Thursday, May 14, 2015

Misi 50 Ke Utara: Perlis Indera Kayangan #2



Holla you all! Hehe...

Siapa dah baca 2 entry CN sebelum ni angkat tangan tinggi-tinggi. Hehe... Ada sesiapa yang terlepas baca 2 entry intro CN untuk trip kali ni? Kalau ada, you all klik je link berikut. Tapi baca ikut turutan yer. Hehe... Sebab apa? Sebab kedua-dua entry tersebut saling berkaitan, so you all perlu baca dari mula tau :)


Tak payah buang masa lama-lama, jommm. Kita kembara bersama. Hehe...

CN dan travelmate CN sampai di Stesen Bas Kangar awal subuh. Tak pasti jam berapa. Excited sangat dah sampai, lupa nak tengok jam. Hehe... Sesampai saja kami di Kangar, surau menjadi lokasi pertama yang kami tuju. Usai solat dan bersiap-siap untuk mulakan kembara kami di Perlis, kami breakfast sekejap sambil tunggu kereta yang kami sewa dihantar ke stesen bas. 

Breakfast kami, sekeping roti canai kosong, 2 keping roti telur, teh ais dan teh O ais, semuanya berharga RM7.80. Dah lama tak pekena roti canai, bak kata orang Sarawak, nyaman (sedap). Hehe...

Seperti yang dijanjikan, kereta sewa kami, sebuah Viva dengan transmisi auto sampai di stesen bas Kangar jam 9.00 pagi. Selesai segala urusan kami, maka kami pun mulalah bergerak ke destinasi pertama iaitu Misi #1 kami. Hehe...

Kami menyewa sebuah Viva untuk 1 hari setengah, mulai dari 1 May hingga 2 May. Total harga sewa adalah RM160.00 untuk 1 hari setengah, tidak termasuk minyak. So, kami decide untuk spend RM50.00 untuk minyak memandangkan kami nak pusing-pusing banyak tempat. Total kami spend untuk sewa kereta adalah RM210.00. Hehe...


Kalau ada yang ke Perlis dan berminat untuk sewa kereta, boleh hubungi nombor berikut yer. Hehe...


Wan Inamee Enterprise
017-5322866 / 019-4724042

Macam mana servisnya CN? Alhamdulillah, kereta yang kami sewa dalam keadaan baik. Sepanjang 1 hari setengah kami menyewa, tiada masalah dengan kereta yang kami sewa. Hehe...

CN, apalah Misi #1 CN tu? Tak sabaq nak tau ni. Hehe...


Misi #1: Sesi Lawatan ke Muzium Kota Kayang

CN dan travelmate CN adalah peminat muzium sebenarnya. Hehe... Walaupun kami tak la betul-betul stay di situ sehari suntuk dan spend time untuk lihat dan baca semua artikel atau catatan yang ditulis, tapi kami suka berada di muzium. Hehe... So, lawatan ke Muzium Kota Kayang adalah lawatan wajib kami. Hehe...


Selamat datang ke Muzium Kota Kayang :)

Muzium Kota Kayang ni 'terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung. Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Kedah / Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik.' (Sumber: Jabatan Muzium Malaysia)

Entrance fee? FREE. Yes! It's free to enter this museum. Hehe.. Kan best tu, masuk percuma, keluar pun percuma. Hehe... 

Kawasan sekitar muzium ni sangat luas. Siap ada kolam dan taman belakang main building muzium ni tau. Ada beberapa bangunan berhampiran main building muzium ni dan setiap bangunan yang ada menempatkan pameran yang berbeza. Seperti yang dinyatakan di atas, ada macam-macam pameran di tempatkan di muzium ni. Kalau you all nak tengok pelbagai jenis senjata tradisional, seperti keris, lembing, tombak dan sebagainya, mai, mai datang muzium ni. Hehe...

Sewaktu kedatangan kami ke sini, memang tak ramai orang. Sunyi je rasa melawat muzium ni. Hehe... Serba salah juga nak masuk pada mulanya. Mujurlah kami nampak ada orang lain dalam muzium ni. Muzium ini dibuka setiap hari, tapi ditutup ketika Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Bagi can la staf muzium ni beraya juga, kan? Hehe...


Wefie first before we enter the museum. Hehe...

CN nampak harumanis la dekat map tu. Hehe...

Wefie lagi kita di Galeri Arkeologi. Hehe...


CN, awat buat muka lagu tu? Hehe... CN tiada kaitan dengan Salasilah Kesultanan Kedah-Perlis. CN ni rakyat biasa je. Hehe...

Cik Mera (CM), hehe... Thank you sudi jadi model gambar kita ni. Hehe...

Sebelum balik, wefie lagi. Hehe... Di belakang kami itulah dia main building muzium ni. Hehe...

So, Misi #1 CN ke Muzium Kota Kayang berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah. Walaupun pada awalnya kami terlepas simpang ke muzium ni memandangkan jarak antara satu signboard ke signboard yang berikutnya agak jauh, bila sampai di muzium ni kami tak perasan yang kami dah sampai sebenarnya. Hehe... Hampir-hampir kami terus ke Jeti Kuala Perlis. Kalau tak, terus ke Langkawi pula. Hehe... Mujurlah kami jumpa juga akhirnya muzium ni. Well done CN dan CM. Hehe...

Misi #1 ->> CHECKED!

Lets continue to our next mission. Hehe...

Selesai misi pertama, kami bergerak ke lokasi kedua misi kami. Ala-ala explorace gitu trip kami ni. Hehe... Nasib baiklah kami tak siapkan task untuk setiap lokasi misi kami. Hehe... Kalau tak, memang dah sebiji explorace kan? Hehe...


Misi #2: Cave Exploration di Gua Kelam

Alhamdulillah, misi pertama selesai dengan jayanya. Hehe... Sekarang jom ikut CN dan CM ke lokasi misi kedua kami. Macam comel je CN dan CM. Hehe...


Finally, we are here! Yeay!

Sebelum kita explore apa yang ada dalam cave ni dan di hujungnya, jangan lupa wefie dulu. Hehe...


Mai kita belajar tentang sejarah fosil. Hehe... Masuk cave jangan masuk saja, kena belajar something. Hehe...


Sintok tu rupanya nama pokok. CN baru tahu. Hehe...


Ni la rupa pokok sintok tu. Ehhh, macam ada model pula la dekat situ. Hehe... Cik Mera, kita terletak picture ni dekat sini pula. Hehe... Jangan marah haaa :D


Kita belajar tentang pokok lagi yer. Hehe...

Mesti you all tertanya-tanya kan kenapa CN show picture je. Dah tu, gambar-gambar pokok je pula kan. Mana gambar dalam guanya. Hehe... Apa cerita di Gua Kelam ni. Hehe...

Haaa, nampak tak curiousity you all tu tinggi di situ. Tak sabar nak tahu apa cerita Gua Kelam, apa cerita misi kami di Gua Kelam ni. Hehe...

CN sambung dalam next entry yer. Stay tuned! :)


Salam kembara,

6 comments:

  1. udah sampai ke Perelis ke CN...wahh....ke Gua Kelam katanya...

    baju CN tu unik..lengan baju biru dan merah...nasib baik bukan hitam dan putih..kang cam tahu cicak kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. lama btl CN tak ke perlis ni. Tak ingat kali terakhir bila. Org2 perlis pn lupa dah dkt CN. hehe..

      semangat JDT dibawa bersama2 wlpn kembara ke negeri utara. Hehe.. tu la akak JM, sat ni org pelik tgk CN plk kan kalau berbelang hitam putih :D

      Delete
  2. wakakakaka.. first time ceq jumpa orang muda suka museum.. which is good lah kan..
    kalo CT memang boleh tidur dengkur kat situ.. teruk prangai kan wakakaka..
    museum kat penang sepah2 tak de nak pegi pun.. tapi kalo pi negara orang trgedik2 nk masuk museum hahahak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..CN pernah jgk la bercita-cita nak visit all museums yang ada dlm Malaysia ni dan nak pastikan setiap trip CN kemana-mana lokasi sekalipun, akan ada 1 visit ke 1 museum. Hehe... Cita-cita je lebih CN ni. Hehe..lps ni CT rajin-rajinkanlah diri buat tour muzium dkt penang, nnt share dlm blog. Boleh CN plan next trip ke muzium lain plk. Hehe...

      Delete
  3. Assalammualaikum. ..tumpang tanya berapa harga ye untuk sehari kereta viva yang cik Nurul sewa tu?maaf menganggu tuan blog ye..hiihiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Terima kasih sudi singgah sini. Hehe... Saya sewa sehari RM160.00 untuk viva auto. Tak temasuk minyak. Boleh contact Wan Inamee Enterprise 017-5322866 / 019-4724042 untuk rate penuh :)

      Delete

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^