Friday, August 02, 2019

Review Hotel: Royale Chenang Resort, Langkawi



Sumber: Royale Chenang Resort, Langkawi

Hi uols! Sihat ke tu? Alhamdulillah kalau sihat. Alhamdulillah jugak kalau tak sihat. Ehh, tak sihat pun bersyukur jugak ke? Iyola nak oii, kan sakit tu penghapus dosa. Kena la bersyukur sebab Allah hapuskan dosa-dosa kita. Hehe...

Haa, dah baca dak cerita Cuti-Cuti Langkawi CN? Kalau belum jangan lupa pi baca start dari part 1 tau. InshaAllah CN akan sambung part yang seterunya very the soon, ok? Hehe...

Seperti yang dijanjikan, CN nak shares sikit dengan korang lokasi penginapan CN waktu cuti-cuti di Langkawi. CN search dari Trivago je senarai hotel yang ada di Langkawi. Senang nak buat comparison. Mana yang murah, di situ la CN akan book. Hehe...

Dengan Trivago;
Satu, cari hotel yang anda inginkan
Dua, gunakan penapis 
Tiga, pilih hotel yang anda inginkan dan tempah

Senang bukan? Hotel? Trivago. Haha... Macam iklan TV pulak.

Dalam banyak-banyak hotel yang ada dalam senarai, hati ni berkenan sungguh dekat si Royale Chenang Resort, Langkawi ni. 

Banyak kali CN belek-belek gambar yang ada, baca review guest yang pernah stay situ. Hmm, ok book! Ehh, dah book la. Haha...

CN dah search dari Trivago dan jumpa Agoda yang bagi cheaper price. So, CN pun book la dari Agoda dengan harga RM370 untuk 3 hari 2 malam, tak termasuk breakfast ye. CN pun prefer untuk breakfast outside hotel sebab nak rasa makanan yang ada di tempat lain.

Friday, July 26, 2019

Cuti-Cuti Langkawi #2 (15-17 Jun 2019)



Holla molla! CN kembali bersiaran. Hehe.. CN nak sambung stori mori Cuti-Cuti Langkawi CN bahagian kedua.

Sebelum tu, ada yang belum baca post #1 Cuti-cuti Langkawi CN ke? Kalau belum, korang klik link ni Cuti-Cuti Langkawi #1 dan baca dari awal tau kejadian yang berlaku sebelum tibanya CN di Langkawi.

Dah baca, jangan lupa tinggalkan komen korang dekat post CN tu tau. Mana la tahu komen korang tu dapat memberi manfaat pada reader lain jugak ke kan. Hehe...

Hari pertama CN lalui dengan kisah ditinggal flight. Ish, ish captain tu tak tunggu CN pun. Hehe... CN ni semangat dah dok tunggu flight dari malam hari. Haha...

Memandangkan CN dah book flight baru ke Alor Setar (AK6012) which is flying at 11.10am, so CN ada banyak masa untuk breakfast dan melawat kawasan KLIA2. Tapi idok le teman merayap jejauh. Hehe... Cuma sekadar berlegar-legar sementara tunggu gate dibuka. Plan asalnya nak breakfast bila sampai Langkawi, tapi akhirnya KFC KLIA2 jugak la lokasi CN bersarapan pagi itu. 

CN curious jugak macam mana 2 group lagi yang sama-sama tertinggal flight tu. Takda pulak CN nampak mereka sama-sama tunggu next flight dengan CN ke Aloq Staq. Mungkin mereka ada perancangan lain ke kan.

Alhamdulillah, CN tak miss flight lagi dan selamat sampai on time dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Aloq Staq. First time CN pi Aloq Staq naik flight, first time tengok airport Aloq Staq ghupa lagu mana. Hehe... Teruja pulak CN.

Sumber: Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar

Cuti-Cuti Langkawi #1 (15-17 Jun 2019)


Sumber: Google Image

Fuhhh, bersarang Travelog Cik Nurul ni. Bertahun tak di update. Well, sepanjang beberapa tahun lepas yang tak ber-update blog ni, nothing much to share here. Takda cerita jejalan best nak share dengan uols.

Buttt, this time CN nak share jugak cerita jejalan CN. Kemana kita? Moh terbang ke Langkawi. Hehe.

Kalau ada sesiapa yang follow blog CN dari awal kewujudan blog acah-acah travel ni, mungkin ada yang perasan CN pernah share jugak trip CN ke Langkawi. Almost 5 years ago. Atas beberapa sebab peribadi, CN tak dapat nak sambung cerita trip yang dulu tu. So, previous trip to Langkawi just ended like that with no ending.

Makanya, selepas beberapa tahun, CN kembali ke bumi Mahsuri ni. Hahaha. Bertahun deknon, baru hakak ni sedia untuk datang Langkawi semula. Hehe...

Well, trip kali ni sebenarnya trip yang CN plan tetiba. Tangan gatai check flight ticket. Kekononnya nak menyah-stress dan tekanan serta mencari ketenangan setelah terlalu banyak pressure here and there yang CN rasa, sudah cukup, cukup sudahhh, maka tanpa sengaja ter-plan trip ni.

Quite last minute juga plan for this trip, dan Air Asia yang offer reasonable and cheaper price for approximately 1 hour 5 minutes flight from Kuala Lumpur. So, tanpa berfikir panjang (actually I did, sebab bajet sangat limited), CN pun book la flight ke Langkawi.

Excited tau nak fly after a while. Last fly pun tahun 2017. Itu pun short distance and also last minute flight booking dari Penang ke Kuala Lumpur. 2018, takda apa-apa amazing incredible awesome trip. Jejalan balik kampung je. Though actually ada, tapi nothing much to share here.

So, 2019 ni walaupun dah pertengahan tahun, lets start our jalan-jalan again. Hehe...

Lama tak menulis, tetiba rasa kekok pula. Nak start dari mana ni? Hmm...

Ok, kita mula dari cerita beli ticket dan apa yang berlaku pada hari penerbangan yang dirancang. Hehe...

Macam ada something je kan. Haaa, nak tahu, kena la baca sampai habis post CN ni dan juga post yang seterusnya.

Friday, June 28, 2019

Mudahkan Perjalanan Dengan Moovit


Sumber: Google Image
 
Holla!

CN nak share sikit pasal 1 apps ni yang digelar sebagai MOOVIT. Mungkin ada antara korang yang pernah dengar apps ni atau pernah guna apps ni.

CN baru juga tahu pasal kewujudan apps ni. Al-maklum la bukannya tech savvy sangat, tak berapa ambil tahu apa yang ada. Haha...

Apps ni actually CN terjumpa tanpa sengaja. Tengah duk Google search pasal MRT dan feeder bus untuk ke lokasi office baru, tak sengaja ternampak apps ni. That time, tak terus download. A day before CN nak guna tu, baru la download.

Apps ni membantu korang untuk mudahkan perjalanan korang sekiranya korang berjalan-jalan dengan menaiki pengangkutan awam. Mudah untuk korang check jadual perjalanan bas atau train yang terdapat dalam laluan perjalanan korang tu. 

Korang pun boleh plan in advance nak keluar dari lokasi atau rumah korang pukul berapa supaya takda la korang terlepas bas ke apa ke kan. Hehe...

Well, it is actually work. Quite well. So far membantu CN untuk plan journey everyday. But since dah boleh agak waktu bas tiba dan sebagainya, so CN tak guna sangat apps ni kecuali kalau agak-agak terlambat ke or ada nak menuju ke destinasi lain, baru la CN guna.

Korang boleh search apps ni dekat PlayStore. Untuk IOS, CN tak pasti ada ke tak. Korang try la eh search. Hehe...

Haa, tu icon comel Moovit yang telah dimuat turun. Hehe...

Korang dah download, then icon Moovit yang comel macam dalam gambar tu akan keluar. Memang comel kan. Siap senyum lagi tu. Hehe...



Bila korang dah download dan dah buka apps ni, korang akan jumpa disebelah kiri ada macam dalam gambar di atas. Actually kalau korang tak nak sign up pun boleh je. Korang still boleh guna apps ni. CN try je tu sign up. Hehe... Dekat icon comel Moovit dalam gambar ni, actually dekat situ ada tulis untuk korang kumpul mata. So far, CN tak pasti mata tu korang boleh guna untuk apa. CN still figuring it out. Hehe...



Selepas tu, korang boleh la mula mencari destinasi korang. CN bagi contoh, KL Sentral. Taip je nama lokasi yang korang nak pergi tu, dan akan keluar beberapa list pencarian. So, pilih mana-mana yang paling tepat atau paling hampir tepat dengan destinasi yang korang cari tu.



Once korang dah pilih destinasi, akan keluar la list macam gambar di atas ni. Korang boleh pilih mana-mana 1 option perjalanan yang korang suka dan akan memudahkan perjalanan korang. 



Perasan tak ada tulis, 'DEPART NOW' dekat bawah destinasi korang tu? Korang tekan dekat situ dan korang boleh tentukan anggaran korang nak bertolak dari lokasi pertama pukul berapa atau korang nak choose agak-agak arrival time korang pukul berapa. Kalau tak, pilih je 'DEPART NOW'. Hehe...

Bila dah choose destinasi, route perjalanan korang dan sebagainya, maka korang boleh la mulakan perjalanan korang. Korang tekan je dekat 'START LIVE DIRECTION' macam gambar bawah ni dan bermulalah perjalanan korang.


Sepanjang tempoh perjalanan dan sekiranya korang tak matikan lagi apps ni, maka sampai korang sampai destinasi korang la, apps ni akan bekerja bagitau korang bila patut turun dari tren ke atau sebagainya.

Somehow, notification tu membantu. In case korang terlelap ke apa ke kan. Hehe...

Yang dah pernah guna apps ni, cer komen sikit kat bawah post ni.

Yang baru first time guna dan dengar pasal apps ni macam CN, pun tinggalkan komen korang kat bawah post ni tau. Dan jangan lupa, untuk share kan pasal apps ni kepada lebih ramai kawan atau famili korang. Membantu akan dibantu. Memudahkan akan dimudahkan. Gituu. Hehe...

Semoga post CN kali ni membantu korang. Jumpa korang dalam entri yang seterusnya. Tunggu tau.


Jom Jalan-jalan,