Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Friday, April 29, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 (PBAKL 2016)



Sumber: PBAKL 2016


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 (PBAKL 2016) kembali lagi! Yeay!!! Event favorite CN ni. Hehe...

PBAKL 2016 bermula dari 29 April 2016 hingga 9 Mei 2016. Yang pastinya, masuk adalah PERCUMA! :)

Fast fact about PBAKL 2016:

#1: Untuk kali pertamanya, PBAKL 2016 diadakan di MAEP Serdang. (Sebelum ini diadakan di PWTC)

#2: Berlangsung mulai 29 April hingga 9 Mei 2016 (Senanglah untuk you all plan bila hari yang sesuai untuk ke book fair ni)

#3: PBAKL 2016 menampilkan konsep destinasi percutian keluarga. Pelbagai tarikan disediakan di sini, antaranya SPA Kasih Anana, lookout tower, laman sayur, laman herba, laman padi, 'bench' yang banyak di Street Mall, Kota Buku. (Sangat sesuai untuk bawa seluruh ahli keluarga ke pesta buku ni)

#4: Anda pasti tidak akan berlapar sebab...adanya Food Truck :)

#5: Lebih kurang 7000 tempat letak kereta disediakan di sini. (No issue tak cukup parking yer)

#6: Zon letak kereta di MAEPS; Zon 1 - berhampiran/sekitar Dewan A, C & D. Kadar minimum RM5 per entry. Zon 2 - Zon parking pelawat, percuma (tram disediakan)

#7: Perkhidmatan bas ulang alik disediakan di stesen KTM Serdang, LRT Bukit Jalil & Putrajaya Sentral.

#8: Terdapat drop off/pick up point di belakang Dewan D untuk teksi, bas Rapid KL, bas Nadi Putra & tram (pengangkutan awam)

#9: 3 dewan utama PBAKL 2016; Dewan A (A1, A2 & A3), C dan D2

#10: Dibuka mulai jam 10 pagi - 7 malam (Isnin - Khamis) & 10 pagi - 9 malam (Jumaat - Ahad & cuti umum)

Dianggarkan lebih kurang 800 booth dibuka sepanjang PBAKL 2016 ini berlangsung. Selain itu, dianggarkan juga lebih kurang 2.5 juta pengunjung bakal mengunjungi PBAKL pada tahun ini. Haa tu dia, banyak betul booth yang ada. Mesti rambang mata ni tengok buku di kiri, kanan, depan, belakang. Hehe...

Kalau ada yang teringin nak jumpa CN, mai ramai-ramai dekat PBAKL ni esok. In shaa Allah CN akan berada di sana. Hehe... CN ni promote macam CN ni penulis pula kan. Hehe...

Maklumat lanjut, you all klik je link ni yer -->> PBAKL 2016

Jom ramai-ramai tambah lagi koleksi buku-buku baru. Tambah buku, tambah ilmu. Jumpa you all di PBAKL 2016! :)


Love,




Tuesday, August 25, 2015

Event: Buku dan Bazar Edisi Merdeka


Sumber: Kota Buku (Facebook)

Salam Sehati Sejiwa! :)

Semangat merdeka pula CN ni yer. Hehe...

Perbadanan Kota Buku membawakan kepada anda event 'Buku dan Bazar' Edisi Merdeka. Sound interesting, right? Hehe...

Sebelum ni event yang sama telah beberapa kali diadakan. For this time, special untuk Edisi Merdeka 2015. Hehe...

Ni dia a little bit story about this Bazar dan Buku :)

‘Buku dan Bazar’ is an event hosted by Perbadanan Kota Buku that gathers book lovers and enthusiasts through the current trends of music, shopping and community. ‘Buku dan Bazar’ or BDB is held on the last weekend of every month and welcomes entrepreneurs, hobbyists, performers, speakers, and talents or just people looking for something to fill their weekend. What sets ‘Buku dan Bazar’ different for vendors is that Kota Buku offers unlimited free booths.
For our August edition, the event revolves around the theme of Merdeka where we appreciate the past sacrifices of those who have served our country that have made us strong Malaysians today. Also joining our celebrations are M. Nasir, Fynn Jamal, S.O.G and Pitahati. Besides that, our August edition will also feature the Highway Buskers, Haqqani Maulid Ensemble and Drum Simfoni; and a theatre performance of Uda & Dara the Musical by the Faculty of Film, Theatre and Animation of UiTM.
Likewise, Usman Awang Enterprise will be setting up two booths and a café for visitors to take a break and unwind. They will select two poets will be delivering poetries by the late Usman Awang on the main stage.
Furthermore, EnglishJer, a famous face from Twitter will be joining us as a speaker. EnglishJer, or EJ, is known for his laid-back approach in teaching basic English- all limited to 140 characters. EJ managed to gain followers and created a phenomenon that reassures netizens that the English language is not the enemy and our national language should not feel threatened by it. He will be sharing some of his personal experiences with his topic: “How My Parents Taught Me Everything.”
‘Buku dan Bazar’, the Merdeka edition, will be held at the Dataran Underground on the 29th and 30th August. The event awaits all from 10 am to 8 pm so make sure you do not miss it! Bring your family and friends and let’s have a memorable time together. (Source: Kota Buku)
Seperti yang tertera pada gambar di atas, acara ini bakal berlangsung pada hujung minggu ni iaitu 29 - 30 Ogos 2015 (Sabtu & Ahad) bertempat di Dataran Underground mulai jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Masuk adalah PERCUMA!!! Hehe...

Haa, tahu tak dekat mana Dataran Underground ni? Hee... Lokasi Dataran Underground ni terletak di Dataran Merdeka (Merdeka Square), Kuala Lumpur. Kalau anda perasan, ada tangga turun ke bawah dataran ni. Di situlah Dataran Underground.

Macam-macam ada dekat Dataran Underground ni tau. Nak makan-makan pun boleh. Ada Kafe Muzium (previously di Muzium Tekstil). Ada souvenir shop dan lain-lain :)

So, apa tunggu lagi? Buat pencinta buku, jemputlah ke acara 'Bazar dan Buku' ni yer. Hehe...


Malaysia Sehati Sejiwa,


Monday, March 17, 2014

KL City Tour: Memorial Tun Abdul Razak




Hari ni Cik NUFA nak bawa anda semua jalan-jalan lagi around KL. Jom ikut CN teruskan KL City Tour ke destinasi seterusnya :)

Bagi anda yang belum atau terlepas membaca ke mana destinasi KL City Tour CN sebelum ni, anda boleh ke link berikut yer --->> KL City Tour: Muzium Polis Di Raja Malaysia

Hee...

Next destination adalah.... --->> MEMORIAL TUN ABDUL RAZAK

Alamak! So sorry you all. Senget pula gambar ni. CN ni bukanlah photographer professional. Hee...

Siapa pernah ke memorial ni, angkat tangan tinggi-tinggi. Hehe... Ni pun first visit CN ke sini. Hehe... Memorial ini atau juga dikenali sebagai Sri Taman suatu ketika dahulu adalah kediaman rasmi Allahyarham Tun Abdul Razak sejak tahun 1962 hingga akhir hayat beliau pada tahun 1976.

Ilham untuk menjadikan bangunan 2 tingkat dengan rekabentuk 'California Style' (komen ala-ala arkitek gitu. hehe...) ini sebagai sebuah memorial bagi memperingati serta mengenang jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh Bapa Pembangunan Negara kita kepada bangsa dan negara telah dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed, iaitu pada ketika beliau masih menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4. 

Secara rasminya, memorial ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 pada 6 Mei 1982 (CN pun tak lahir lagi waktu tu. Hee...)

Terdapat 2 buah dewan pameran di sini. CN cuma sempat melawat ke Dewan Pameran 1 saja iaitu Sri Taman, kediaman rasmi PM kita yang ke-2 sebab lewat waktu tu dan dah nak tutup pun. Tapi kami bukanlah pengunjung terakhir hari tu. Hee... Ada juga sebuah keluarga ni yang jadi pengunjung terakhir ke memorial ini pada hari tersebut :)

Wednesday, March 05, 2014

KL City Tour: Muzium Polis Di Raja Malaysia

 

Salam 1 Malaysia buat semua :)

Cuba angkat tangan berapa ramai yang sedang menunggu sambungan Langkawi trip Cik NUFA? Hehe... Aihh, macam tak ramai je. Hehe... Sementara you all menunggu sambungan entri untuk Langkawi trip Cik NUFA dengan penuh kesabaran, jom CN bawa anda jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.

Here you go. My KL City Tour :)

Destinasi pertama --->> MUZIUM POLIS DI RAJA MALAYSIA

Sempat pula CN ni buat KL City Tour kan? Langkawi trip pun tak habis lagi. Langkawi trip ada dalam draf. Hehe... Yang sebenarnya, ini adalah free tour tau. Yeay!!! FREE you all (nak juga highlight kan di situ. hehe...)

Kebetulan Jumaat lepas, 28 Februari 2014, ayah CN bawa rombongan anak-anak yatim dari daerah kelahiran CN jalan-jalan di Kuala Lumpur. Semua perbelanjaan ditanggung dan mendapat tajaan beberapa pihak yang bermurah hati :) CN bagi pihak rombongan mengucapkan ribuan terima kasih atas tajaan yang diberi. Moga Allah memberi balasan baik atas budi dan jasa yang dibuat :)

CN pun apa lagi, awal-awal sebelum trip ke Langkawi lagi dah apply cuti. Hehe... Excited punya pasal :D