dan rasai sendiri pengalaman dikelilingi bunga pelbagai bentuk dan warna. In shaa Allah boleh jumpa CN di festival ini nanti. Hehe... (CN fe-feeling ada fans nak jumpa la konon-kononnya tu. Hehe...)

Jumpa you all di Floria yer. Hehe...

P/s: Misi 50 Ke Utara akan CN sambung soon, very soon. Stay tuned :)


Salam berbunga-bunga,




Thursday, May 14, 2015

Misi 50 Ke Utara: Perlis Indera Kayangan #2



Holla you all! Hehe...

Siapa dah baca 2 entry CN sebelum ni angkat tangan tinggi-tinggi. Hehe... Ada sesiapa yang terlepas baca 2 entry intro CN untuk trip kali ni? Kalau ada, you all klik je link berikut. Tapi baca ikut turutan yer. Hehe... Sebab apa? Sebab kedua-dua entry tersebut saling berkaitan, so you all perlu baca dari mula tau :)


Tak payah buang masa lama-lama, jommm. Kita kembara bersama. Hehe...

CN dan travelmate CN sampai di Stesen Bas Kangar awal subuh. Tak pasti jam berapa. Excited sangat dah sampai, lupa nak tengok jam. Hehe... Sesampai saja kami di Kangar, surau menjadi lokasi pertama yang kami tuju. Usai solat dan bersiap-siap untuk mulakan kembara kami di Perlis, kami breakfast sekejap sambil tunggu kereta yang kami sewa dihantar ke stesen bas. 

Breakfast kami, sekeping roti canai kosong, 2 keping roti telur, teh ais dan teh O ais, semuanya berharga RM7.80. Dah lama tak pekena roti canai, bak kata orang Sarawak, nyaman (sedap). Hehe...

Seperti yang dijanjikan, kereta sewa kami, sebuah Viva dengan transmisi auto sampai di stesen bas Kangar jam 9.00 pagi. Selesai segala urusan kami, maka kami pun mulalah bergerak ke destinasi pertama iaitu Misi #1 kami. Hehe...

Kami menyewa sebuah Viva untuk 1 hari setengah, mulai dari 1 May hingga 2 May. Total harga sewa adalah RM160.00 untuk 1 hari setengah, tidak termasuk minyak. So, kami decide untuk spend RM50.00 untuk minyak memandangkan kami nak pusing-pusing banyak tempat. Total kami spend untuk sewa kereta adalah RM210.00. Hehe...

Monday, May 11, 2015

Misi 50 Ke Utara: Perlis Indera Kayangan #1




Thank you Google untuk map ini. Berguna juga ada map ni. Hehe...


Salam rindu you all. Hehe...

Ada yang tertunggu-tunggu ke Misi 50 Ke Utara CN? Apalah agaknya CN buat untuk trip kali ini. Apalah agaknya 50 misi trip CN tu yer? Hehe...

Sebelum CN bawa you all jalan-jalan dan sama-sama melaksanakan Misi 50 CN tu, you all perlu singgah SINI dulu. Why CN, why? Hehe... Sebab CN story sikit macam mana bermulanya kisah kembara CN kali ini. Hehe...

Dah baca tak? Kalau dah, jommm. Lets travel all!!! :)

Hehe...

Macam yang you all baca dalam entry sebelum ini, kembara CN kali ini sebenarnya memang telah lama dirancang dalam fikiran. Hehe... Cuma masa belum mengizinkan. Dan, akhirnya, terlaksana juga Misi 50 Ke Utara CN ni. Tapi, adakah CN betul-betul berjaya laksanakan misi trip kali ini? Haa, teruskan membaca yer. Hehe...

Saturday, May 09, 2015

Misi 50 Ke Utara: Let's Travel to the North!


Yeay! It's travel time. Lets travel! 


Hello you all! Hehe...
Sihat tak? CN harap you all sihat. Kalau tak sihat, cepat-cepat sembuhkan diri yer :)

Dah agak lama kan you all tak baca update ceritera kembara CN yang tak seberapa ni. Hehe... Setelah sekian lama planning dalam fikiran semata-mata, akhirnya impian dan hasrat hati untuk melaksanakan Misi 50 Ke Utara tanahair tercapai dan terlaksana juga. Hehe... Alhamdulillah :)

Misi 50 Ke Utara? Hmm... Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa CN namakan trip CN ni sebagai Misi 50 Ke Utara. Kenapa mesti 50? Ada apa dengan cinta 50? Hehe...

Haa, mai cheq nak story sikit why 50. Hehe...

Sejak tahun lepas lagi sebenarnya CN teringin sangat nak ber-backpackers trip ke Utara, specifically ke Penang sebenarnya. Hehe... Tak tahulah kenapa hati ini tertarik untuk ke Penang. Dan akhirnya, CN telah mewujudkan group Backpackers->>North!!! dalam whatsapp dengan 2 orang teman sekuliah CN dulu. Hehe... Namun, perbincangan kami terhenti tanpa ada jawapan pasti jadi ke tak trip kami ni. 

Dan.. akhirnya CN sekali lagi telah menyuarakan hasrat hati yang telah terbuku sekian lama ini pada kawan CN merangkap travelmate CN untuk trip kali ini. Hehe...

Memang ikut planning CN cuma nak ke Penang saja. Nak pusing 1 Penang. Hehe... Konon-kononnya la. Hehe... Tapi...

Tapi...

Tapi...

Bagi suspen sikit. Hehe...