Wednesday, August 19, 2015

Misi 50 Ke Utara: Penang!!! I'm in Love #1



Tuuu dia, nampak dah mercu tanda negeri Pulau Pinang ni. Hehe... Tak sabaq ghasa hati ni nak explore Penang :D

"Perjalanan jauh tak ku rasa..."
"Kerna hati melonjak sama..."
"Ingin meneroka Penang di Utara..."
"Yang selalu bermain di mata..."

Amboi, amboi Kak CN ni bukan main lagi naa. Habis lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad ditukar yer.

Hehe...

Sesekali, kasi can la CN nak menghiburkan you all, kan. Hehe...

Alhamdulillah, selesai sudah 10 misi trip kami sepanjang 2 hari 1 malam berada di Perlis (dan Kedah, yer tak dilupa Negeri Jelapang Padi itu. hehe...). Syukur pada-Nya kerana memudahkan segala urusan kami sepanjang berada di Perlis :)

10 misi selesai. Tinggal lagi 40 misi untuk dilaksanakan. Apakah agaknya 40 misi CN dan CM tu yer? Nak tahu tak? Kalau nak tahu, baca sampai habis tau entri CN ni. Hehe...

Disebabkan ada sedikit 'kejadian kecil yang menjadi kenangan terindah buat kami' telah berlaku sewaktu kami nak bergerak pulang dari majlis resepsi Nora dan husband beliau, maka kami agak rushing ke Stesen Bas Kangar untuk menaiki bas ke Penang. Bas kami dijadualkan bertolak dari Kangar lebih kurang jam 2.15 petang

Dalam keadaan rushing menyelesaikan 'kejadian kecil yang menjadi kenangan terindah buat kami' tu, memulangkan kereta yang kami sewa dan sebagainya, Alhamdulillah kami sempat juga naik bas. Hehe...

Kami dapat seat paling depan. Tapi bukanlah seat driver yer. Ni belakang driver. Hehe... Tiket bas ke Penang awal-awal lagi kami dah booking melalui easybook.com. Bagi CN, booking tiket bas melalui website ini agak mudah. Bayaran tiket boleh dibuat melalui credit card or online banking. Easy, right? Hehe... Di laman sesawang ini, akan disenaraikan pilihan masa dan syarikat pengendali bas yang anda ingini. Pilih saja, masukkan details, buat bayaran dan selesai. Hehe... 

Atas nasihat dan pandangan adik CT (SITI.YANG.MENAIP), maka CN pun belilah tiket Plusliner dari Kangar ke Stesen Bas Sungai Nibong yang berharga RM17.00 seorang. Thank you CT bagi advice untuk akak CN ni. Hehe... 

Siap semua barang-barang kami disumbatkan ke dalam perut bas, selesai semua penumpang memenuhi setiap seat di dalam bas, maka bermulalah perjalanan kami ke Penang.

Penang!!! CN dan CM on the way ni. Hehe...

Dalam perjalanan kami ke Penang, bas berhenti seketika di Hentian Shahab Perdana, Alor Setar. Penumpang yang ingin turun di Butterworth diminta turun dan tukar naik bas yang lain. Katanya perjalanan ke Penang agak sesak. So, to avoid jam dan untuk elak perjalanan mengambil masa yang lebih lama sekiranya kami singgah dahulu di Butterworth, maka hanya penumpang yang ingin turun di Sungai Nibong sahaja perlu kekal di dalam bas :)

Perjalanan kami dianggarkan mengambil masa lebih kurang 2 jam, tapi disebabkan kesesakkan jalan raya, almaklumlah cuti umum yang agak panjang, plus cuti hujung minggu, maka perjalanan kami lebih daripada 2 jam. Lenguh jugalah kaki ni duduk lama dalam bas tu. Hehe...

Sepanjang perjalanan kami di kiri kanan penuh dengan pemandangan hijau. Sejuk mata ni melihat. SubhanaAllah, hebat ciptaan-Nya hingga mampu menyejukkan mata yang memandang :)

Kalau ada yang follow CN di instagram, mungkin dah lihat apa aktiviti yang kami buat sewaktu dalam perjalanan ke Penang. Hehe... Sakan bergambaq jelah. Hehe... Sesiapa yang belum follow, cepat-cepat follow IG CN tau :D

Cukuplah tu. Panjang sangat dah intro CN ni. Hehe... Apa misi seterusnya kak CN oiii? Hehe...


Misi #11: Berbaju Kurung ke Penang

Hehe... Misi ni nampak macam usual dan ordinary, kan? Well, to certain people, it may be biasa-biasa je, nothing special pun. Hehe... Betul, itu bagi sesetengah orang. Bagi CN, ini sebenarnya 'misi yang dirancang tiba-tiba'. Hehe... So, it's something that is unusual for me to do besides from wearing baju kurung to work. Amboi CN, speaking pula dia. Hehe... Grammar tunggang-langgang tu :D

Kalau you all baca betul-betul intro CN di atas tu, you all akan perasan why CN and CM wore baju kurung. Hehe... Pada awalnya, kami plan nak tukar baju sebelum bertolak ke Penang. Namun, kekangan masa menghalang kami untuk menukar pakaian. Maka, dengan baju kurung, cantik molek kami ke Penang. Who cares, right? Sopan dan ayu je. Hehe... Sweet traveller. Hehe...


Nahhh, bukti yang kami berjaya melaksanakan Misi #11 ni. Hehe...

Kami tiba di Terminal Bas Sungai Nibong agak lewat petang. Sepatutnya kami boleh sampai lebih awal. Since ada traffic jam sepanjang perjalanan, maka kami redha lewat sampai. Hehe...

Yang penting, kami selamat tiba di Penang ni. Hehe...

Alhamdulillah, kami tiba di Penang dengan berjaya melaksanakan Misi #11. Walaupun orang asyik pandang-pandang dan curi-curi lihat kami berbaju kurung dengan mengendong beg yang besar, tapi kami tetap sempat snap picture di atas sebagai bukti untuk you all. Hehe...

Well, actually they do care about us, right? Hehe... Mereka tak lihat kami pelik, tapi mereka lihat kami ni unik dan sweet. Hehe... Sweet sangatlah kakak-kakak ni :D

Okay, we are done with Mission #11, let's continue our journey. Hehe...

Masalah timbul. Hmm...

Masalah? Masalah apa CN? 

Nak tahu masalah apa yang berlaku? CN sambung dalam next entry yer. Hehe...

So, sementara nak tunggu CN sambung entry ni, you all singgah sini dulu yer. Manalah tahu kalau-kalau ada yang belum sempat baca atau terlepas nak baca dari awal kembara kami ni, klik je link berikut yer :)


Take care everyone :)


Salam Kembara,


6 comments:

  1. ada pekena nasi kandaq ngan char koay teow x kat penang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isabelle... dua tu wajib try. hehe... nnt CN sambung story pasai mknan plk naa. hehe..

      Delete
  2. hehehe tu laaa datang Penang time peak hour memang seksa..
    jem memanjang.. nak keluar dr rumah CT ke highway pun jem teruk.. belom masuk pulau lagi..
    apa2 pun yeah !! dah explore Penang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... tu la CN ni gatai bereksplorasi time peak season kan.. haha.. tp tak hbs explore semua pn lagi. tak sempat nak pusing hbs 1 penang :D

      Delete
  3. Tak ada masalah berbaju kurung tu kan... Sopan jew ^-^

    ReplyDelete

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^