Showing posts with label Syawal. Show all posts
Showing posts with label Syawal. Show all posts

Friday, July 15, 2016

Cik Nurul, Aidilfitri & Dia. Ehh...





Cahaya Ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun & maaf segala peri,
Semoga ingatan kekal di hati.

Masih tak terlambat rasanya Cik Nurul nak ucapkan SELAMAT AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN buat semua followers, readers tersayang. Walaupun dah 10 Syawal, tapi kita masih dalam bulan Syawal, masih meraikan Aidilfitri dan masih banyak juga jemputan rumah terbuka menanti kedatangan you all, kan? Hehe...

Apa khabar agaknya raya you all? Meriah? Biasa-biasa? Atau ada yang luar biasa? Hehe... Walau macam mana sekalipun sambutan Aidilfitri you all, CN harap you all menyambutnya dalam suasana penuh warna-warni, meriah dan penuh rasa syukur. 

Raya CN pula macam mana? Hmm... Since this year is my first time celebrate Eid without ayah, makanya sambutan Syawal CN hanya biasa-biasa saja. Tiada apa yang istimewa tentang Aidilfitri CN tahun ini. 

Ehh, CN kenapa tajuk entri macam ada something je tu? Ehh, perasan je you all kan. Hehe...

Tiada apalah you all. Tajuk entri kena special dan catchy sikit. Hehe... Baru ada yang tertarik nak membaca, kan? :)

Di kesempatan Aidilfitri ini, CN menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf andai tulisan dan perkongsian CN di Travelog Cik Nurul ni kurang membantu you all atau ada banyak kurang lebihnya di sana sini (pastinya banyak kurang CN. hee...). Andai ada khilaf, terguris hati dan rasa, CN harap you all maafkan kesilapan CN yer.

Buat you all yang sudi nak terima kad raya special daripada CN, jangan lupa emelkan alamat anda kepada CN yer. In shaa Allah, CN akan poskan ke alamat yang diberi. 



Salam Aidilfitri,


Saturday, August 08, 2015

Selamat Aidilfitri Daripada Cik Nurul!




Selamat Aidilfitri buat semua yang sudi luangkan masa membaca dan mengikuti perkembangan aktiviti jalan-jalan CN di Travelog Cik Nurul ni.

Andai ada tersilap kata, tersalah bicara, terkasar perbuatan, terlanjak perbuatan dan segala ter- yang tidak disengajakan, CN mohon ampun dan maaf lahir & batin yer. 

CN harap Syawal tahun ini menjadi Syawal yang lebih membahagiakan buat you all :)

Buat peminat TCN, ehhh ada peminat ke? Hehe... Perasan je CN ni kan. Hehe... Buat peminat setia dan baru nak setia dengan TCN ni, sudi-sudikanlah emelkan alamat rumah you all to CN yer. In shaa Allah akan CN poskan limited edition kad raya CN untuk you all. Hehe...


Salam Aidilfitri,


Monday, July 28, 2014

Salam Aidilfitri 1435H



Sila abaikan CN yang memodelkan diri di sini. Hee...

Salam Aidilfitri buat semua traveloger tersayang. Hehe...

Dikesempatan yang ada ni, CN menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf andai ada silap dan salah CN sepanjang penglibatan CN dalam dunia blog ni. Hehe... Kalau ada yang terasa dengan penulisan CN atau komen-komen CN, CN mohon seribu kemaafan atas keterlanjuran kata-kata yang tidak disengajakan :)

CN doakan anda semua dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada-NYA sepanjang Syawal tahun ini. CN doakan juga agar anda semua meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh rasa kesyukuran dan kesederhanaan. Moga Syawal tahun ini adalah Syawal yang memberi 1001 bahagia buat semua.

Dalam kesibukan kita meraikan Syawal, jangan dilupa saudara seagama kita yang mengalami kesusahan, kesakitan, kepedihan, kepayahan. Mari kita sama-sama berdoa agar Allah memberi mereka sebanyak-banyaknya kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk menempuh waktu-waktu sukar dalam hidup mereka. Kita mungkin tidak sekuat mereka untuk berjuang, namun sekurang-kurangnya sama-samalah kita mengirimkan doa buat mereka. Moga Allah sentiasa melindungi saudara kita di sana, In shaa Allah :)

Anda yang membuat perjalanan jauh pulang ke kampung halaman masing-masing, sentiasa berwaspada dan berhati-hati memandu pulang. Mulakan perjalanan anda dengan doa. Moga Allah melindungi perjalanan balik kampung anda.


P/s: Sesiapa yang nak kad raya istimewa dari CN, bolehlah emelkan address anda kepada CN yer. In shaa Allah CN akan poskan kepada anda yer :)


Salam Aidilfitri,