Showing posts with label New Year. Show all posts
Showing posts with label New Year. Show all posts

Friday, January 03, 2020

HAPPY NEW YEAR 2020!




SELAMAT TAHUN BARU 2020!

Macam tak sangka kan kita dah 3 hari berada di tahun 2020 ni. Macam mimpi pun ada. Hehe... Kalau dulu tahun 90an waktu CN bebudak school lagi, rasa macam lama je lagi nak sampai 2020 ni. Tup, tup, dah masuk dah pun tahun 2020 ni.

Time flies so fast. Tak sedar rupanya CN pun makin meningkat usia. Huhu... 3-series+ dah tahun ni.

Alhamdulillah, masih dikurniakan kesihatan mental dan fizikal yang baik dan sempurna.

2019 boleh CN summarize sebagai tahun 'roller coaster' paling ekstrim yang CN pernah lalui. Jatuh bangun berkali-kali, tangisan dan air mata banyak kali tumpah dan mengalir. Yang terlihat indah di manusia, terselindung segala perit dan pedih yang tak tertanggu dek hati kecil ni. Huhu... Bermadah puitis pulak CN ye. Hehe...

Cukuplah 2019 menyimpan segala memori, kenangan manis pahit dan segala rasa. Kita tutup lembaran 2019, kita buka buku baru 2020.

Doakan semoga tahun 2020 ni banyak impian dan azam CN berjaya dikecapi. Antaranya, nak ride bermotor melintasi sempadan (sempadan mana tu. hehe...), nak fly somewhere (dok decide lagi ke mana) dengan airline selain AirAsia (ehh, why not AA, ok what AA. hehe...).

Dan, banyakkk lagi azam, mimpi dan impian CN yang CN nak achieve dalam tahun 2020 ni.

CN nak selesaikan apa yang masih tertangguh. Moga tahun 2020 ni CN berjaya bina Legasi *N yang sedang CN bina ke 1 tahap yang lebih baik lagi. InshaAllah.

Moga hati tak serapuh 2019. Moga jiwa lebih teguh.

Untuk korang pun, CN doakan semoga impian dan azam yang mungkin korang bawa dari tahun-tahun sebelumnya ni, akhirnya berjaya dikecapi.

Misi kurus selim melim CN masih on going. Alhamdulillah, though the progress is quite slow, yet CN still manage to lose 15kg+ in year 2019. At least kena lost another 15kg this year. CN BOLEH!!!

Semoga kita semua jadi hamba-Nya yang lebih baik dan lebih baik lagi.

Doa yang baik-baik, moga beroleh yang baik-baik.


Salam Jumaat,


Sunday, January 14, 2018

Selamat Tahun Baru 2018! Rise and Shine!

Image: Edited by Cik Nurul yang awesome


Selamat Tahun Baru 2018! Walaupun dah masuk hari ke 14 di tahun baru ini, CN tetap nak wish untuk korg. Hopefully korg masih setia dan sudi baca post CN yang selalunya outdated ni. Huhu...

Terima kasih atas sokongan korg yang tidak berbelah bahagi. Korg yang paling aweeesommmeee!!! CN kasi 5 bintang untuk kesetiaan korg. Hehe...

For this year, CN telah memilih tema 'A YEAR OLDER, A YEAR WISER. #RISEANDSHINE'. Cettt, siap bertema gitu.Hehe...

Since this year adalah antara tahun yang special buat CN, secara peribadinya, maka CN memilih kata-kata positif dan motivasi untuk diri sendiri dan juga untuk korg. Harapan dan doa CN semoga kita semua beroleh apa yang dihajati, dipermudah segala urusan, diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segala cabaran hidup. Stay strong!

This year bucket list CN untuk aktiviti travel lebih kepada adhoc, tanpa proper plan. Hehe... Memandangkan ada beberapa perkara yang CN perlu utamakan, tapi korg jangan risau. In shaaAllah walaupun adhoc, CN akan tetap update aktiviti jejalan CN. Yang mana belum follow CN dekat IG tu, cecepat la yer follow. Nanti CN follow korg balik, ok?

Previous post pasal solo trip CN belum habis update untuk korg. Maafkan CN atas kelewatan yang amat sangat. CN harap korg masih sudi baca post CN yang seterusnya. Doakan CN terus bertabah dan diberi kerajinan untuk update post baru dalam TCN ni yer.

In shaaAllah CN rasa macam dah tiba masa untuk bagi new look untuk TCN ni. Korg rasa macam mana? Patut tak CN update new look untuk TCN ni? Hehe... Kalau korg ada idea best untuk new look TCN ni, jangan lupa tinggalkan komen korg tau.

Till then, in shaaAllah nantikan update post CN yang seterusnya yer. Sayang korg ketat-ketat.


Jom jalan-jalan,



Tuesday, January 03, 2017

HAPPY NEW YEAR 2017!!!


Google Image


Sayonara 2016!
Welcome 2017!

Selamat Tahun Baru 2017!!!
Happy New Year 2017!!!

Alhamdulillah, dah masuk hari ke-3 kita di tahun 2017 ni. Sesi persekolahan pun dah bermula seperti biasa. Ibu bapa yang buat pertama kalinya menghantar anak-anak kecil ke sekolah pasti teruja, risau, gembira dan pelbagai rasa lagi. CN masih single mingle di saat entri ini di siarkan. Hehe... Maka, CN tak pasti macam mana suasana hari pertama sekolah anak-anak kecil zaman milenia ni. Hee.. Apa-apa pun, CN doakan adik-adik (dah selayaknya bergelar anak-anak) enjoy your school day, make lot of friends, jangan belajar bukan-bukan pula dekat sekolah tu. Hehe...

Bila masuk tahun baru, ceritanya pasti berkisar tentang resolusi tahun baru. Apa resolusi tahun baru anda? Masih azam yang sama? Atau mungkin telah di-upgrade? Atau mungkin bertukar azam? Apapun resolusi tahun baru anda, CN di sini mendoakan agar segala azam anda, goal, mission atau apa saja yang seangkatan dengannya berjaya dicapai, berjaya dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Awal tahun baru kita dikejutkan dengan kejadian percikan bunga api yang mencederakan pengunjung yang bersemangat untuk menyambut tahun baru. Moga-moga kejadian yang sama tidak berulang lagi. Seharusnya apa yang berlaku menjadi pengajaran dan peringatan buat semua.

CN takda azam tahun baru ke? Hehe... Ehh, of course ada. Apa azam tahun baru CN tu?

Terlalu banyakkk. Hehe... Cuma untuk tahun ini, ada beberapa misi besar dan penting untuk CN laksanakan. Moga impian dan harapan menjadi nyata. Aaminn.. You all doakan CN yer :)

CN! Mana dia update trip last year? Bila nak update ni? Hehe...

Maafkan CN you all, bukan tak nak update. Kekangan masa menjadi penghalang untuk CN update trip CN last year. In shaaAllah, you all doakan CN diberi kelapangan masa untuk share dengan you all trip CN yang tak seberapa last year tu yer. Hehe...

Stay tuned untuk update entri terbaru CN yer.


Love,