Showing posts with label World Heritage City. Show all posts
Showing posts with label World Heritage City. Show all posts

Friday, April 17, 2015

Weekend Escape: Melaka (Misi Mencari Ikan Bakar): #3




Salam rindu you all! :)

Fuhhh... Aishhh, banyaknya habuk, bersawang-spiderweb-spiderman dah blog CN ni. Uhukkk, uhukkk. Pemilik blog sendiri pun terbatuk-batuk. Hehe... Lama betul you all tunggu CN nak habiskan Misi Mencari Ikan Bakar CN, kan? Berpurnama menunggu. Hehe... Akhirnya, baru kini CN berkesempatan nak share dengan you all. Maafkan CN atas kelewatan menyambung misi yang tak berapa impossible ni. Hehe...

So, dah lapar tak? Hehe...
Jommm, kita ke Umbai, Melaka untuk cari apa yang best untuk dimakan. Hehe...

Kalau sebut Umbai, CN pasti ramai yang terbayang-bayang ikan bakar, kan, kan? Hehe... Of course la CN oiii. Tajuk entri CN pun dah khabaq mai dah Misi Mencari Ikan Bakar. Haha... 

Bukan ikan bakar je you all boleh dimakan, sotong, udang, ketam, macam-macam see-food seafood boleh dimakan. Nak masak 3 rasa, 4 5 rasa ke, terpulang kepada selera dan keinginan masing-masing. CN ni tak memilih sangat, makan je apa yang ada :D


CN purposely make this picture extra large to show you guys all the see-food seafood :D

Tu diaaa, macam-macam jenis ikan ada, ketam, udang. Semuanya bagai memanggil-manggil untuk dipilih, dimasak dan dimakan. Yummm, yummm. Hehe... You all boleh tambah side dishes lain kalau rasa nak cuba. Portion size dan price dah siap stated tu. Cuma perlu beritahu saja nak dimasak macam mana. Nak goreng belacan ke, goreng ikan masin ke, atau apa-apa saja rasa yang you all nak, silalah beritahu dengan person in-charge supaya mereka boleh masak ikut apa yang you all nak :)

Sunday, January 18, 2015

Weekend Escape: Melaka (Misi Mencari Ikan Bakar): #2


Hampir setengah bulan CN tak sambung Misi Mencari Ikan Bakar ni kan? Hehe... Ada ke yang tertunggu-tunggu sambungan misi CN ni? Hehe... Berjaya ke CN dengan misi tak berapa nak impossible-nya tu. CN, habis rosak bahasa CN rojakkan ia. Ish, ish...

Baiklah, atas permintaan ramai, CN akan cuba 'laksanakan' misi ini dalam entri ini yer. Hehe...

Kalau dalam entri lepas CN story sikit kisah jalan-jalan CN disekitar Dataran Merdeka Pahlawan, so entri kali ni, mari kita teruskan sesi jelajah Bandar Melaka kita. Ke mana pula yer? Hehe...

Jom ikut CN, kita jalan-jalan disekitar Jonker Walk (Jalan Hang Jebat) dan sekitar bangunan merah (Stadhuys).

Haa... Ini dia Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka. Dah lama tu you all. Sejak dari zaman kegemilangan dan kemasyuran Kesultanan Melayu Melaka lagi tu. Tapi yang ini dibina semula yer. Hehe...

Siapa tahu apa namanya objek di dalam gambar di atas? Hehe... Tak payah susah-susah teka, CN dah siap bagi nama lagi tu. Hehe... Dalam gambar tu nampak jelaslah CN oiii tertulis nama objek tersebut. Hee...

Di mana letaknya kincir air ini? Hmm... Cuba teka? Siapa dapat teka, CN bagi... Hehe... CN nak bagi apa? CN nak bagi ucapan tahniah kerana meneka dengan tepat :D

Kidding you all. Hehe...

Sunday, January 04, 2015

Weekend Escape: Melaka (Misi Mencari Ikan Bakar): #1


Hmm... Weekend gateways gitu. Hehe...


Salam rindu all!!! :)

Apa khabar tahun baru anda? Hehe... Okay? Tak okay? Masih mencari rentak. Hehe... Takpa, take it easy. Perlahan-lahan atur yer. Hehe... CN ni pun masih mengatur jadual kehidupan CN sendiri. Hehe...

Well, entri kali ni sepatutnya CN post tahun lepas. Yer, tahun lepas tu tahun 2014. Hehe.. Beberapa hari lepas. Hehe... To be exact, sepatutnya CN post dalam bulan November 2014 sebab Weekend Escape: Melaka (Misi Mencari Ikan Bakar) ni dilaksanakan awal November lepas. Hehe... Maaf yer you all tak berkesempatan nak share this story seawal mungkin. Hee...

Baiklah... kita teruskan yer :)

Macam tajuk entri ni, Misi Mencari Ikan Bakar. Haa, itulah yang sebenarnya diniatkan dalam hati ni. Tujuan utama CN dan kakak-kakak tersayang ke Melaka adalah untuk makan ikan bakar di Umbai. Hehe...

Kami mulakan perjalanan lebih kurang jam 10.30 pagi, hari Sabtu. Hehe... The traffic was quite okay. Untuk tidak terlalu bosan sepanjang perjalanan kami, maka kami memilih untuk tidak menggunakan lebuh raya. So, kami turun di Tol Port Dickson dan teruskan perjalanan ke Melaka. Hehe... Bolehlah cuci mata sikit tengok laut di PD tu. Hehe...

CN ke yang drive? Hehe... CN drive? Hmm... CN ni jadi penumpang je you all. Ada lesen memandu jadi hiasan ja :D

Lebih kurang jam 12.00 tengahari kami pun selamat tiba di Bandar Melaka, Bandar Warisan Dunia. Hehe... Perut pun dah lapar. Mana tak laparnya dah tiba waktu lunch, kan. Hehe... Ada yang mengidam nak makan asam pedas, katanya. Hehe... Maka kami pun pusing-pusing cari restoran yang menghidangkan masakan asam pedas. Yumm, yumm. Asam pedas, mesti sedap ni, kan? Hehe... Cari punya cari, jumpalah kami sebuah restoran berdekatan dengan kawasan Dataran Merdeka Pahlawan. CN tak berapa pasti nama tempat tu dan tak ingat pula nama restoran tu. Hehe...


So, how was the food there, CN? Hmm... The price is actually quite expensive, for me & for us. Huhu... Expensive sebabnya portion makanan dengan harga serta kesedapan itu tidak setanding. Nak kata sedap sangat, hmm... For me, biasa ja. Nothing special. Hee...

Baiklah... Kita tinggalkan cerita asam pedas, kita terus sambung perjalanan cuti-cuti Sabtu kita di Melaka. Hehe...

Untuk 'membunuh' masa yang ada, perghhh 'membunuh' masa. Hehe... Okay, okay, to kill time. Hee... Sedap sikit bunyinya yer. Hehe... Kami pun jalan-jalanlah di sekitar Banda Hilir, Dataran Pahlawan, A'Famosa, the Ruins of St Paul's Church, sampailah ke Jonker Walk atau nama lainnya, Jalan Hang Jebat. Hehe...


Haa, cepat teka menara apakah itu? Hehe... Yeay!!! Pandai you all. Itulah Menara Taming Sari. Hehe... Tapi CN tak naik pun. A view of this tower from St Paul's Hill.

Kalau tak silap CN, sewaktu kami di situ orang ramai sibuk membuat persiapan untuk satu event yang berlangsung keesokkan harinya. Tak ingat CN event apa. Yang CN ingat ada Upin dan Ipin sewaktu event tu. Hehe... Memang ramai orang di situ waktu tu. Nampak meriah. Hehe... Dengan becanya lagi. Itu pun CN tak naik juga. Lain kali, In shaa Allah :)



Comel-comel belaka beca di Melaka ni. Hehe... Lain kali CN naik yer :)

Ini dia the Ruins of St Paul's Church. Information board yang merah tu ada cerita sikit tentang sejarah church ni. Hehe...

Okayy, CN bukanlah ambassador tempat ni yer. Hehe...

Alolo... Sweet couple. Hehe... Kak Ya and her husband :)

Ramai tau you all dekat sini. Dan yang uniknya dalam runtuhan church ini adalah, ada seseorang yang akan hiburkan anda. CN tak pasti nama beliau. Cumanya sewaktu CN di sini, beliau baru lepas menyanyikan sebuah lagu. Dan CN pun tak pasti adakah beliau berada di sini setiap hari. Tak sempat CN nak interview beliau hari tu. Hehe... Dalam runtuhan bangunan ni pun ada orang jual souvenir tau. Hehe... 


Inilah beliau yang CN maksudkan tadi. Hehe...

Selesai melihat-lihat dan bersiar-siar disekitar kawasan ini, kami pun turun ke A'Famosa pula. Hehe... 


Cuba teka, apakah ini? Hehe...


Yeay! Betul! Gambar di atas adalah saling berhubungan dengan gambar ini, dan inilah dia A'Famosa :)


Sila maafkan adik berbaju merah tu yer. Beliau mungkin tak perasan kami sibuk bergambar. Hehe...


Dah lama betul CN tak ke Melaka ni. Baru tahu ada panggung/pentas terbuka dekat Dataran Pahlawan ni. Ni bukan kapal betul yer adik-adik. Hehe... Cuma sebuah pentas terbuka yang direkabentuk seperti sebuah kapal. Menarik, kan? Hehe...

Banyak yang kita boleh lihat di Melaka ni. Tapi, CN nak sambung cerita jalan-jalan Melaka dan misi mencari ikan bakar dalam next part, boleh? Hehe... 

Tunggu tau. Ada sambungannya. Misi mencari ikan bakar belum sampai ke kemuncaknya. Hehe...

Terus support CN dan TCN yer :)


Salam kembara,