Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Thursday, May 28, 2015

2015 Royal Floria Putrajaya






Holla you all! Hee...

Edisi ke-8 Floria Putrajaya kini kembali! Yeay!

Untuk edisi kali ini, Floria Putrajaya dikenali sebagai 2015 ROYAL FLORIA PUTRAJAYA.

Festival bunga dan taman ini berlangsung mulai 30 Mei hingga 7 Jun 2015. Dah dekat dah kan. Hehe... Seperti tahun lepas, festival ini diadakan di tapak kekalnya iaitu di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.

Para peminta bunga, taman dan lanskap, boleh datang berkunjung ke festival ini yang dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat hingga Ahad dan mulai jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam pada hari Isnin hingga Khamis. Jom ramai-ramai bawa datang sekampung melihat keindahan bunga dan taman di festival ini. Hehe...

Festival yang bakal berlangsung selama 9 hari dengan tema Tapestry of Hues, bertemakan bunga Lily atau dikenali juga sebagai Lilium, menampilkan beberapa attractions baru. Floria tahun ini menampilkan Water and Spring Garden, Spa Garden, Pinweel Garden, English Garden dan Glamping Garden. Nak tahu macam mana agaknya rupa attraction terbaru ini, jom ramai-ramai ke 2015 Royal Floria Putrajaya.

Ni dia rupa bunga lily. Kita kasi teaser bunga jelah yer. Hehe...

Seperti tahun lepas, festival kali ini juga mengenakan bayaran masuk kepada pengunjung yang datang. 

Pengunjung yang membawa Mykad masing-masing, harga tiket masuk adalah seperti berikut:

* Dewasa (13 tahun dan ke atas) --> RM5.00
* Kanak-kanak (7 - 12 tahun) --> RM1.00
* Kanak-kanak (6 tahun dan ke bawah) --> Percuma

Bagi pengunjung tanpa Mykad, harga tiket adalah seperti berikut:

* Dewasa (13 tahun dan ke atas) --> RM10.00
* Kanak-kanak (7 - 12 tahun) --> RM5.00
* Kanak-kanak (6 tahun dan ke bawah) --> Percuma

Sekiranya anda berminat untuk masuk ke Winter and Spring Garden, bayaran masuk ke taman ini adalah RM3.00 sahaja. Kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah, adik-adik sekalian boleh masuk free yer. Hehe...

Pengangkutan ke festival ini? Hmm... Bagi sesiapa yang memiliki kenderaan sendiri, anda boleh je drive kenderaan anda ke lokasi festival ini. Hehe... Bagi pengunjung yang memilih untuk menggunakan pengangkutan awam, seperti CN ni, perkhidmatan shuttle bus akan disediakan.

Lain-lain maklumat lanjut, you all klik je link berikut yer --> 2015 Royal Floria Putrajaya

Nak tahu apa yang best lagi tentang Floria kali ini, apa kata anda datang sendiri ke festival ini dan rasai sendiri pengalaman dikelilingi bunga pelbagai bentuk dan warna. In shaa Allah boleh jumpa CN di festival ini nanti. Hehe... (CN fe-feeling ada fans nak jumpa la konon-kononnya tu. Hehe...)

Jumpa you all di Floria yer. Hehe...

P/s: Misi 50 Ke Utara akan CN sambung soon, very soon. Stay tuned :)


Salam berbunga-bunga,




Wednesday, September 10, 2014

Taman Botani, Putrajaya: #2



CN!!! Tak sempat baca habis lagi entri Taman Botani, Putrajaya: #1, ni CN dah update lagi sambungannya. Hehe...

Nampak tak? Nampak tak? Betapa CN punya banyak masa tiba-tiba kan. Hehe... Nak tengok CN update setiap hari, memang sangatlah jarang kan. Hehe... Memandangkan pada ketika ini CN memang ada banyakkk masa, kerajinan luar biasa itu datang dengan passion yang luar biasa jugalah. Hehe...

Sabar jelah dengan CN ni yer. Hehe...

Okay, okay. Seperti yang telah dijanjikan dalam entri lepas, CN nak sambung sharing with you guys keseronokan, kegembiraan dan apa lagi yer perkataan terbaik untuk menggambarkan betapa happy nya CN nak share info dan gambar-gambar day trip CN ke Taman Botani ni. Hehe...

Kalau you all terlepas membaca permulaan entri ni, silalah klik link berikut yer ->> Taman Botani, Putrajaya: #1


Haa... Tengok tu, dekat taman ni, bukan saja kita boleh menikmati pemandangan hijau, tapi kita juga boleh belajar macam mana nak baca label nama pokok. Sebagai contoh, asam jawa (tamarind) atau nama saintifiknya Tamarindus Indica :)

Tuesday, September 09, 2014

Taman Botani, Putrajaya: #1



Laptop! Checked!
Glasses! Checked!

Dah ready semua, jom kita mulakan sesi kembara 1 hari CN ke Taman Botani, Putrajaya. Actually, this was not really a 1 day trip. But actually, it can be a 1 day trip. Huhu... Memandangkan sewaktu kali pertama CN ke sini hujan lebat, jadi tak dapatlah nak pusing seluruh kawasan taman ni. Itu yang menyebabkan 1 day trip jadi 1 and a half day trip. Hehe... 

Mungkin ramai yang dah ke taman ni terutamanya penduduk Putrajaya. Tak kira, CN nak tulis juga pasal taman ni. Hehe... 

The best thing about this garden is, the entrance fee is FREE!!! Sila maklum yer kawan-kawan, masuk adalah PERCUMA!!! :) Keluar pun percuma juga. Hee... Tiada bayaran masuk dikenakan. So, bolehlah bawa seluruh ahli keluarga anda jalan-jalan sambil belajar di taman ni yer :)

Bagi CN, memang banyak yang boleh dipelajari di taman ni. Boleh belajar tentang jenis-jenis tanaman, pokok-pokok dan macam-macam lagilah :)

This is a good exposure for everyone, not just to spend time with the family, but to make it as an informal learning time as well. 

Maaflah yer, CN ni memang jenis yang suka sangat pergi tempat-tempat educational macam ni. Hehe... Tapi taklah selalu sangat CN ke tempat-tempat macam ni. Cumanya bila ada peluang dan kesempatan, CN memang sangat teruja. Hehe...


Peta laluan disepanjang taman ini. Hee... Tapi, CN tak habis study pun map ni. Huhu...

Sunday, August 31, 2014

Magic of the Night Putrajaya 2014: #2



Seperti yang dijanjikan dalam entri lepas, entri kali ini CN nak sambung lagi bagi you all enjoy the scenery of the Magic of the Night at Putrajaya 2014. Hehe...

Siapa-siapa yang terlepas nak baca entri lepas, bolehlah klik link ni yer -->> Magic of the Night Putrajaya 2014: #1

Tak payah cerita panjang-panjang untuk entri ni, CN persembahkan hasil kreativiti CN yang tak seberapa ni. Hehe...

Lets enjoy!!! :)


Before the parade begin :)

Sebelum :)



Visit Malaysia 2014: Malaysia Truly Asia





Yeay! Fireworks again :)

Itu saja gambar-gambar yang mampu CN kongsikan untuk entri MOTN ni. Huhu... Mungkin tak banyak info dan gambar yang CN dapat kongsikan. Tapi CN harap ia dapat mengubat rindu anda terhadap entri-entri CN. Hehe... Ada yang rindu ke. Hee...

In shaa Allah CN akan sambung dengan kisah kembara lain dalam entri CN yang akan datang.

Stay tuned!

P/s: Salam Merdeka 57 buat semua. Di sini lahirnya sebuah cinta... CN sayang Malaysia :)


Salam kembara,

Tuesday, August 26, 2014

Magic of the Night Putrajaya 2014: #1



Dah agak lama CN tak update blog ni kan? Hee... Apa khabar traveloger tersayang? Hehe... CN doakan you all sihat sejahtera hendaknya. Masih ada yang buat open house ke? :) Aishh, jemputlah CN sama. Hehe...

Mesti ramai yang tertunggu-tunggu sambungan teaser Magic of the Night 2014 (MOTN 2014)? Hehe... Aikk, ramai ke yang tunggu? Hehe...

So... Kali ni, CN dengan sifat rajin yang penuh di dalam dada ini, ingin menyambung cerita Keajaiban Malam di Putrajaya 2014 :)

Last year pun CN berpeluang menyaksikan MOTN ni. Tapi last year event ni dibuat di Persisiran Tasik Putrajaya Presint 2 (Hmm... Betul ke Presint 2???) Alaaa, yang ada Monumen Alaf Baru tu. Hehe... Tahun ini memandangkan FLORIA Putrajaya 2014 juga telah bertukar venue, maka MOTN juga ditukar venue juga :)

Kali ini ia diadakan di kawasan Marina Putrajaya, berdekatan dengan Pullman Putrajaya. Untuk makluman you all, inilah kali pertama CN ke marina ni. Hehe... CN hadir menyaksikan event ini pada 2 malam terakhir acara ini diadakan. Terima kasih kepada 'pemandu pelancong' CN iaitu adik CN sendiri yang rajin sangat melayan kakak dia ni. Hehe...

MOTN merupakan pesta perarakan bot berhias dari negeri-negeri seluruh Malaysia. Keunikan dan keistimewaan di setiap negeri ditonjolkan melalui perarakan ini. Anda dapat saksikan pelbagai bentuk bot berhias sepanjang program ini berlangsung.

Selain daripada pertunjukan bot berhias, acara lain seperti persembahan nyanyian dan tarian MOTN turut diadakan.

CN membebel panjang pun tak guna kan. Jom layan gambar-gambar hasil kreativiti jurugambar amatur ni (yer, CN la tu. hehe...). Maaf yer kalau gambar yang ada tak secantik mana. Huhu... CN masih sedang berusaha belajar menggunakan kamera yang ada. Hehe...


Ayuh Johor~~~ Luaskan kuasamu :)
Kelantan Darul Naim
Negeri CN menuntut ilmu suatu ketika dahulu - Sarawak Bumi Kenyalang. Kamek sayang Sarawak. Hehe...
Pulau Mutiara, Pulau Pinang
Pahang Darul Makmur




Pancuran air yang turut menari bersama. Hehe...

Jom, kita layan gambar-gambar bunga api pula :)







Itu saja ke CN? Hehe... Ishhh, ada lagi. Gambar-gambar lain akan CN kongsikan dalam entri seterusnya nanti. Jadi, sila kekalkan konsistensi anda untuk terus menunggu dan membaca entri-entri CN yang akan datang.

Stay tuned!

P/s: Untuk makluman, acara ini berlangsung pada bulan Jun 2014 yang lalu


Salam Kembara,


Monday, March 17, 2014

KL City Tour: Memorial Tun Abdul Razak




Hari ni Cik NUFA nak bawa anda semua jalan-jalan lagi around KL. Jom ikut CN teruskan KL City Tour ke destinasi seterusnya :)

Bagi anda yang belum atau terlepas membaca ke mana destinasi KL City Tour CN sebelum ni, anda boleh ke link berikut yer --->> KL City Tour: Muzium Polis Di Raja Malaysia

Hee...

Next destination adalah.... --->> MEMORIAL TUN ABDUL RAZAK

Alamak! So sorry you all. Senget pula gambar ni. CN ni bukanlah photographer professional. Hee...

Siapa pernah ke memorial ni, angkat tangan tinggi-tinggi. Hehe... Ni pun first visit CN ke sini. Hehe... Memorial ini atau juga dikenali sebagai Sri Taman suatu ketika dahulu adalah kediaman rasmi Allahyarham Tun Abdul Razak sejak tahun 1962 hingga akhir hayat beliau pada tahun 1976.

Ilham untuk menjadikan bangunan 2 tingkat dengan rekabentuk 'California Style' (komen ala-ala arkitek gitu. hehe...) ini sebagai sebuah memorial bagi memperingati serta mengenang jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh Bapa Pembangunan Negara kita kepada bangsa dan negara telah dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed, iaitu pada ketika beliau masih menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4. 

Secara rasminya, memorial ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 pada 6 Mei 1982 (CN pun tak lahir lagi waktu tu. Hee...)

Terdapat 2 buah dewan pameran di sini. CN cuma sempat melawat ke Dewan Pameran 1 saja iaitu Sri Taman, kediaman rasmi PM kita yang ke-2 sebab lewat waktu tu dan dah nak tutup pun. Tapi kami bukanlah pengunjung terakhir hari tu. Hee... Ada juga sebuah keluarga ni yang jadi pengunjung terakhir ke memorial ini pada hari tersebut :)

Wednesday, March 05, 2014

KL City Tour: Muzium Polis Di Raja Malaysia

 

Salam 1 Malaysia buat semua :)

Cuba angkat tangan berapa ramai yang sedang menunggu sambungan Langkawi trip Cik NUFA? Hehe... Aihh, macam tak ramai je. Hehe... Sementara you all menunggu sambungan entri untuk Langkawi trip Cik NUFA dengan penuh kesabaran, jom CN bawa anda jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.

Here you go. My KL City Tour :)

Destinasi pertama --->> MUZIUM POLIS DI RAJA MALAYSIA

Sempat pula CN ni buat KL City Tour kan? Langkawi trip pun tak habis lagi. Langkawi trip ada dalam draf. Hehe... Yang sebenarnya, ini adalah free tour tau. Yeay!!! FREE you all (nak juga highlight kan di situ. hehe...)

Kebetulan Jumaat lepas, 28 Februari 2014, ayah CN bawa rombongan anak-anak yatim dari daerah kelahiran CN jalan-jalan di Kuala Lumpur. Semua perbelanjaan ditanggung dan mendapat tajaan beberapa pihak yang bermurah hati :) CN bagi pihak rombongan mengucapkan ribuan terima kasih atas tajaan yang diberi. Moga Allah memberi balasan baik atas budi dan jasa yang dibuat :)

CN pun apa lagi, awal-awal sebelum trip ke Langkawi lagi dah apply cuti. Hehe... Excited punya pasal :D