Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Sunday, January 05, 2020

Travel Review: Travelog.com


Sumber: Travelog.com


Hi uols! Lamanye rasa CN tinggalkan blog ni tanpa entri baru. Hehe.. Paling latest pun CN wish uols new year je. Corat coret jejalan CN belum ada yang CN dapat share dengan uols lagi. Sabaq naa. Hehe...

Sementara tunggu CN update latest kisah jejalan, CN nak sambung dulu entri Cuti-Cuti Langkawi tahun 2019. Hehe.. 

Antara aktiviti 'must-do' bila ke Langkawi adalah island hoping & naik cable car.

So, untuk 2 aktiviti ni CN dah book early before trip melalui travel website iaitu Travelog.com.

Sumber: Travelog.com

Friday, August 02, 2019

Review Hotel: Royale Chenang Resort, Langkawi



Sumber: Royale Chenang Resort, Langkawi

Hi uols! Sihat ke tu? Alhamdulillah kalau sihat. Alhamdulillah jugak kalau tak sihat. Ehh, tak sihat pun bersyukur jugak ke? Iyola nak oii, kan sakit tu penghapus dosa. Kena la bersyukur sebab Allah hapuskan dosa-dosa kita. Hehe...

Haa, dah baca dak cerita Cuti-Cuti Langkawi CN? Kalau belum jangan lupa pi baca start dari part 1 tau. InshaAllah CN akan sambung part yang seterunya very the soon, ok? Hehe...

Seperti yang dijanjikan, CN nak shares sikit dengan korang lokasi penginapan CN waktu cuti-cuti di Langkawi. CN search dari Trivago je senarai hotel yang ada di Langkawi. Senang nak buat comparison. Mana yang murah, di situ la CN akan book. Hehe...

Dengan Trivago;
Satu, cari hotel yang anda inginkan
Dua, gunakan penapis 
Tiga, pilih hotel yang anda inginkan dan tempah

Senang bukan? Hotel? Trivago. Haha... Macam iklan TV pulak.

Dalam banyak-banyak hotel yang ada dalam senarai, hati ni berkenan sungguh dekat si Royale Chenang Resort, Langkawi ni. 

Banyak kali CN belek-belek gambar yang ada, baca review guest yang pernah stay situ. Hmm, ok book! Ehh, dah book la. Haha...

CN dah search dari Trivago dan jumpa Agoda yang bagi cheaper price. So, CN pun book la dari Agoda dengan harga RM370 untuk 3 hari 2 malam, tak termasuk breakfast ye. CN pun prefer untuk breakfast outside hotel sebab nak rasa makanan yang ada di tempat lain.

Tuesday, May 10, 2016

Hotel Review: Kapitan Kongsi Hotel, Melaka



Holla!
Apa khabar semua? CN doakan anda semua diberi kesihatan fizikal dan mental yang sihat yer. Kalau ada yang tak sihat tu, cepat-cepat dapatkan rawatan. Mencegah itu kan lebih baik daripada mengubati. Hehe...

Baiklah, untuk entri kali ini CN nak share sikit tentang sebuah hotel di Melaka ni yang baru je beroperasi dan sangat unik, bagi CN. Hehe...

Hotel yang CN maksudkan itu adalah... KAPITAN KONGSI HOTEL 




Since 1st May jatuh pada hari Ahad dan esoknya Isnin adalah cuti ganti, maka CN pun merancang untuk berjalan-jalan. Ikut perancangan awal nak ke Negeri Sembilan, nak explore negeri Adat Pepatih ni. Atas beberapa sebab dan selepas membuat pertimbangan, maka CN tukar plan. Ke Melaka la CN akhirnya. Hehe...