Sunday, August 23, 2015

Misi 50 Ke Utara: Penang!!! I'm in Love #2


Sumber: Google Image

Dalam entry lepas, kita dah pun selamat sampai di Terminal Bas Sungai Nibong. Alhamdulillah, walaupun kami tiba agak lewat petang di Penang, tapi kami sampai dengan selamatnya :)

Di hujung entry lepas, CN ada mention tentang masalah. Haa, curious tak nak tahu apa agaknya, masalah yang kami alami selepas kami tiba di Penang? Hehe...

Mai ceq nak cerita  ni. Hehe...

Perancangan awal, CN nak minta pak menakan (bapa saudara) CN untuk pick us dekat Sungai Nibong. So, kami boleh jimatkan duit pengangkutan untuk ke hotel. Tapi, keadaan tidak mengizinkan, maka kami harus memikirkan cara lain untuk kami ke hotel yang CN sendiri tak berapa pasti lokasinya. Huhu... 

Nak naik teksi, hmm... Quite costly. Dengan traffic jam lagi. Hmm, tak boleh naik cab. Mahal sat ni. Huhu... Budget traveller, kena cut cost yang tak perlu. Hehe...

Final solution yang kami ada hanyalah dengan menaiki bas awam iaitu dengan menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang. Kami sendiri tak pasti bas nombor berapa yang patut kami naik. So, kami pun tunggu jelah dekat Terminal Bas Sungai Nibong tu hingga kami nampak ada sebuah bas Rapid Penang bernombor 401 masuk ke kawasan terminal bas. Hari makin lewat petang, kami pun tanya jelah dengan drive bus tu macam mana kami nak ke hotel kami. Driver bus pun suruh kami naik je. Katanya, bila dah sampai di lokasi hotel kami, dia akan maklumkan kepada kami. For the time being, kami naik jelah bas 401 dengan tambang RM2.00 seorang. Hehe...

Masuk ke dalam perut bas, CN rasa seperti diperhatikan. Huhu... Pelik sangat ke kami ni berbaju kurung dan ber-backpack? Hehe... Tak apalah, let's be different. Hehe...

Agak ramai juga pengguna lain di dalam bas tersebut, so kami hanya mampu berdiri sepanjang perjalanan ke hotel. Lenguh juga kaki ni, tapi nak buat lagu mana kan. Memang takda seat kosong. Hee...

Seriously, CN actually got no ideas jalan mana yang driver bus tu guna atau bas yang kami naik tu sebenarnya ke mana. Huhu... Kami redah dan redha jelah. Hehe... Hopefully, kami sampai di lokasi yang sepatutnya :)

Dari kejauhan kami dah mula nampak hotel yang bakal kami tinggal untuk 3 hari 2 malam di Penang. Melihatkan driver bus tu macam tak nak berhenti je, so kami pun pi bagitau driver bus tu takut dia lupa. Hehe... Ingat juga rupanya pakcik driver ni nak turunkan kami dekat mana. Hehe...

Bas diberhentikan berdekatan dengan lokasi hotel kami. Lebih kurang 100 meter (rasanya macam kurang daripada 100 meter. hee...) dari lokasi hotel kami. So, kami perlu menapak sedikit hingga tiba di hotel. Memandangkan hari hampir menjengah Maghrib, maka kami perlu berjalan pantas ke hotel. Huhu...

Alhamdulillah, masalah pengangkutan kami dari Terminal Bas Sungai Nibong ke hotel kami di kawasan Little India, selesai dengan sebaiknya. Hehe... Tiada lagi kerisauan. Hehe...

So, masalah kecil yang kami alami hanyalah masalah pengangkutan dari terminal bas ke hotel je sebenarnya. Hehe... Masalah yang boleh settle punyalah. Hehe...

Moral of the story, kalau boleh check awal-awal route bas dan jangan malu bertanya jika tak pasti. Hehe...

Kita settle dulu urusan check-in dan lain-lain, then kita sambung misi trip yang seterunya :)


CN awal-awal dah book room untuk kami berdua. Faham-faham jelah kan. Peak season kalau tak booking awal, sat ni takda tempat nak stay pula. Hehe... Itupun few hotels yang CN call untuk booking dah penuh. Luckily masih ada kosong untuk kami di hotel ni. Hehe...

Untuk penginapan kami di Penang, CN call terus ke hotel untuk book. Ada juga CN try nak book through booking.com dan lain-lain, memang mostly ada kosong tapi bilik yang masih kosong tu tak sesuai untuk kami. Hehe... Yang ada single room ataupun bilik yang separate bathroom. We prefer to have room with attached bathroom. Ada privacy sikit. Hehe...

Kos penginapan kami adalah RM107.00 untuk satu malam. So, total for 2 nights is RM214.00 net. Bilik yang kami rent adalah room for 2 pax with 1 king-sized bed. Biliknya tak besar sangat pun. Just nice for 2 of us. Kemas, bersih. Toilet pun clean :)

Malangnya, tingkap bilik kami menghadap ke bangunan belakang. Tak nampak apalah you all. Hehe...


Inilah hotel yang kami stay. Hehe...

35F, Jalan Masjid Kapitan Keling
10200 Penang, Malaysia
Tel: 604-262 8550 / 604-262 8560
Fax: 604-263 5597
E-mail: enquiry@broadwaybudgethotel.com


Misi #12: Lapar! Nak Dinner Apa Ni?

Selesai check-in, kami naik ke bilik kami yang terletak di tingkat 1. Mujur tingkat 1 je. Kalau lebih tinggi, aishhh, minta tukar biliklah nampaknya. Hehe... 

Settle semua urusan, mandi, solat dan sebagainya, kami pun keluar untuk meneruskan Misi #12 iaitu nak cari makan malam di Penang. Lapar! Nak Dinner Apa Ni? Hehe...

Tanpa pasti ke mana arah yang harus kami tuju, so kami pun berjalan kaki dari hotel menuju ke KOMTAR. Jalan kaki je dik. Taklah jauh sangat pun dari hotel kami. Hehe... Itu pun kami main redah je. Ikut sana, ikut sini. Hehe... Mujur siang harinya, kami melihat-lihat sekeliling sewaktu dalam bas Rapid ke hotel. Sekurang-kurangnya itu membantu kami untuk kenalpasti jalan mana yang boleh kami guna. Good job CN & CM! :)

Jam menujukkan lebih kurang pukul 9 lebih. Masih awal. Malam masih muda. Hehe... Yer, malam memang masih muda. Tapi, kedai-kedai di sekitar KOMTAR dah tutup. Huhu... Nak makan apa ni? Lapar. Huhu...

Lesson learnt no #2: Lain kali prepare la apa-apa makanan ringan ke, roti ke apa-apa ke. Sekurang-kurangnya ada jugalah makanan untuk buat alas perut. Hee...

Since tak ada kedai atau gerai makan yang diyakini halal masih dibuka, kecuali Pizza Hut, so decision kami adalah untuk singgah di convenient store dan belilah roti dan kudapan lain yang boleh dimakan. Huhu...

Dah selesai beli apa yang patut, kami bergerak balik ke hotel. Sekali lagi kami redah je ikut jalan mana yang kami suka. Itupun, kami guna Google Maps juga. Hehe... Aishh, CN ni, jalan kaki pun guna Google Maps ke. Hehe... 

Jalan punya jalan, kami jumpa lokasi salah satu daripada lukisan street art yang famous dekat Penang ni. Hehe... Malam-malam pun ada juga orang yang bergambar dekat situ. Nak tahu lukisan street art mana 1 yang kami jumpa, kena tunggu CN story dalam next entry. Hehe...

Dah jumpa salah satu lukisan street art, kami teruskan perjalanan. Tiba-tiba kami jumpa beberapa kedai mamak yang masih dibuka. Huhu... Dan kedai-kedai mamak tersebut terletak berdekatan dengan hotel kami. Aishh, awatlah kami tak pi awal-awal dekat situ. Hee...

Bukan rezeki dinner kami di kedai mamak sebenarnya. So, tak bolehlah nak menyesal kan. Hehe...

So, hasil Misi #12 kami ini adalah roti dan kari ayam segera serta minuman ringan. Huhu... Cukuplah untuk makan malam kami. Esok ada misi berkaitan makanan yang lebih penting. Hehe...

Badan pun dah penat. Banyak masa kami dihabiskan dalam bas dari Perlis ke Penang. Kemudian sambung semula menaiki bas Rapid Penang ke hotel penginapan kami. Jalan kaki ke KOMTAR cari makan malam. Hehe... It's time to get a rest. Esok banyak lagi misi perlu dilaksanakan. 

Misi trip kami masih berbaki 38 lagi. Nak tahu apa lagi 38 misi kami tu, tunggu sambungan entry ni yer.

Sesiapa yang terlepas entry sebelum ini, klik je link berikut yer -->> Previous Entry TCN

Stay tuned. Stay cute.

Take care everyone.


Salam Kembara, 


8 comments:

  1. Wah, CN jalan2 kat Penang yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. zumal.. aah, CN jejln ke penang.. nak singgah jumpa zumal dkt perlis tp limited time.. next trip in shaa Allah :)

      Delete
    2. Hehe, Insha Allah lain kali datang lagi k ^-^

      Delete
    3. In shaa Allah nnt CN dtg lagi yer :)

      Delete
  2. orang tu lagi terer naik Rapid daripada orang penang ni sendiri =P
    tanya pasal bus memang fail dah laaaa CT ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. adik CT-ku :D
      CN pakai redah je tu. hehe...putting trust on the bus driver jelah. kalau dia bawa entah kemana-mana, tak tahu la CN. hehe...

      Delete
    2. ehehe CT tak pernah naik bus rapid.. dulu2 penah la naik yellow bus..
      famous woo kat Penang.. tatau la ada lagi ke tidak..

      Delete
    3. aikk.. awat tak tau ada lg ke dak. hehe... CN tak perasan plk bas kuning tu :P.. jom naik bas rapid. hihi...

      Delete

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^