Saturday, May 03, 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 (KLiBF 2014)



Thank you Google Image for this picture. Hee...

Hari Khamis lepas, ya kelmarin. Hehe... CN telah mengambil kesempatan sempena cuti Hari Pekerja (Yeayy!!! Cuti!!!) untuk menghadirkan diri ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 (KLiBF 2014) di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC). Fuhhh...sepenuh alam CN taipkan nama PWTC tu kan. Hehe...

CN ni memang sangatlah gemar membeli buku walaupun akan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan bacaan semua buku yang dibeli. Hehe... Even buku yang CN beli waktu KLiBF 2013 pun masih ada yang belum habis ditelaah. Perghh, ditelaah tu. Hehe...