Tuesday, August 18, 2015

Misi 50 Ke Utara: Perlis Indera Kayangan #5



Alhamdulillah dapat jumpa you all lagi di alam maya ni. Hehe... Apa khabar semua? Macam mana cuaca dekat tempat you all? Panas? Hujan? Hujan ke, panas ke, kita kena selalu syukur. Kedua-duanya nikmat dari-NYA, betul tak? Hehe...

Alhamdulillah, CN dan CM dah bawa you all jalan-jalan dekat few places sekitar Perlis dan Kedah. Dah 6 misi kita selesaikan. Hehe... Now, CN akan continue dengan misi kami yang seterusnya. Tapi seperti biasa, sesiapa yang baru mengikuti kisah kembara CN dan CM ni, jemput singgah di link berikut yer :)



Tak nak intro panjang-panjang, jom kita mulakan Misi #7. Hehe...


Misi #7: Spending A Night at Tok Mek Motel


Tu dia, sebesar alam CN snap picture signboard ni untuk tatapan you all :D

Kenapa bermalam di Tok Mek Motel menjadi salah satu misi trip kami ni? Haa, mesti you all wonder why, kan? Hehe... Nak tahu sebab apa? Ini adalah salah satu misi trip kami kerana penginapan kami di Perlis ini telah ditaja oleh seseorang. Kalau nak tahu siapa seseorang itu, kenalah terus setia dengan Misi 50 Ke Utara kami ni. Hehe... Ia satu cabaran buat kami sebabnya kami perlu berusaha sendiri untuk cari lokasi penginapan kami ni. Mencabar tau you all. Mana tak mencabarnya, first time kami menjelajah Perlis berdua. Without proper direction. Huhu... Syukurlah smartphone banyak menghulurkan bantuannya. Hehe...



Lokasi Tok Mek Motel ni lebih kurang 20 minit ke Padang Besar. Ni anggaran je tau. Hee... Dekat area Beseri. Senang juga sebenarnya nak cari lokasi hotel ni sebab ia terletak betul-betul di tepi jalan dan berhampiran dengan Tasik Timah Tasoh. Nasihat CN, if let say you all choose nak stay dekat sini, apabila you all almost arrive, perlahankan kenderaan anda takut terlepas simpang. Hehe...

Harga? Tu dekat gambar tu CN snap sikit harga bilik yang dikenakan. Pihak penaja penginapan kami sebenarnya telah booking bilik yang kecil untuk kami since kami hanya berdua dan stay untuk 1 malam saja. Tapi berlaku sebaliknya. Huhu... Rezeki kami agaknya. Pemilik tempat ni tersalah assign bilik. Bilik yang sepatutnya diberi kepada kami telah tersalah assign kepada guest lain. So, yang tinggal hanya bilik yang paling besar (family room) yang ada 2 king size-bed. Kami apa lagi, seorang satu katil la jawabnya. Hehe... Untung yang amat. Hehe...

Biliknya memang selesa. Toilet pun sangat bersih. Overall, CN bagi 4 bintang dan CN highly recommend this hotel to all :)

Kekuranganya cuma tiada lif. So, bagi anda yang dapat bilik di tingkat atas, perlu menapak tangga yang ada.

Kalau malas nak cari makan jauh-jauh, jangan risau. Restoran Tok Mek ada. Hehe... Dekat sangat-sangat dengan penginapan. Tapi CN tak la makan di sini sebab CN dan CM dah ada planning nak cari makan dekat tempat lain. Hehe...


Nak makan ikan bakar pun ada tau dekat sini :D

Alhamdulillah, sedap rasanya dapat bermalam di tempat yang selesa di Tok Mek Motel ni. Hehe... CN dan CM nak ucapkan ribuan terima kasih kepada penaja penginapan kami atas penyediaan penginapan yang best ni. Hehe... The best part is, kami dapat jimatkan duit accommodation kami di Perlis ni :D


Misi #8: Bersarapan di Arau, Perlis

Good Morning Indera Kayangan!!! Hehe... Tiba-tiba good morning la sangat kan, sedangkan entry ni di upload malam-malam buta :P

Yelah, kan semalam dah seharian berpenat-penat menjayakan misi siap dinner sampai ke Alor Setar. Hehe... Dah cukup rehat, cukup tidur, cukup segalanya, perut pagi-pagi dah minta diisi. So, misi kami yang seterusnya adalah untuk menikmati sarapan pagi (tak berapa nak pagi dah pun. hehe...) di Arau. Jauh ke Arau tu? Ada apa dekat Arau tu? Hehe...

Since kami tak familiar dengan jalan raya di Perlis ni, so kami pun  menggunapakai aplikasi telefon pintar kami iaitu GPS untuk bergerak dari Tok Mek Hotel ke Arau :)

Let's start the engine, put on your seat belt, dengan lafaz Bismillahhirahmannirrahim, bermulalah perjalanan sarapan pagi kami ke Arau.

Apa nak makan dekat Arau nanti yer? Hmm... Keep on thinking till we reach the destination :D

Sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih kurang 30 -45 minit (lebih kurang yer. ni bajet-bajet je pun. lupa pula CN nak record time hari tu :D), kami jumpa UniMAP. Tau dak UniMAP tu apa? Universiti Malaysia Perlis. Kami lalu jelah depan gate UniMAP tu. Hehe... Nak singgah, tak ada apa-apa mission di situ. Hehe...

Jalan punya jalan, masuk simpang sana, masuk simpang sini, finally kami decide untuk makan di sebuah gerai kecil berdekatan dengan Stesen Keretapi Arau. Kami singgah di beberapa kedai makan yang lain, namun agak kecewa sebab makanan yang ada hanyalah lauk pauk untuk makan tengahari. Mana taknya, kami sampai Arau pun dah almost 11.00 am plus. Hehe... Breakfast dah habis la dik oiii. Hehe...

Syukurlah, masih ada nasi lemak dijual di gerai yang berdekatan dengan Stesen Keretapi Arau. Dapat juga kami merasa nasi lemak Arau. Hehe... Breakfast kami in total berharga RM7.80 je. 

Sebelum kami bertolak balik ke Kangar, kami singgah dulu di Stesen Keretapi Arau. Niat di hati sebelum ni sebenarnya nak ke Perlis menaiki train intercity, apakan daya tiket awai-awai dah habis. Huhu... Untuk menghilangkan kempunan nak naik train ke Perlis, tu yang kami singgah Stesen Keretapi Arau ni :)


Say peaceeee. Hehe... Nahhh, kami belanja sekeping gambaq kami di entrance Stesen Keretapi Arau ni. Welcome to Arau! :D

Dah, jom. Kita balik Kangaq naaa. Ada misi lebih penting di Kangar. Hehe... 

Sebenarnya kami sempat singgah di pintu pagar Istana Arau selepas sesi melawat sebentar di Stesen Keretapi Arau. Namun, kami tidak dibenarkan untuk snap gambar di situ. Huhu... So, tak dapatlah nak share dengan you all. Well, actually we managed to snap few pictures before abang polis kata tak boleh snap picture. Hehe... Maaf abang polis, tangan-tangan kami lebih pantas. Hehe... Bye-bye Arau. Kami nak balik Kangaq dulu naaa :D

Selesai Misi #8: Bersarapan Pagi di Arau! Jom ikut kami untuk meneruskan misi yang seterusnya.


Nahhh bukti kami dah sampai Kangar. Hehe...


Misi #9: Makan Tengahari di Majlis Resepsi Nora 

Nora? Siapa Nora? Hehe... Haaa, curious la tu nak tahu siapa Nora. Hehe...  

Menghadiri majlis resepsi kawan Cik Mera sebenarnya adalah misi utama kami ke Perlis. Inilah sebenar-benarnya tujuan kami ke Perlis ni. Niat di hati nak hadir kenduri kahwin Nora (beliau adalah sahabat Cik Mera yer), tapi memandangkan dah sampai pun di Perlis ni, tu yang kami bawalah you all pusing-pusing Perlis. Hehe...

Nak tahu 1 rahsia lagi tak? Hehe... Puan Nora ni sebenarnya adalah sponsor penginapan kami di Tok Mek Motel tu. Hehe... Nora, thank you so much for the great accommodation :)


Inilah dia Puan Nora dan suami beliau. Sama cantik, sama padan. Hehe... CN mana? Hehe... Adaaa. CN adalah photographer-nya :D

Cik Mera: "Moga Nora dan husband bercinta hingga ke syurga" :)

Cik Nurul: "Tahniah both of you" :)

Alhamdulillah, misi utama kami ke Perlis ni telah dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah CN dan CM! Hehe...

Maka, Misi#9: Makan Tengahari di Majlis Resepsi Nora, BERJAYA! Yeay! Dah selesai 9 misi trip kami. Hehe... Walaupun ada sedikit kejadian kecil yang tidak diingini telah berlaku, namun itu bukanlah pematah semangat kami untuk meneruskan misi trip kami. Terima kasih kepada pakcik-pakcik yang sudi membantu kami menyelesaikan 'masalah kecil' kami. Hehe... Masalah apalah CN oiii? Yang itu, CN tak dapat nak share dengan you all. Hehe... Biarlah ia kekal rahsia :D

Dengan selesainya Misi #9, maka selesailah juga misi kami di Perlis ni. Ehhh, dah habis ke? Macam tu je? Hehe...


Misi #10: Memandu Sendiri Sepanjang Ekplorasi di Perlis

Misi #10 ni misi yang agak mencabar buat kami berdua. Kedua-dua kami sebenarnya pemandu amatur. Walaupun CN ni dah ada driving license few years ago, tapi jarang memandu. Hehe... CM pun sama juga. Hehe... Eloklah tu, sama-sama tak biasa memandu. Tapi memberanikan diri untuk memandu sendiri sepanjang kami berada di Perlis ni. Alhamdulillah, segalanya dipermudah untuk kami :)

It's about time to depart to Penang. Penang!!! CN dan CM nak mai dah ni. Hehe...

Nak tahu kisah selanjutnya kembara kecil kami ke negeri Utara ni, jangan lupa terus setia menunggu CN upload entry baru yer.

Till we meet again. Take care everyone.


Salam Kembara,


6 comments:

  1. uish nama rumah.. Tok Mek hehehe.. lama gila tak pegi perlis..
    adalah dalam 2 tahun hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... CN tak interview plk owner dia why nama dia Tok Mek. hehe.. owner-nya nampak busy memanjang. hehe.. CT tak la jauh sgt kan nak ke perlis tu. hehe...

      Delete
  2. Pergi ke utara untuk kenduri kahwin yer CN....

    ReplyDelete
    Replies
    1. misi utama ke Perlis nak p kenduri kahwin sbnrnya. tp dah alang-alang sampai perlis, CN pun plan la aktiviti dkt sana. hehe...

      Delete
  3. Dari Tok Mek ke Padang Besar tu dah dekat. Kereta 10 minit dah sampai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CN tak sampai ke padang besar tu. hehe.. sbb mmg tak plan nak ke situ takut ter-shopping. hehe... lain kali in shaa Allah, CN roger2 zumal dulu la. hehe...

      Delete

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^