Thursday, May 28, 2015

2015 Royal Floria Putrajaya






Holla you all! Hee...

Edisi ke-8 Floria Putrajaya kini kembali! Yeay!

Untuk edisi kali ini, Floria Putrajaya dikenali sebagai 2015 ROYAL FLORIA PUTRAJAYA.

Festival bunga dan taman ini berlangsung mulai 30 Mei hingga 7 Jun 2015. Dah dekat dah kan. Hehe... Seperti tahun lepas, festival ini diadakan di tapak kekalnya iaitu di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.

Para peminta bunga, taman dan lanskap, boleh datang berkunjung ke festival ini yang dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat hingga Ahad dan mulai jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam pada hari Isnin hingga Khamis. Jom ramai-ramai bawa datang sekampung melihat keindahan bunga dan taman di festival ini. Hehe...

Festival yang bakal berlangsung selama 9 hari dengan tema Tapestry of Hues, bertemakan bunga Lily atau dikenali juga sebagai Lilium, menampilkan beberapa attractions baru. Floria tahun ini menampilkan Water and Spring Garden, Spa Garden, Pinweel Garden, English Garden dan Glamping Garden. Nak tahu macam mana agaknya rupa attraction terbaru ini, jom ramai-ramai ke 2015 Royal Floria Putrajaya.

Ni dia rupa bunga lily. Kita kasi teaser bunga jelah yer. Hehe...

Seperti tahun lepas, festival kali ini juga mengenakan bayaran masuk kepada pengunjung yang datang. 

Pengunjung yang membawa Mykad masing-masing, harga tiket masuk adalah seperti berikut:

* Dewasa (13 tahun dan ke atas) --> RM5.00
* Kanak-kanak (7 - 12 tahun) --> RM1.00
* Kanak-kanak (6 tahun dan ke bawah) --> Percuma

Bagi pengunjung tanpa Mykad, harga tiket adalah seperti berikut:

* Dewasa (13 tahun dan ke atas) --> RM10.00
* Kanak-kanak (7 - 12 tahun) --> RM5.00
* Kanak-kanak (6 tahun dan ke bawah) --> Percuma

Sekiranya anda berminat untuk masuk ke Winter and Spring Garden, bayaran masuk ke taman ini adalah RM3.00 sahaja. Kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah, adik-adik sekalian boleh masuk free yer. Hehe...

Pengangkutan ke festival ini? Hmm... Bagi sesiapa yang memiliki kenderaan sendiri, anda boleh je drive kenderaan anda ke lokasi festival ini. Hehe... Bagi pengunjung yang memilih untuk menggunakan pengangkutan awam, seperti CN ni, perkhidmatan shuttle bus akan disediakan.

Lain-lain maklumat lanjut, you all klik je link berikut yer --> 2015 Royal Floria Putrajaya

Nak tahu apa yang best lagi tentang Floria kali ini, apa kata anda datang sendiri ke festival ini dan rasai sendiri pengalaman dikelilingi bunga pelbagai bentuk dan warna. In shaa Allah boleh jumpa CN di festival ini nanti. Hehe... (CN fe-feeling ada fans nak jumpa la konon-kononnya tu. Hehe...)

Jumpa you all di Floria yer. Hehe...

P/s: Misi 50 Ke Utara akan CN sambung soon, very soon. Stay tuned :)


Salam berbunga-bunga,




9 comments:

  1. fefeeling nk jumpa fan? alaaa...ruginya...sis JM x de dalam tempoh tu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa... yeke? Baru nak roger2 akak JM kt ni. CN kan fans sis. Hehe..

      Delete
    2. Baru nak ajak akak JM main hide and seek dkt floria ni, tak available plk akak cantik manis ni. Hehe..

      Delete
  2. hehehe ni la yang CN ajak sngt tu kan.. tapi diriku di Penang..
    apakan daya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik CT. Hehe... aah, ni la dia yang CN ajak CT tu. Tapi CT tak available plk. huhu..

      Delete
  3. CN oooooo CN !! dimana dirimu.. hapdet blog ni please !!!
    CT dah mai tolong tiup2 habuk ni.. cepat2 update cerita raya..

    kakak oooooo kakak !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh adik CT-ku, terima kasih kerana membantu membuang habuk-habuk yang dah nak lekat dlm blog CN ni. Hehe... akak CN sedang meng-update blog ini. In shaa Allah soon akan di up entry baru. Hehe...

      Delete
  4. CN..terima kasih..sis JM dah terima kad raya cari CN...sweet sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Dah dpt yer? Yeay!!! Simpan elok2 akak JM :D

      Delete

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^