Monday, August 10, 2015

Misi 50 Ke Utara: Perlis Indera Kayangan #4



Salam Aidilfitri you all! Eheh, tiba-tiba salam Aidilfitri pula CN ni. Hehe... Kan masih dalam bulan Syawal lagi ni, masih lagi ada open house di sana sini. Ada sesiapa buat open house nak ajak CN datang ke? Hehe...

Setelah agak lama CN tak update TCN ni, maka semalam dengan penuh kerajinannya, CN telah tunaikan hasrat dan harapan kesayangan-kesayangan TCN semua untuk baca dan sekurang-kurangnya skrol entri baru dalam blog tak berapa nak famous CN ni. Hehe...

Bagi sesiapa yang terlepas mengikuti cerita kembara ke Utara CN dan CM yang tak seberapa tu, bolehlah jengah ke link berikut yer. Hehe... Make sure you all read from the beginning tau :D



So, let's continue the journey. Hehe...

Dalam entri lepas, CN dah bagi hint, ehh hint la sangat kan. Hehe... Teaser sikitlah tentang Misi #4 CN dan CM. Hehe...

Ingat tak apa Misi #4 kami tu? Hehe... Apa dia? Lupa? Ish, ish... Hehe...


Misi #4: Searching for the Famous Harumanis Mango

Kalau di ikutkan, banyak juga gerai-gerai di tepi jalan yang ada menjual mempelam ni. Tapi CN tak pasti pula yang mereka jual tu harumanis atau bukan. Lagipun CN ni tak pernah lagi tengok rupa si harumanis tu macam mana, rasa buahnya lagilah tak pernah. Hehe...

So, untuk mengelakkan daripada penyesalan tak sudah selepas membeli buah mangga, makanya CN dan CM pun mengambil keputusan untuk singgah di Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis, Pejabat Pertanian Bukit Bintang, Perlis untuk melihat sendiri pokok dan buah mempelam yang famous ni, dan juga untuk membeli si harumanis buat bekalan buah tangan untuk famili tersayang. Hehe...

Ladang harumanis di sini memang agak luas. Sewaktu kami ke sini sememangnya tengah musim mangga. Kelihatan setiap pokok yang ada di ladang ini penuh berjuntai dengan si harumanis. Hehe... Teruja juga melihatkan juntaian buah mangga yang ada. Mana taknya, CN ni memang peminat mempelam. Hehe...

Ada beberapa gerai jualan di sini. Bukan hanya mereka menjual raw fruit saja, ada juga dijual jus harumanis. Tapi kami tak sempatlah nak beli dan rasa jus harumanis tu. Hehe... Misi tetap misi. Makanya, ia perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Agak besar-besar juga harumanis ni. Hehe... Harganya pun boleh tahan. Hee... Yelah, sepadanlah harga dengan kualiti buahnya kan. Hehe... Pada mulanya kami nak beli buah yang saiznya agak besar, tapi... Hee... Mahal la pula. Kalau beli yang bersaiz besar dengan jumlah sekilo, dapatlah 2 3 biji je. Kami diberi option untuk beli harumanis yang bersaiz lebih kecil sedikit, tapi masih dengan harga yang sama. Memandangkan saiz harumanis yang kecil yang masih berbaki di gerai tersebut hanya tinggal 8 biji, maka kami pun borong kesemuanya. 8 biji harumanis bersaiz kecil/sederhana dengan berat 2.4kg berharga RM67.20. Yer adik-adikku, RM67.20 untuk 2.4kg saja. Huhu... Mak aiii, mahalnya. Huhu... Namun demi misi, kami beli juga. Kami cuba juga untuk minta diskaun, namun tidak berjaya. Nak minta diskaun 20 sen pun tak berjaya. Huhu... Aishhh, kak apalah salahnya berniaga sambil bersedekah. Tak rugi pun halalkan 20 sen tu. Huhu...


Yeay!!! Dah dapat harumanis. Hehe... Muka malu-malu sebab happy dah berjaya beli harumanis :D


Eheh, plastik harumanis macam sama dengan CN je. Hehe... Cik Mera pun happy juga, kan? Hehe...

Dekat sini, bukan sekadar boleh beli harumanis, tapi ada juga disediakan tour ke ladang harumanis. Memandangkan CN dan CM ada misi lain selepas itu, maka kami tak berkesempatan untuk join the tour. Kalau you all google pasal tempat ni, ada blogger lain update tentang tour tersebut. Maafkan CN dan CM tak dapat nak share dengan you all pasal tour tu. Huhu... Maybe next time kena datang lagi. Hehe... Lagipun sangat ramai orang waktu kami ke ladang ni. 

Harumanis yang kami beli tu tak boleh terus dimakan, sebabnya ia belum cukup masak lagi. Masih perlu diperam untuk seminggu (kalau tak silap CN), only then boleh dimakan. Kiranya sempatlah sementara nak bawa balik kampung, ia dah cukup masak.

Rasa buahnya? Hmm... Alhamdulillah, sedap :) Cukup manis, cukup lemak. Dengan warna buahnya yang kuning menyerlah, sungguh membangkitkan selera untuk dinikmati. Hehe... Aishhh, tiba-tiba teringin pula nak rasa harumanis lagi. Hehe...

Konklusinya, Misi #4 BERJAYA! Walaupun harganya mak aihhh, mahal, tapi demi melaksanakan misi, kami beli jugalah. Hehe...

We are done with Misi #4, now CN and CM will bring you guys to continue our journey to the North. Hehe...


Misi #5: Makan Malam di Negeri Jelapang Padi

Hari semakin petang sewaktu CN dan CM singgah di ladang harumanis, maka kami dengan tidak sengaja merancang untuk makan malam di Negeri Jelapang Padi. Di mana lagi, kalau bukan Kedah Darul Aman. Hehe...

Amboi, kak CN dan kak CM ni, bukan main lagi yer lunch dekat Perlis, dinner di Kedah pula yer. Hehe... Dah alang-alang berada di Perlis kan, kita turun sikit pi Kedah sat. Hehe...

Dengan bantuan Mr. Waze, En. Google Map dan signboard, kami pun dengan yakinnya memandu ke Alor Setar, Kedah. Hehe... First time ni CN memandu pi Kedah. Tak pernah-pernah sejauh itu CN drive. Hee... Dari Kangar ke Alor Setar taklah jauh mana pun. Kalau tak silap CN dalam 1 jam lebih (atau kurang) dah boleh sampai :)

Indah sungguh pemandangan hijau, gunung ganang, bendang di kiri kanan sepanjang perjalanan kami ke Alor Setar. Rasa macam nak je stay dekat Perlis ni. Sejuk je mata hati ni melihatkan pemandangan hijau. Mana nak dapat pemandangan alam macam ni dekat KL, kan? Huhu...

Alhamdulillah, selamat tiba di Kedah Darul Aman :)

Seperti yang CN mention di atas, Misi #5 kami adalah untuk menikmati makan malam di Kedah. Sebenarnya kami tak decide pun nak makan apa atau di mana. Hehe... Kalau diikutkan nak rasa makanan special dekat Kedah ni. Tapi kami sendiri tak pasti apa yang special dekat Kedah ni.  Hehe... Any suggestion apa makanan special and must try kalau ke Kedah? Hehe... Manalah tahu kalau-kalau CN ada lagi plan nak jelajah Utara ke, bolehlah CN masukkan dalam mission trip CN. Hehe...

Ini kali pertama CN dan CM berdua ke Kedah tanpa betul-betul ada plan nak ke mana. Hehe... So, kami pun jalan jelah. Just go with the flow. Hehe... 


Haa, nampak tak tower tu? Siapa tahu itu menara apa? Hehe... Itulah dia Menara Alor Setar :) Tak sempat CN nak singgah dekat menara tu sebab hari dah hampir Maghrib, kami perlu cari masjid dan kemudian nak makan. Hehe...

Jalan punya jalan sampai ke Maghrib mencari tempat makan, dan akhirnya selepas usai solat Maghrib kami pun decide untuk makan di...

Kami makan di sini, Restoran D' Dapur Ibuku :)


Ni dia interior restoran ni. Nice, kan? :)




Nampak macam kami berdua je kan dekat restoran ni? Hehe... Yang sebenarnya ramai yang datang dinner dekat restoran ni. Cumanya lokasi meja kami pilih ni memang tiada orang pun sebab ia terletak di tingkat atas restoran ni. Ia tidaklah tinggi sangat pun sebenarnya, mungkin sebab perlu menapak tangga, maka tak ramai yang sanggup naik ke sini. Hehe...


Sementara menunggu makanan tiba, kita selfie dulu. Hehe...

Ni dia Nasi Goreng D'Dapur Ibuku. Hehe... Nampak sedap tak? :D

You all mesti curious nak tahu dekat mana lokasi restoran ni, kan? Hehe... CN tau dah. Saja je tak nak inform awal-awal lokasinya. Hehe... Kalau ada yang dah tahu tu, baguslah :)

Restoran ni terletak bersebelahan dengan Masjid Zahir, Alor Setar. Kenai dak Masjid Zahir tu? Hehe... Kalau tak tau, terus follow misi CN dan CM. Akan CN story sikit pasal masjid ni. Hehe...

CN, harga makanan dekat sini macam mana? Haa, curious lagilah tu. Hehe...

Bagi CN, harga makanan dekat restoran ni sangat affordable. Tak mahal. CN order Nasi Goreng D'Dapur Ibuku dengan air silap sirap, CM pula order Nasi Goreng Daging Merah dengan air horlick susu. Jumlah yang perlu kami bayar adalah RM15.60. Ok la kan harga tu untuk makan 2 orang. Makanannya pun sedap. Hehe...

Alhamdulillah, kenyang! Hehe... Dah, jom kita balik Kangar semula. Dah malam ni, badan pun dah penat ni. Hehe...

Sebelum kita balik semula ke Kangar, CN nak share dulu dengan you all Misi #6 trip kami ni. Hehe... Aikkk, dah kenyang pun masih ada misi lagi ke CN? Hehe... Aishhh, kata Misi 50 kan, ni baru nak masuk misi ke-6, of course la ada misi lagi :D


Misi #6: Menjejak Sejarah di Masjid Zahir

Haa, itu dia Misi #6 kami. Mencari di mana Masjid Zahir dan melaksanakan solat jamak qasar Maghrib dan Isyak di masjid ini. 


Subhanallah, cantik kan masjid ni? :)

CN nak share sikit dengan you all pasal history of this mosque. Baca tau. Hehe...


Pada 1912 masjid Zahir dibina atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Jurutera yang terlibat ialah En. James Gorman yang merupakan Jurutera Negeri. 

Reka bentuk masjid Azizi yang berada di langkat, Sumatera Utara banyak  mempengaruhi masjid Zahir. Lima kubah yang terdapat pada bumbung melambangkan rukun islam.

Tapak masjid Zahir adalah tanah pusara pejuang Negeri Kedah yang gugur semasa peperangan dengan pihak siam pada tahun 1821.

Pada 15 oktober 1915, hari jumaat. Masjid Zahir dirasmikan oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah. Tunku Mahmud membaca khutbah Jumaat sementara Sultan Abdul Hamid mengimamkan solat jumaat tersebut.

Kompleks mahkamah syariah dan pusat pendidikan asas kanak - kanak terletak di bahagian belakang masjid. Tetapi sudah berpindah ke banggunan Kerajaan persekutuan di bandar Muadzam Shah, anak bukit Kedah.

Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu. (Sumber: Masjid Zahir)

Alhamdulillah, DIA izinkan kami melaksanakan kewajipan di masjid ini. Ramai juga jemaah lain di masjid ini. Semoga masjid ini terus diimarahkan :)

So, Misi #5: Makan Malam di Negeri Jelapang Padi dan Misi #6: Menjejak Sejarah di Masjid Zahir, dilaksanakan dengan jayanya. Jom kita balik Kangar. Badan pun dah penat ni. Hehe...

Stay tuned untuk misi kami yang seterusnya :)


Salam kembara,


6 comments:

  1. tak pernah lagi makan mangga tu, tapi tengok kat tv je haritu..mcm pokok dia rendah rendah je.. boleh sampai tak kalau petik sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokoknya memang tak tinggi. Rendang dan rendah je. Nak petik dgn tangan pun boleh :)

      Delete
  2. CN ! pakai kamera apa ni.. gopro ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik CT! yg ni bukan gopro.. gopro mahalll. hee... ni adik cousin gopro, nama dia sj. hehe..

      Delete
  3. Cantik la interior kat D Dapur Ibuku tu... Murah gak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan. hehe... cosy je environment dia. tp mmg takda sesiapa pun naik duduk dekat meja kami. so, kami berdua conquer tingkat atas tu.. bila turun bawah, mak aii, ramai org rupanya. hehe...

      Delete

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^