Salam 7 Ramadhan. Hee.. Dah 7 hari berpuasa, CN baru nak wish kan. Hahaha... CN harap you all berpuasa dengan sebaik-baiknya yer. Moga Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang lebih baik berbanding tahun-tahun lalu, In shaa Allah :)
Hari ni CN nak sambung entri FLORIA Putrajaya 2014 :)
FLORIA tahun ni adalah event yang agak bersejarah buat CN. Haha... Sebabnya, inilah kali pertama CN berkunjung ke FLORIA 3 kali (2 hari berturut-turut dan 1 hari pada hujung minggu berikutnya). Ishhh... Ishhh... Rajinnya CN ni, kan. Haha...
Hari pertama CN ke FLORIA bersama sahabat CN, tapi kami sampai agak lewat dan hari makin petang. Cuaca agak panas waktu itu. Tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk menjelajah ke seluruh pelosok pameran FLORIA ni. Hee...
Seperti yang CN maklumkan dalam entri yang lalu (klik di sini untuk ke entri yang lepas), tahun ini pengunjung dikenakan bayaran masuk sebanyak RM3.00 untuk dewasa. Hmm... Kena bayar pula.
Untuk langkah mengelakkan kesesakan, maka CN dan sahabat membuat keputusan untuk naik pengangkutan awam saja. Hee... CN dan sahabat menggunakan perkhidmatan ERL dari Bandar Tasik Selatan ke Putrajaya dengan harga RM5.30 sehala. Sampai di Putrajaya Sentral, kami naik bas Nadi Putra yang memang menuju ke tapak FLORIA dengan bayaran RM0.50 sekali naik. Mungkin rezeki kami agaknya hari tu, sampai saja di Putrajaya Sentral, bas ke FLORIA telah sedia menunggu dan kami pun tak perlu menunggu lama. Hehe...
Kami mulakan lawatan pertama ke tapak jualan pokok-pokok dan CN pun tertarik dengan hiasan fridge magnet bunga orkid yang dibuat daripada tanah liat (kalau tak salah CN la. hee...). Tertarik je yer, belum beli lagi. Hehe...