Wednesday, October 29, 2014

Day 10: Your Favorite Song Ever





TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR


Salam Rabu you all :)

Yeay!!! Hari ni dah hari ke-10 untuk Music Challenge ni :)
Yeay!!! CN happy. Hee... Sebabnya, CN berjaya juga laksanakan day challenge ni untuk 10 hari berturut-turut. Rekod terbaik CN sepanjang ber-blogging ni :D

Kenapa CN pilih lagu budak-budak ni as my favorite song ever? :)
Haa, nak tahu kenapa? Hee...

Lagu ni walaupun lagu budak-budak, tapi ada sejarah 'comel' disebalik lagu ni :D Sejarah 'comel'? Hmm... Haa, semakin tertanya-tanya yer apalah yang berlaku disebalik lagu ni. Hehe..

Mai CN nak story sikit dekat you all apalah yang istimewa sangat dengan lagu ni.

Begini ceritanya... 

Pada suatu masa dahulu (takda la terlalu berkurun pun ceritanya. hehe...), sewaktu zaman CN muda remaja (sekarang ni muda dewasa yer. hehe...) dan pada waktu itu CN masih bergelar mahasiswi disebuah IPTA di salah satu negeri di Borneo, CN ni rajin tau ke kelas (sila abaikan CN yang duk puji diri sendiri ni). Sehinggalah pada suatu hari, CN tak sengaja terlambat beberapa saat, mungkin juga beberapa minit  ke kelas English. Huhu...

Dan...bermulalah kisah 'twinkle twinkle' CN ni :D

Nak menunjukkan bukan CN seorang yang lambat ke kelas waktu itu, ada jugalah beberapa classmates CN yang sama-sama join CN datang lambat. Hehe... So, lecturer English CN waktu tu, yer CN masih ingat lagi nama beliau, Madam Afidah Morni (kalau tak silap CN la. hehe...), mendenda kami, para late comers ni. Huhu... Dendanya terpulang pada individu nak buat apa. CN ni duk fikir-fikir apalah yang CN nak buat waktu tu. Hmm...

CN dengan muka setebal tembok ni, telah membuat keputusan untuk nyanyi lagu ni la. Hehe... Itulah rasanya kali pertama CN menyanyi in front of public (public sangattt. classmates CN ja pun yang tengok waktu tu. hehe...). 

Bukan setakat nyanyi ja tau. CN siap ber-'blink blink' kan jari-jemari ni kononnya macam bintang-bintang yang sedang bersinar di langit. Hehe...

Malu? Maunye tak malu you all :D Tebalkan muka ja la masa tu...

Ia tidak berakhir disitu you all. Kisah 'twinkle twinkle' CN ni berlaku sekali lagi sewaktu CN kembali menyambung pembelajaran di Semenanjung tanahair kita ni. Dan...yer, ia berlaku lagi kerana CN lewat sampai kelas, sekali lagi. Hehe...

Tapi kali ni CN ber'twinkle twinkle' secara berjemaah bersama-sama beberapa late comers yang sudi join team 'twinkle twinkle' CN ni :D

Sekali lagi CN memilih lagu ini dan jari-jemari ini turut ber'twinkle twinkle' sama. Konon-kononnya bintang la tu. Hehe...

Disebabkan peristiwa 'comel' itulah, lagu ini menjadi my favorite song ever :)

Sweet dan cute kan kisah CN disebalik lagu ni. Hehe...
Ada siapa-siapa yang turut sama minat lagu ni ke? Ada??? Hehe...

Till we meet again guys in my next entry. Apa yang CN nak update dalam next entri tu? Sabaq naa.


Stay tuned and keep on supporting CN

4 comments:

  1. Replies
    1. Hehe.. yeay!! Ada geng la CN mcm tu :D

      Delete
  2. oooomaigad awat cute sangat. hahaha time kecik2 kita tak kisah pun kan nyanyi bila da besar bila semua mata pandang kita kekeke kelakar aje.. tapi kalau diingatkan balik mesti senyum sorang2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. masa kecik2 seronok plk nyanyi lagu ni. Dh besar pjg ni, rasanya muka ni lg tebal dr tembok nak nyanyi lagu ni siap dgn jari jemari berblink2 sekali tu.Hehe.. btl la CT, bl diingatkn blk, mmg senyum sorg2 CN. Hikhikhik

      Delete

Seronok tak baca catatan kembara Cik Nurul?
Jangan lupa tinggalkan 'kenangan' di ruangan komen yer ^_^