Friday, August 07, 2015

Misi 50 Ke Utara: Perlis Indera Kayangan #3



Salam rindu you all! Hehe... Sihat tak? Bagusss. Apa dia? Ada yang tak berapa sihat? CN doakan you all cepat-cepat sembuh yer :)

Macam dah bersawang sangat je blog CN ni. Huhu... Kita kasi tiup buang habis dulu sawang-sawang yang ada ni yer. Tak mahu bagi 'spider' beranak-pinak dalam blog CN ni. Hehe...

Sebelum CN sambung Misi 50 Ke Utara CN dan CM, CN nak you all baca dulu entry sebelum ni yer. Kalau tak baca, macam mana nak follow 50 misi CN tu kan. Hehe...


Kalau dah baca 3 entry terawal untuk misi ke Utara CN ni, jom kita proceed dengan misi seterusnya. Hee...

Halluuu CN! Bukan ke Misi #2: Cave Exploration di Gua Kelam belum habis story lagi? Hehe... Yelah kan, CN tak habis story mory lagi Misi #2. Hehe...

Dalam entri lepas, CN cuma kongsikan beberapa gambar berkaitan misi explorasi Gua Kelam kami, so entri kali ini CN akan sambung Misi #2 kami. Hehe...


Alamak! Kenapa dengan huruf M tu. M, hati-hati. Nanti jatuh. Hee...



Murah giler entrance fee Gua Kelam ni. Fuhhh, ini baru betul-betul harga menjunam. Setakat RM1.00, boleh sangat nak masuknya. Hehe...

Gua ni dibuka 365 hari setahun (366 hari pada tahun lompat. hehe...). So, if you all plan to visit Indera Kayangan and really wish to be here, datang je. Hehe... Dibuka dari seawal jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dan jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang pada hujung minggu dan cuti umum. Do expect ramai pengunjung yang akan datang sewaktu cuti umum, terutamanya. Huhu... Sewaktu kami berkunjung ke sini merupakan cuti Hari Pekerja dan sememangnya ramai orang yang datang bersama keluarga masing-masing untuk berkelah di air terjun yang ada di gua ini. Haa, nampak tak di situ, rakyat Malaysia sangat memanfaatkan cuti dengan spending time bersama yang tercinta. Hehe... Good job Malaysian!!!

Bagi sesiapa yang takut dengan gelap, jangan risau. Gua ni nama saja kelam, tapi sepanjang perjalanan dari pintu gua hingga ke hujung tidaklah sekelam namanya. Hehe... Disediakan lampu yang menerangi sepanjang perjalanan anda di dalam gua ini. 

Ni CN share sikit story pasal Gua Kelam ni. Hehe...

One of the most distinctive caves in Malaysia is a 370-metre long limestone cave near the small town of Kaki Bukit (literally 'foot hill') called Gua Kelam (Cave of Darkness). Located about 33km north of Kangar, the state capital, Gua Kelam Recreational Park is popular for its enchanting 'cave walk' where you can enter from one end of the cave and come out at a different location. 

The only path to the cave is via an eight-foot wide wooden suspension bridge. This bridge links Kaki Bukit to the Wan Tangga Valley, a valley on the opposite end of Gua Kelam. Back in 1935, an Englishman saw the water pathway as a brilliant method to transport tin ore from a mine located near the stream entrance through the underground cavern to Kaki Bukit. 

Now, locals and tourists make their way through the cave via a brightly lit wooden walkway inside the cave. You can still find remnants of the tin mine operation within the cave. As you make your way through the cave, the whispers of a swirling dark subterranean stream, together with the squeaking bats and dripping water from the stalactites, form a concerto of natural sounds. It sounds a bit spooky, but adds to the mystery of a cave that was was once the home of Stone Age men. (Credit: Gua Kelam)



Salah satu struktur dalam gua ini yang agak menarik pada pandangan mata CN. Hehe... Berkilau, berkilat, bersinar tau struktur tu. Hehe... Nak story lebih-lebih pasal struktur gua ni, CN tak tahu sangat. Hehe...

Disediakan juga platfrom seperti dalam gambar ini untuk pengunjung datang lebih dekat ke dinding gua. Cik Mera buat apa merenung jauh ke dinding gua tu. Tengok apa situ. Hehe...


Dah berjalan sepanjang beberapa ratus meter, akhirnya sampai juga di hujung gua. CN tak ingat berapa ratus meter jarak dari pintu gua hingga ke hujung sini. Ada ditulis di atas walkway tu jarak dari pintu gua hingga ke hujung ni. Huhu... Apa la CN ni tak buat notes. Hehe...

Jom kita panjat-memanjat, daki-mendaki. Hehe...

Selepas you all keluar je sampai ke hujung yang tertera perkataan Gua Kelam pada batu tu, you all akan nampak pemandangan seperti dalam gambar di atas ni. You all boleh naik, nak rehat ke atau nak teruskan lagi perjalanan sampai ke kawasan yang lebih tinggi, terpulang kepada individu. Hehe... CN dan CM menggagahkan diri untuk teruskan pendakian kami hingga ke kawasan yang lebih tinggi lagi.

Apa lagi yang ada selepas anda sampai ke hujung ni? Haa, jangan tak tahu yer. Ada Secret Garden tau dekat sini. Hehe... Ini bukan Secret Garden cerita Korea tu. Bukannn. Hehe... Tak tahulah apa yang secret sangat dengan garden dekat Gua Kelam ni. Yang CN nampak ada replika butterfly, ladybug dan serangga lain yang dibuat besar. Dalam ni pun ada kawasan air terjun tau. Ramai juga yang bawa keluarga masing-masing bersantai di kawasan ini. 


Cik Mera, jangan pergi jauh-jauh. Hehe...

Daki punya daki, panjat punya panjat, akhirnya kami temui satu lokasi pintu gua kecil yang dimasuki oleh Cik Mera ni. Hehe... Kelihatan seperti boleh masuk dan macam ada sesuatu di dalam ini. So, kami pun masuk. Suasana dalam ni agak gelap, ehhh tak. Memang gelap pun. Hehe... Kami jalan beberapa meter ke dalam, tapi tak kami temui apa-apa. Huhu... Kecewa. Jomlah, kita keluar. Hee...

Dah puas meneroka, dah penat turun naik kawasan berbukit di hujung gua ni, kami pun decide bergerak pulang dan meneruskan misi kami yang seterusnya. Hehe...

Tapi sebelum tu, sempat juga kami singgah di kedai cenderahati yang ada di luar berhampiran pintu masuk gua ni untuk membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang. Hehe... Apa yang dibeli kami seorang satu adalah, fridge magnet berlatarkan lukisan pintu masuk Gua Kelam ni. Cukuplah tu kan buat kenangan. Hehe... Harganya kalau tak silap CN RM5.00. Kalau tersilap, maafkan CN yer. Huhu...

So, Misi #2 S.E.L.E.S.A.I! Tahniah CN dan CM. Hehe...

Jom kita ke lokasi misi seterusnya. Hehe...


Next mission -->> Misi #3: Menuai Anggur Malaysia :)

Pernah dengar tak yang dekat Malaysia ni pun boleh tanam anggur dan boleh dapat hasilnya? Mesti you all pernah dengar kan? Hehe...

Memandangkan CN belum pernah lihat anggur yang masih berada di pokoknya, maka Misi #3 ini dimasukkan ke dalam list Trip Mission kami kali ini. Hehe...

Sebelum misi bermula lagi, dalam hati ni dah teruja sangat nak tengok anggur dekat Perlis. Terbayang-bayang diri ini memetik anggur dan terus memasukkannya ke dalam mulut. Hmmm, manis. Sedappp. Hehe... Aishhh, jangan duk ikut CN berangan juga yer. Tak elok panjang angan-angan. Hehe...

Lokasi ladang anggur ni terletak berdekatan dengan Taman Ular Perlis di Sungai Batu Pahat. Since kami tak perasankan signboard yang ada tulis 'Ladang Anggur', kami pun bergerak masuk ke kawasan Taman Ular. Tapi tak masuk ke Taman Ular tau sebab Taman Ular tak termasuk dalam itinerary kami. Hehe... 

Kami park kereta dan bertanya  tentang lokasi ladang anggur dengan pekerja yang berada di kaunter tiket Taman Ular tersebut.

Malangnya... Huhu...

Malangnya, ladang anggur yang CN angan-angankan sangat tu telah pun ditutup dan tidak beroperasi lagi. CN tak pasti samada akan beroperasi semula atau tidak. Cuma yang dimaklumkan oleh petugas di kaunter tiket tersebut, lebih kurang sebulan dua jugalah ladang tersebut dah ditutup. Huhu...

Hampa.

Kecewa.

Misi #3: Menuai Anggur Malaysia tidak terlaksana. Huhu... Apakan daya, mungkin patut ke luar negara untuk lihat sendiri ladang anggur. Hehe...


Dengan perasaan sedikit hampa dan kecewa, kami pun bergerak untuk meneruskan misi seterusnya. Hehe...

Tak mengapa, masih ada banyak lagi misi yang perlu kami laksanakan. Jom, kita ke lokasi seterusnya :)

3 misi telah diselesaikan. Apa pula misi ke-4 CN dan CM? Nak tahu? Teruskan membaca. Hehe...


Misi #4: Searching for the Famous Harumanis Mango

Misi buah-buahan lagi nampaknya ni. Hehe... Tak sah ke Perlis, kalau tak rasa atau tak beli mangga Harumanis yang sangat famous tu. Hehe... CN sendiri pun tak pernah lagi rasa keenakan Harumanis ni. Memandangkan Misi #4 adalah misi pesanan dari ayah dan bonda CN, maka adalah menjadi tanggungjawab CN untuk melaksanakan misi ni dengan jayanya. Hehe...

Since ladang anggur telah pun di tutup, maka kami ada juga bertanya kepada petugas di kaunter tiket Taman Ular tentang di mana boleh kami dapatkan the famous mango in Perlis. Hehe... Suggestion beliau adalah untuk kami beli di ladang mangga di Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis, Pejabat Pertanian Bukit Bintang, Perlis. Haa, tu diaaa you all. Bukit Bintang bukan dekat KL je tau. Nun jauh ke Utagha pun ada Bukit Bintang. Hehe...

Lokasi ladang ini adalah sebelum anda sampai ke Taman Ular. Sebelum sampai ke Taman Ular, you all akan lalui ladang ni dulu. Sewaktu kami lalu di kawasan ladang ni, memang kelihatan sangat ramai orang singgah di situ. Musim mempelam la katakan. Hehe... 


Sempat je kami selfie-selfie depan entrance ladang mempelam ni. Walaupun matahari memancarkan cahayanya dengan agak terik.. Namun kami gagahkan juga diri ini menahan terik mentari. Hehe...

Berjaya ke tidak CN dan CM dapatkan Harumanis yang dicari-cari?
Berapa banyak agaknya kami borong?

Nak tahu kisah selanjutnya Misi #4 kami ini, nantikan sambungannya dalam entri yang akan CN update soon, In shaa Allah :)

Till we meet again, take care everyone!


Salam kembara,



No comments:

Post a Comment

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^